Skip to main content

Short Trip to Tokyo, Japan.- Part 1

Bulan Julai hari tu aku berkesempatan ke Tokyo, Jepun sempena Tokyo Book Fair 2014. Memang dah lama tapi baru hari ni berkesempatan nak story morry so layankan je lah ya :-)
 
Aku ke Tokyo dari 1 - 7 Julai 2014. Korang perasan tak tarikh ni tarikh apa? Tak perasan ya? Bulan Ramadhan u...Ya hari kedua Ramadhan. Sedih tau sebab kena berada di perantauan masa bulan Ramadhan. Tak dapat buka puasa dengan family, tak dapat solat terawih kat masjid, sedih2....Amboi sedih mengalahkan pegi setahun. Hihihiii...Seminggu je kot. Tapi takpelah tetap nak sedih jugak. :p


Aku memang tak pernah sampai Jepun lagi sebelum ni. Tapi aku dengar banyaklah orang cakap susah nak carik halal food kat sana. Ada sesetengah orang kata tak susah. Sushi kan ada. Bukan ada pork kan. Makan lah sushi dengan seafood. Kan senang. Hmm bunyi mmg macam senang. Tapi daripada apa yang aku tau, nasi sushi tu sendiri dibuat dengan campuran sejenis alcohol....alahai lupa plak nama dia. Jadi kalau nak makan kena cari yang memang halal. Kalau kat Malaysia pun aku cuma makan sushi yang ada Halal Cert daripada JAKIM. Kalau tidak mmg aku tak berani. Disebabkan kecerewetan aku tu m,akanya aku rasa lebih baik aku bawak bekal je dari Malaysia. Jadi inilah dia bekalan aku. Banyak kan? hehehehe...
 

Aku bawak Nasi Brahims - Nasi Tomato, Nasi Lemak, Nasi Goreng Kampung, Sambal Ikan Bilis. Pastu aku bawak jugak Bun, Japanese Cucumber, Tomato, Lettuce, Mame Cheef Curry, Biskut Tiger, Sambal Bilis & Kacang  (buah tangan adik aku), Apricot/Raisin ^ Dates (utk buka puasa), Biskut Bantal dan Kuaci. Banyak gila kan? Tapi sebenarnya yang habis cuma sayur2an, bun, sambal bilis & kacang dan mamee cheff jer.  Nasi Tomato,  Nasi Lemak, Nasi Goreng Kampung tu aku cuma makan 2 pack jer. Sambal Bilis Brahims pun aku tak makan, Biskut Bantal dan Kuaci mmg bawak balik jer, Apricot pun ada banyak lebih. Biskut Tiger tak usik pun. Hehehehee....Penat jer bawak banyak-banyak. Bukan aku tak makan tapi satu pack nasi tu boleh makan dua kali. So aku makan masa buka dan sahur. (Buka pukul 7 dan sahur pukul 2). 2 hari makan nasi, 1 hari makan Mamee Cheff, 2 hari makan bun dan sehari makan luar. Jadi hasilnya berat aku turun 3 kg. Hehehhe...
 
Aku sampai kat Tokyo awal pagi (takleh cakap pagi subuh sebab subuh kul 2++...hehehehe). Ada driver tunggu. Nasib baiklah dah bookng siap2 dari Malaysia. kalau tak mmg sangaplah aku sebab aku gi sana sorang-sorang. Bog2 boss dan pergi sehari lagi awal dari aku. Ni lah driver aku. Tak pandai sangat cakap omputeh..Senyum je lah. Hehehehee...
 
 
 
Dari Lapangan Terbang Narita aku terus ke Hotel. Aku menginap di Hotel Sunroute Ariake, Tokyo.
 



Pemandangan d luar hotel pada waktu malam.
 
Di luar hotel



Gambar bilik hotel tak jumpa pulak. rasanya aku ada ambik tapi bila check tak jumpa pulok. Huhuhuhuhuu...Bilik dia kalau nak banding dengan hotel 5/3 Star kat Malaysia mmg jauhlah beza. Kecik sangat. Tapi Bathroom full...bosar...moden plak tu. I like ok. (Tapi takde gambar...sorrylah ya).
 
Hotel aku duduk ni dekat dengan Tokyo Big Sight (tapak book fair yang aku nak pergi tu). Walking distance jer. Adalah dalam 10-15 minit kot.Kalau naik tren boleh berenti kat Station Kokusai-Tenjijo Seimon.  
 
