Skip to main content

Pencarian Nasi Ambeng

Kakak aku dah lama teringin nak makan Nasi Ambeng. Jadi semalam dia ajak abah dan kitaorang semua makan Nasi Ambeng kat Tg. Karang. Respon abah, uishhh jauhnya nak cari Nasi Ambeng. Kita pergi Kg. Baru dah lah. Ada kawan abah, Hj. Ramli ada jual Nasi Ambeng kat sana. (Abah aku dulu duduk Kg. Baru/Kg. Chendana). 
 
Jadi tengah hari tadi kitaorang pun pergilah Kg. Baru. Sampai kedai Haji Ramli, kami tunggu dalam kereta je dulu sebab abah nak pergi jenguk dulu. Sekali, jawapannya mengecewakan. Rupanya Haji Ramli jual Nasi Ambeng sampai pukul 12 jer. Kitaorang pergi tu dah pukul 12.30 tengah hari. sebab kitaorang ingat nak makan tengah hari. Kecewalah sekejab. Tanya abah nak cari kat mana lagi. Pastu abah kata, takpe kita pergi tengok satu lagi kedai. Alamak...lupa plak nama kedai dan pakcik tu. Sampai kedai tu abah turun dulu jugak. pastu abah dating kat kereta kata 'ADA'. rezeki...rezeki...
 
Kitaorang pun tak tau Nasi Ambeng yang pure tu sebenarnya macam mana. Kakak kedai tu kata ada lauk ayam merah dengan ayam kicap. Yang lain2 tu dia campur sama jer. Jadi kitaorang pun ambiklah ayam merah untuk aku, Anyah (kakak), Ateh (Adik) dan Achik (Adik) dan ayam kicap untuk Abah dan Acu (Adik). Ni lah rupanya....
 
Nasi Ambeng dengan Ayam Masak Merah


Nasi Ambeng dengan Ayam Masak Kicap
 
Nasi Ambeng ni ada Nasi Putih + Ayam + Sambal Goreng + Serunding Kelapa + Tahu Goreng. Aku pernah tengok ada orang letak Mee Goreng tapi yang ni takde lah pulak. memula kitaorang cuak jugak sebab rasa macam tak cukup set jer kan. Tapi takpelah rasalah dulu. Bila dah makan...wallaweiiii...sedap kot. Serunding kelapa dia memang mabeles. Sambal goreng dia mmg rasa sambal goreng jawa. ayam dia pun sedap. Bila campur semua sekali makan...fuhhhhh...puas hati...cukup puas hati...:-)
 
Harga pun boleh tahan, tak mahal mana. Kitaorang makan 6 orang (+ bungkus 2 utk adik aku kat hospital) baru RM65.00. Maknanya 8 nasi + 5 air cuma RM65.00 sahaja. Murah jugak kan? Tapi kalau mahal sikit pun takpe sebab rasa dia memang sedap dan puas hati. Nasi dia pun banyak.Memang tak boleh habis makan sorang.
 
Aku ni nak promote tapi nama kedai tak tau. heheheee....Takpelah lain kali kalau aku gi lagi aku ambik gambo keda tu ya. kedai kecik jer...Ala2 kedai kampong. Tapi apa ada hal yang penting sedap kan. Takkan nak makan kedai mahal je kan? Sesekali bantulah ekonomi orang kampong pulak. Kan kan kan?


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Minggu Pertama Persekolahan

Selamat kembali ke sekolah adik-adik/anak-anak semua! Hari ini merupakan hari pertama dan minggu pertama persekolahan  bagi sesi tahun 2016. Jadi Aida nak ambil kesempatan bercerita tentang pengalaman minggu pertama persekolahan. Tapi bukan pengalaman  Tahun 1, cerita ini tentang pengalaman minggu pertama persekolahan di Tingkatan 4.Ehhh kenapa Tingkatan 4? Mesti ada yang tertanya-Tanya kan? Jawapannya mudah. Aida berpindah ke sekolah baru masa di Tingkatan 4. Pindah jauh ke Borneo kerana mengikut abah yang bertukar ke Sabah. Kami berpindah ke Kota Kinabalu pada penguhujung tahun. Sekolah yang dipilih oleh abah untuk Aida ialah Maktab Sabah @ Sabah College, antara sekolah ternama di Sabah. Pada masa itu kami tinggal di Putatan. Jarak antara Putatan dengan Sekolah Maktab Sabah adalah lebih kurang setengah jam perjalanan menaiki bas. Aida ke sekolah menaiki bas.  Maktab Sabah. Photo credit to Wikipedia.  Ok kita berba...

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)

Kembali kepada Fitrah

Petang tadi aku membaca satu posting di FB yang membuat aku rasa sangat gembira dan bersyukur. Seorang gadis Jepun yang aku kenal semasa menghadiri Tokyo Book Fair 2014 telah mengucap syahadah dan telah kembali kepada fitrah. Syukur ke hadrat Allah.   Arisa Sakamoto atau nama islamnya Nur Arisa Maryam yang aku dengar dan aku lihat dari pembacaan aku di FB nya telah lama mendekati Islam. Beliau banyak belajar tentang Islam dan sebenarnya sebelum mengucap syahadah lagi beliau telah muda solat, berpuasa dan juga mempelajari Al-Quran. Hati beliau memang sangat dekat dengan Islam. Cumanya ada sesuatu yang menghalangnya daripada memeluk Islam. Aku sendiri tak pasti apa yang menghalangnya. Aku selalu berdoa agar Arisa diberi kekuatan oleh Allah untuk mengucap syahadah dan kembali kepada fitrah dengan segera.   Sesungguhnya hidayah Allah itu diturunkan kepada sesiapa yang dikehendakinya, kepada sesiapa yang mencarinya. Walaupun syaitan terus menggoda agar anak adam yang ...