Skip to main content

Selamat Bertunang Adikku, Amie

Tengah hari tadi telah selamat berlangsungnya Majlis Pertunangan adik aku, Amie dengan Shara. Majlis serba sederhana tersebut diadakan di rumah Shara di Sungai Sering, Kuala Lumpur. Orang KL lagi nampaknya menantu abah kali ni. :-) Aku tak nak cerita banyak cukuplah aku kongsikan sedikit gambar untuk tatapan teman-teman semua. Gambar anak beranak lelaki (kecuali Amie dan Abah) takde sbb diorg tak nak ambik gambo. Makanya gambir perempuan je lah ya.


Adik aku, Mohd Azmie Mohd Salleh @ AMie @ Achik
 
Sireh junjung yang tak berapa nak junjung sangat.
 
Cincin dan Bunga Rampai
 
Kain Pasang untuk dipakai semasa majlis Pernikahan nanti. Insyaallah.

Kek Choc Moist. with Choc Ganache, Deco with Kitkat & Maltisers
(Air tangan aku ni. Abah yang request)  
 
Buah-Buahan

Chocolate air tangan adik aku, Ain @ Andak
 
7 botol Ciskut
(Air tangan aku jugak ni)
  

kami dengan dulang hantaran

Cincin disarungkan ke jari Shara oleh Mak Long aku.
Sayu hati.Sepatutnya mak yang sarungkan cincin ni. Tapi Allah lebih sayangkan mak ;-( 
 
 
 
Anak dan menantu perempuan abah dengan Shara dan Mak Long
Dari Kiri (belakang):
Anyah, Mak Long, Andak, Kak Ita (Wife Abg Aku)
Dari Kiri (depan):
Ayang (akulah ni) & Adam,  Ado @ Makde (Adam panggil camni.Wife adik aku. hehehe), Ateh.

Ibu misali sangat aku kan? masa nak ambik gambar ni aku nak pas adam kat babah dia tapi dia tak nak. jadi kenalah aku dukung jugak. Tapi ok jugak bleh tutup perut. hehehehee... 

Pinky Girls

Comments

  1. ohsem!!!! tahniah dear! hantaran sgt comel ...mcm org yg membuatnye jugakkkk......eeuuuu!!! hahaha... gud job!

    ReplyDelete
  2. tahniah.. tahniah.. senang dekatjer nak balik raya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dangers of Internet Dating

Before You Say Yes Think About This ------------------------------------------------ Internet dating has rapidly become one of the most popular ways for couples to meet. You simply upload a photo, type out a small bio, and poof. Like magic your photo is now available for the whole world to see.   Naturally you pick the best photo you can find. Maybe it is 20 years old, but who cares. Your hair looked great that day. Maybe you lie a little about your age, or make yourself sound so much more interesting than you really are. Hey, you want the best guy out there to notice you right? Well guess what? The guy you are looking for, is probably doing exactly what you are. He probably dug into some of his old college photos, lied about his age, and more than likely made himself sound a whole lot more interesting than he is too. Ahh the joy of internet dating. The problem with internet dating is, you never know. You never know if the person who seems interested in you is who h...

Lunch Box

Morning mate! Let's see what I've in my lunch box today.   | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | Tadaaaaaaaaaaaa.......     Biasa jer...hehehhee....Memanglah biasa. Saje nak buat suspen sikit. Hihihihiii....   Ramai yang tegur Aida pasal lunch pack ni. Diaorang selalu kata 'rajinnya masak', 'rajinnya bawak bekal', rajinnya itu dan ini. Sebenarnya kan Aida ni bukan rajin sangat. Rajin sikit jer...hehehe...Aida memang jenis bangun awal pagi. Biasanya dalam pukul 4 lebih atau pukul 5 memang dah terjaga. Jadi kalau setakat nak sediakan lunch box yang simple macam ni memang mudah jer.   Kalau semua nak tahu, biasanya tempoh penyediaan lunch pack Aida tak lebih daripada 30 minit pun. kadang-kadang 15 minit jer. Contohnya macam hari ni kan.   Pan Fried Salmon - 10 minit - Basuh dan Marinate Salmon 2 minit  - Pan Fied Salmon 4 minit + 4 mi...

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)