Asslamualaikum dan Salam Sejahtera Semua!
Suatu ketika dahulu pertemuan secara dalam talian ini merupakan sesuatu yang agak asing bagi kita semua. Pandemik Covid-19 telah mengubah semuanya. Kini, Zoom Cloud Meeting, Google Meet, Ms Team menjadi antara platform yang menjadi tumpuan.
Secara peribadi, Kakda berpandangan bahawa mesyuarat secara bersemuka ini kurang memberikan kepuasan terutamanya bagi mesyuarat yang melibatkan lebih daripada 5 orang ahli dan ada pembentangan. Masalah teknikal ketika pembentangan dibuat sangat mengganggu perjalanan mesyuarat. Ini tak kira lagi dengan gangguan line internet ahli mesyuarat pulak. Kakda sendiri biasa mengalami gangguan ini. Stress juga bila kita tengah buat pembentangan tiba-tiba slaid yang kita tunjukkan tak bergerak. Aduh...nak beli laptop baru, laptop yang guna ni memang belum setahun pun. Sabar je lah banyak-banyak. Anda semua rasa macam mana? ok tak pertemuan secara dalam talian ni?
Walau bagaimanapun, ada banyak juga kebaikan mesyuarat secara dalam talian ini. Antaranya, menjimatkan masa dan juga pergerakan ahli mesyuarat. Dengan itu, lebih banyak mesyuarat dapat dihadiri dalam satu hari. Ini terutamanya bagi orang-orang besar seperti Ketua Jabatan yang jadual mereka sentiasa padat dan perlu bergetak ke sana ke sini untuk menghadiri mesyuarat di pelbagai lokasi. Masa yang dijimatkan (pergerakan) boleh dimanafaatkan oleh anak buah untuk mengatur mesyuarat yang lain pada hari yang sama.
Semua perkara ada kebaikan dan keburukan kan? Jadi kita ambil sahajalah kebaikan daripadanya. Itu lebih mudah. Dalam keadaan pandemik Covid-19 yang belum nampak akan pergi dalam masa terdekat ini, Kakda rasa inilah perkara yang kita terpaksa lalui. Perubahan cara kerja bersesuaian dengan keadaan pandemik ini. Kita perlu ambil segala tindakan yang perlu untuk memutuskan rantaian Covid ini dengan seberapa segera. Semoga dengan usaha kita ini, pertolongan Allah akan datang kepada kita. Insyaallah.
Kakda kongsi sikit gambar mesyuarat dan kursus secara dalam talian yang Kakda sertai sebagai kenang-kenangan pada masa akan datang.












kerana keadaan yang tak mengizinkan untuk kita bersemuka secara berdepan... pertemuan atas talian lah cara untuk berkomunikasi
ReplyDeleteasalkan apa yang mahu dijelaskan, sampai pada ahlinya kan :)
ReplyDeleteApabila saya didiagnosis menghidap kanser tahap 4, saya berasa benar-benar putus asa. Doktor-doktor telah menyediakan saya untuk menghadapi kemungkinan terburuk, dan saya diliputi ketakutan dan ketidakpastian. Dalam masa yang sukar itu, saya telah menerima pelbagai testimoni daripada orang ramai, bagaimana mereka sembuh melalui perubatan Herba Dr Dawn, dan menghubunginya melalui WhatsApp beliau: ( +2349046229159 )
ReplyDeleteDia berjanji kepada saya bahawa saya akan sembuh semula dalam masa 1 bulan selepas saya menjelaskan semuanya kepadanya, saya memesan ubat herba tersebut dan mengikuti arahannya. Hari ini, saya amat bersyukur dengan keadaan saya sekarang. Segala puji bagi Tuhan kerana memberi saya kekuatan, bimbingan, dan penyembuhan. Saya bebas sepenuhnya dan ia telah disahkan secara perubatan. Malah seorang rakan sekerja saya juga telah sembuh melalui herba Dr DAWN.
Jika anda atau seseorang yang anda kenali sedang menghadapi penyakit yang serius, sila berunding dengan Dr Dawn. Dan jangan pernah berputus asa. Kerana dia pasti akan menyembuhkan anda
WhatsApp beliau: +2349046229159
Emel: dawnacuna314@gmail.com