Skip to main content

Cuti Cuti Penang - Part 2

Sambung cerita tentang Cuti Cuti Penang.
 
Pada awalnya kitaorg rancang nak ke Bukit Bendera seawal pukul 8 pagi. Tapi sebab dah ramai plus campur budak-budak lagi kami, akhirnya kitaorang bertolak ke Bukit Bendera pukul 9 lebih. Sampai Bukit Bendera pukul 11 jugak. Jauh ke? Bukan jauh tapi sesat. hahahahaaaaa.....
 
 
Muka ceria di pagi hari.  


Main Entrence
 
 
Parking Enterence kat atas
 

Memang ramai gila orang masa kitaorang sampai tu. Tengok je lah gambar ni. Ni masa beratur kat luar lagi. Belum sampai dekat train pun. Memang ramai orang.


Abah aku sampai dah penat nak berdiri. So duduk dulu lah. Eh lupa pulak nak bagi tau. Untuk yang tak tau, aku nak lah bagi info skit tentang train ni. Train ni beroperasi dari pukul 6.30 am - 7.00pm untuk weekdays dan 6.30 am hingga 9.00 pm untuk weekends. Tambangnya pulak mengikut kategori. Untuk rakyat Malaysia (mykad diperlukan masa beli tiket), dewasa RM8.00, kanak-kanak RM4.00 (7-12 tahun), warga emas RM4.00. Untuk pelancong asing pulak dewasa RM30.00 dan kanak-kanak RM15.00. 

 
Ni plak dalam train. Mak aiiii....Macam naik bas mini. Tapi bergambar haruslah nak kena senyum kan. Hehehehee... 
 
 
Sampai2 atas kitaorang gi ambik gambar yang diorg tangkap kat bawah tadi. Ingatkan sekejab. Rupanya dekat setengah jam gak menunggu. So doklah melepak kat tepi dulu. Sambil tu dok perati orang nak balik. Ramai jugak. Jenuhlah masa balik nanti. 
 

 
Ok. Ni lah gambar yang diorg tangkap sebelum naik train tu. Diaorang edit skit2....ubah background...Harganya RM35. Oklah kot. 

 
Sebenarnya aku pun tak tau apa nak tengok kat Bukit Bendera ni. Aku baru je pergi tahun lepas. Jadi memang tak rasa ada apa yang nak tengok pun. So kitaorg naik shuttle pusing2 Bukit Bendera je lah. Harga shuttle tu RM60. Boleh naik 6 orang. Kira dalam RM10 lah sorang. Syok gak naik shuttle ni sebab dia open je kan. So berangin je lah.
 
 

Masa bawak pusing-pusing Bukit Bendera tu, driver tu cerita lah jugak sikit sejarah pasal Bukit Bendera segala macam. Oklah. Takdelah sangap sangat kan. Pastu di berhenti kat few places untuk kita tangkap gambar.


Lepas tu adik ipar aku, Anie ajak gi Love Lock Corner. Love Lock Corner? Ehhh sejak bila plak ada Love Lock Corner kat Malaysia ni? Aku dok ingat kat Eropah jer ada. Aku ada jumpa masa aku gi Frankfurt aritu tapi tak sangka plak aku kat Malaysia pun dah ada Love Lock Corner ni. Aku bacalah beberapa padlock yang ada kat situ. kelakar pun ada jugak. Janji sampai ke bulan. Hehehe...tapi yang paling best, ada jugak yg single dok tinggal id wechat. Nak berkenalan dengan sesape yang sudi. hahahaaaa...terdesak ke apa ke? Heheheheeee...


Lepas tu kitaorang ambik gambar kawasan sekeliling jer. 


 
 
Sebenarnya kat Bukit Bendara ni ada kedai cenderamata, masjid, kuil hindu, owl museum yang boleh dilawati. Tapi kitaorang tak pergi tempat tu semua. Sebab untuk ke masjid dan kuil hindu tu kita perlu mendaki sikit dan family aku tak kuasa nak pergi. Aku pun sebab dah pergi tahun lepas jadi malaslah aku nak pergi.
 
Pastu kedai cenderamata tu pun takdelah kami nak pergi. Bukit Bendera je kan. FM pun dah beli tahun lepas. hehehehee....Tu yang semua tu kitaorang tak pergi. Naik semata-mata sebab nak naik atas tu jer. hehehehehe....
 
Sebelum turun tu, aku selfie jab ngan Adam Syafiq. Tengok muka dia. Geram jer aku tengok.
 
 


Itu jerlah cerita pasal lawatan ke Bukit Bendara kami. Boring je kan? hehehehe...tapi kitaorang syok je sebab jalan ramai-ramai satu family kan.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Minggu Pertama Persekolahan

Selamat kembali ke sekolah adik-adik/anak-anak semua! Hari ini merupakan hari pertama dan minggu pertama persekolahan  bagi sesi tahun 2016. Jadi Aida nak ambil kesempatan bercerita tentang pengalaman minggu pertama persekolahan. Tapi bukan pengalaman  Tahun 1, cerita ini tentang pengalaman minggu pertama persekolahan di Tingkatan 4.Ehhh kenapa Tingkatan 4? Mesti ada yang tertanya-Tanya kan? Jawapannya mudah. Aida berpindah ke sekolah baru masa di Tingkatan 4. Pindah jauh ke Borneo kerana mengikut abah yang bertukar ke Sabah. Kami berpindah ke Kota Kinabalu pada penguhujung tahun. Sekolah yang dipilih oleh abah untuk Aida ialah Maktab Sabah @ Sabah College, antara sekolah ternama di Sabah. Pada masa itu kami tinggal di Putatan. Jarak antara Putatan dengan Sekolah Maktab Sabah adalah lebih kurang setengah jam perjalanan menaiki bas. Aida ke sekolah menaiki bas.  Maktab Sabah. Photo credit to Wikipedia.  Ok kita berba...

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)

Dangers of Internet Dating

Before You Say Yes Think About This ------------------------------------------------ Internet dating has rapidly become one of the most popular ways for couples to meet. You simply upload a photo, type out a small bio, and poof. Like magic your photo is now available for the whole world to see.   Naturally you pick the best photo you can find. Maybe it is 20 years old, but who cares. Your hair looked great that day. Maybe you lie a little about your age, or make yourself sound so much more interesting than you really are. Hey, you want the best guy out there to notice you right? Well guess what? The guy you are looking for, is probably doing exactly what you are. He probably dug into some of his old college photos, lied about his age, and more than likely made himself sound a whole lot more interesting than he is too. Ahh the joy of internet dating. The problem with internet dating is, you never know. You never know if the person who seems interested in you is who h...