Skip to main content

Hospital Besar Kuala Lumpur

(Photo credit to www.northeastern.edu)
Aku nak berkongsi sedikit rasa kurang berpuas hati aku tentang Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL atau HKL). Bukan tentang doktor atau tentang jururawat atau tentang petugas di sana. Tetapi tentang tempat meletak kereta. Azab sungguh sekarang ni kalau nak meletak kereta di HKL.
 
Ceritanya macam ni. Semalam aku hantar mak aku ke HKL untuk rawatan. (sakit apa lain kalilah aku cerita ya). Aku keluar rumah seawal pukul 7 pagi. Jadi sampai di HKL dalam pukul 7.30 pagi. Dalam hati aku kata mesti dapat parking sebab sampi awal. Lepas turunkan mak dan abah di bangunan utama, aku pun pergilah cari parking. Aku pun teruslah ke tempat parking biasa yang berdepan dengan blog asrama jururawat kalau tak silap aku. Tapi rupa-rupanya tempat tu dah ditutup untuk pembinaan entah apa aku pun tak tau. Aku rasa ini adalah tempat parking kedua yang ditutup selepas satu tempat parking di kawasan lapang berdekatan dengan masjid tu ditutup lebih setahun yang lalu (dan masih belum dibuka sehingga hari ini).
 
Aku teruslah ke depan dekat tempat parking yang lebih besar berdekatan pintu keluar tu. PENUH. Aku pusing hospital lagi sekali untuk cari parking dekat ceruk-ceruk mana yang boleh. Sama juga. PENUH dan tiada ruang kosong. Aku naik pula ke blok baru hospital yang berdekatan dengan pintu keluar arah yang lagi satu. PENUH juga.
 
Ya Allah. Aku dah tak tau nak parking mana. Aku keluar kawasan hospital menghala ke Institut Jantung Negara, mana tau ada parking kat situ. Sama juga. PENUH dan tiada ruang langsung. Dah jenuh berpusing-pusing kawasan hospital tu aku pun dapat idea untuk parking di luar kawasan hospital yang memang agak jauh dari hospital. Aku parking di sebelah Hotel Grand Seasons.
 
Memang sangat azab nak parking kereta di HKL. Aku terfikir dalam hati, macam mana agaknya orang sakit yang pergi ke hospital seorang diri? Memang kesian betul. Mungkin diorang terus tak jadi ke HKL. Aku kira mungkin ini adalah antara sebab mengapa ramai orang menolak untuk ke HKL.  
 
Sebagai mantan penjawat awam, HKL memang menjadi tumpuan abah selalu. Lebih-lebih lagi untuk rawatan yang memerlukan susulan. Memang banyak lagi hospital kerajaan lain tetapi semuanya agak jauh dari rumah aku. Dan abah berpendapat, HKL bagus kerana semua Doktor Pakar ada di sana. Atas sebab itulah HKL selalu menjadi pilihan abah. Aku bersetuju dengan abah. Memang HKL bagus sebab banyak Doktor Pakar tetapi masalah parking ni memang menyesakkan jiwa aku yang dah sedia sesak ni. Huhuhuuu
 
Aku berharap sangat pihak pengurusan HKL akan dapat menyelesaikan masalah parking ini dengan segera. Supaya orang yang sakit tak bertambah sakitnya dan orang sihat tak menjadi sakit bila hendak ke HKL.

Comments

  1. apa kata buat aduan kat website KKM!
    Adu kat sini, takde tindakan dari dorg!
    Serious sy ckp ni!
    Sbb saya penah jaga aduan hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan adu ni dik. Ni luahan rasa jer.hehehehe...

      Delete
  2. Beb, kalau nak pegi tempat ni memang azab.Selalunya kalau pergi sana, dapat parking cuma dekat gerai makan dekat Jalan Raja Muda Musa tu aje..Memang menapak kaw-kaw punya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau aku mmg aku gagahkan diri jer. Tapi aku bawak org tua aku lah beb. nak soh mak aku jalan jauh2 tu ada yg tumbang tak sempat jumpa doc kang. huhuhuuu...

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Minggu Pertama Persekolahan

Selamat kembali ke sekolah adik-adik/anak-anak semua! Hari ini merupakan hari pertama dan minggu pertama persekolahan  bagi sesi tahun 2016. Jadi Aida nak ambil kesempatan bercerita tentang pengalaman minggu pertama persekolahan. Tapi bukan pengalaman  Tahun 1, cerita ini tentang pengalaman minggu pertama persekolahan di Tingkatan 4.Ehhh kenapa Tingkatan 4? Mesti ada yang tertanya-Tanya kan? Jawapannya mudah. Aida berpindah ke sekolah baru masa di Tingkatan 4. Pindah jauh ke Borneo kerana mengikut abah yang bertukar ke Sabah. Kami berpindah ke Kota Kinabalu pada penguhujung tahun. Sekolah yang dipilih oleh abah untuk Aida ialah Maktab Sabah @ Sabah College, antara sekolah ternama di Sabah. Pada masa itu kami tinggal di Putatan. Jarak antara Putatan dengan Sekolah Maktab Sabah adalah lebih kurang setengah jam perjalanan menaiki bas. Aida ke sekolah menaiki bas.  Maktab Sabah. Photo credit to Wikipedia.  Ok kita berba...

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)

Kembali kepada Fitrah

Petang tadi aku membaca satu posting di FB yang membuat aku rasa sangat gembira dan bersyukur. Seorang gadis Jepun yang aku kenal semasa menghadiri Tokyo Book Fair 2014 telah mengucap syahadah dan telah kembali kepada fitrah. Syukur ke hadrat Allah.   Arisa Sakamoto atau nama islamnya Nur Arisa Maryam yang aku dengar dan aku lihat dari pembacaan aku di FB nya telah lama mendekati Islam. Beliau banyak belajar tentang Islam dan sebenarnya sebelum mengucap syahadah lagi beliau telah muda solat, berpuasa dan juga mempelajari Al-Quran. Hati beliau memang sangat dekat dengan Islam. Cumanya ada sesuatu yang menghalangnya daripada memeluk Islam. Aku sendiri tak pasti apa yang menghalangnya. Aku selalu berdoa agar Arisa diberi kekuatan oleh Allah untuk mengucap syahadah dan kembali kepada fitrah dengan segera.   Sesungguhnya hidayah Allah itu diturunkan kepada sesiapa yang dikehendakinya, kepada sesiapa yang mencarinya. Walaupun syaitan terus menggoda agar anak adam yang ...