Skip to main content

Raikan Cinta - Niena & Najib

Semalam Niena, salah seorang extrainer kat Fitness First The Curve selamat melangsungkan perkahwinan dengan cinta hatinya, Najib. Niena ni bukan trainer aku dan tak pernah jadi trainer aku pun. Tapi dia baik dengan aku. Dulu masa aku selalu gi FF, The Curve selalu sembang-sembang dengan dia. Baik budak ni. Tapi memang trainer kat The Curve tu kebanyakkannya mmg baik-baik dan peramah, Wen, Lyn, Scha seuanya baik-baik Ada lagi yg baik tapi aku pun tak ingat nama diorg dah sebab aku dah setahun tak gi sana.
 
Oklah balik cerita Niena lah. Semalam aku berkesempatan menghadiri majlis resepsi pihak perempuan yang diadakan di Dewan Komuniti, Bukit Damansara. Aku pergi dengan Anyah (Kakak) n Ateh (adik). Pengantin cantik, makanan sedap, tempat pun selesa. :-)
 
Oklah tak nak panjang cerita, Selamat Pengantin Baharu buat Niena dan Najib. Semoga ikatan yang dibina kekal sehingga ke akhir hayat!


 
Sian Anyah sampai ke meje kepala dia sebab nak masuk dalam gambar. Aku yg suruh ni. Dia pun redha je...hehehehe

Gambar tuan punya blog haruslah ada kan? hehehehee

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Minggu Pertama Persekolahan

Selamat kembali ke sekolah adik-adik/anak-anak semua! Hari ini merupakan hari pertama dan minggu pertama persekolahan  bagi sesi tahun 2016. Jadi Aida nak ambil kesempatan bercerita tentang pengalaman minggu pertama persekolahan. Tapi bukan pengalaman  Tahun 1, cerita ini tentang pengalaman minggu pertama persekolahan di Tingkatan 4.Ehhh kenapa Tingkatan 4? Mesti ada yang tertanya-Tanya kan? Jawapannya mudah. Aida berpindah ke sekolah baru masa di Tingkatan 4. Pindah jauh ke Borneo kerana mengikut abah yang bertukar ke Sabah. Kami berpindah ke Kota Kinabalu pada penguhujung tahun. Sekolah yang dipilih oleh abah untuk Aida ialah Maktab Sabah @ Sabah College, antara sekolah ternama di Sabah. Pada masa itu kami tinggal di Putatan. Jarak antara Putatan dengan Sekolah Maktab Sabah adalah lebih kurang setengah jam perjalanan menaiki bas. Aida ke sekolah menaiki bas.  Maktab Sabah. Photo credit to Wikipedia.  Ok kita berba...

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)

Kembali kepada Fitrah

Petang tadi aku membaca satu posting di FB yang membuat aku rasa sangat gembira dan bersyukur. Seorang gadis Jepun yang aku kenal semasa menghadiri Tokyo Book Fair 2014 telah mengucap syahadah dan telah kembali kepada fitrah. Syukur ke hadrat Allah.   Arisa Sakamoto atau nama islamnya Nur Arisa Maryam yang aku dengar dan aku lihat dari pembacaan aku di FB nya telah lama mendekati Islam. Beliau banyak belajar tentang Islam dan sebenarnya sebelum mengucap syahadah lagi beliau telah muda solat, berpuasa dan juga mempelajari Al-Quran. Hati beliau memang sangat dekat dengan Islam. Cumanya ada sesuatu yang menghalangnya daripada memeluk Islam. Aku sendiri tak pasti apa yang menghalangnya. Aku selalu berdoa agar Arisa diberi kekuatan oleh Allah untuk mengucap syahadah dan kembali kepada fitrah dengan segera.   Sesungguhnya hidayah Allah itu diturunkan kepada sesiapa yang dikehendakinya, kepada sesiapa yang mencarinya. Walaupun syaitan terus menggoda agar anak adam yang ...