Train Station





Dari Station dah ada sign nak ke Tokyo Big Sight
Jalan pintas dari station nak ke Tokyo Big Sight
Jalan pintas juga
Pemandangan dari pintu masuk utama
Persekitaran Tokyo Big Sight
Persekitaran Tokyo Big Sight
Haruslah selfie depan TBS kan?! :-)
Sebenarnya aku ke Tokyo kerana menyertai misi dagang DBP di Tokyo Book Fair yang berlangsung dari 1 - 5 Julai 2014. DBP menjadi salah satu pempamer di bawah Malaysian Pavillion. Penerbit/Agensi lain yang turut sama menyertai Tokyo Book Fair ialah ITBM, PTS Publication, Kualiti Books, dll.
 



















Delegasi DBP sebenarnya ada 4 orang, diketuai oleh Ahli Lembaga Pengelola DBP. Ni lah orang-orang penting tu. Hehehehee...

Dari kanan, Aku, Ahli Lembaga Pengelola, Boss Aku, Wakil Editorial  

Wajib letak gambar aku posing kat booth ya :-)
Selain daripada urusan jual beli hak cipta, banyak jugak acara dan aktiviti yang dibuat di Pavillion Malaysia. Antaranya persembahan makyung, pelancaran buku dsbgnya.
 






 
Aku berkesempatan jugak melawat gerai penerbit lain. Sebenarnya Tokyo Book Fair ni bukan macam KL Book Fair. Untuk korang yang tidak terlibat dengan industry perbukuan ni mungkin tak tau. Tokyo Book Fair ni sebenarnya bukan jual buku tapi jual rights. Hak cipta buku yang diperdagangkan buku buku fizikalnya macam kat KL Book Fair. Jadi pengunjung book fair lebih kepada penerbit, literary agent, librarian dsbgnya. Ni beberapa booth yg sempat aku lawati.  
 














 
Saje nak letak sikit gambar kat booth untuk tatapan masa depan. hehehehheeee....

Gedik santai. Haahahahaaa...

Aku dengan Arissa, pelajar Jepun yang sangat fasih berbahasa Melayu dan sangat berminat dengan Islam. Semoga dia segera diberi hidayah oleh Allah. Beliau sudah berpuasa, bersolat, mendengar ceramah agama. Cuma katanya beliau belum lagi bersedia untuk bershahadah..

Wakil agensi/syarikat dari Malaysia yang menyertai Tokyo Book Fair.

Aku dengan CEO PTS Publication, Mr. Arief Hakim Sani

Aku dengan orang kuat ITBM, Puan Siti Rafiah

Aku dengan org kuat ITBM, Mr. Sakri.
Ini sahajalah cerita tentang Tokyo Book Fair. Nanti dalam part 2 aku sambung cerita aku ke Mount Fuji. Tungguuuuuuu....

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Minggu Pertama Persekolahan

Selamat kembali ke sekolah adik-adik/anak-anak semua! Hari ini merupakan hari pertama dan minggu pertama persekolahan  bagi sesi tahun 2016. Jadi Aida nak ambil kesempatan bercerita tentang pengalaman minggu pertama persekolahan. Tapi bukan pengalaman  Tahun 1, cerita ini tentang pengalaman minggu pertama persekolahan di Tingkatan 4.Ehhh kenapa Tingkatan 4? Mesti ada yang tertanya-Tanya kan? Jawapannya mudah. Aida berpindah ke sekolah baru masa di Tingkatan 4. Pindah jauh ke Borneo kerana mengikut abah yang bertukar ke Sabah. Kami berpindah ke Kota Kinabalu pada penguhujung tahun. Sekolah yang dipilih oleh abah untuk Aida ialah Maktab Sabah @ Sabah College, antara sekolah ternama di Sabah. Pada masa itu kami tinggal di Putatan. Jarak antara Putatan dengan Sekolah Maktab Sabah adalah lebih kurang setengah jam perjalanan menaiki bas. Aida ke sekolah menaiki bas.  Maktab Sabah. Photo credit to Wikipedia.  Ok kita berba...

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)

Dangers of Internet Dating

Before You Say Yes Think About This ------------------------------------------------ Internet dating has rapidly become one of the most popular ways for couples to meet. You simply upload a photo, type out a small bio, and poof. Like magic your photo is now available for the whole world to see.   Naturally you pick the best photo you can find. Maybe it is 20 years old, but who cares. Your hair looked great that day. Maybe you lie a little about your age, or make yourself sound so much more interesting than you really are. Hey, you want the best guy out there to notice you right? Well guess what? The guy you are looking for, is probably doing exactly what you are. He probably dug into some of his old college photos, lied about his age, and more than likely made himself sound a whole lot more interesting than he is too. Ahh the joy of internet dating. The problem with internet dating is, you never know. You never know if the person who seems interested in you is who h...