Skip to main content

Berkongsi Rasa

Tidak semua perkara yang berlaku dalam hidup aku, aku ceritakan kepada orang lain.
 
Banyak perkara yang aku simpan sendiri. Dan untuk berceritapun aku tidak bercerita kepada semua orang. Ya aku mungkin punyai ramai sahabat akrab. Tetapi tidak semua perkara aku kongsikan dengan mereka. Bukan aku tidak percaya, cuma aku lebih selesa untuk menyimpan sendiri.
 
(Pic credit to ultichappal.blogspot.com)
Begitu juga dengan masalah. Aku tidak berkongsi masalah dengan semua sahabat akrab dan juga keluarga. Aku hanya akan berkongsi apabila aku rasa benar-benar perlu (atau mungkin tertekan). Dan mereka yang aku pilih untuk menjadi tempat mengadu itu bukanlah semua.
 
Ada kalanya aku perlukan rakan sebaya. Ada kalanya aku perlukan rakan yang lebih tua. Yang punya lebih banyak pengalaman hidup daripada aku. Mereka yang aku pilih adalah mereka yang aku percaya, benar-benar percaya.
 
Tujuan aku berkongsi adalah semata-mata untuk mengurangkan tekanan yang aku hadapi. Kadang-kadang bukan nasihat yang aku perlukan. Aku cuma perlukan telinga untuk mendengar dan hati untuk berkongsi rasa tersebut. Rasa duka, rasa tertekan, rasa bimbang dan juga rasa 'kosong'.
 
Aku mohon maaf andai dalam usaha aku untuk mengurangkan tekanan tersebut aku telah menyebabkan kalian rasa terganggu. Atau orang disekeliling kalian rasa tidak selesa. Seribu kemaafan aku mohon daripada kalian semua.
 
 
(Pic credit to bprentice.wordpress.com)
 

Comments

  1. Kadang-kadang perlu luah.. kang membuak dalam hati.. lain pula jadinya nanti!

    ReplyDelete
  2. Salam Da,

    Luahkan aja Da, nanti berbuku susah, jadi penyakit pun mungkin juga. Kenalah cari orang yang sesuai untuk diluahkan agar dada lebih lapang nanti!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Minggu Pertama Persekolahan

Selamat kembali ke sekolah adik-adik/anak-anak semua! Hari ini merupakan hari pertama dan minggu pertama persekolahan  bagi sesi tahun 2016. Jadi Aida nak ambil kesempatan bercerita tentang pengalaman minggu pertama persekolahan. Tapi bukan pengalaman  Tahun 1, cerita ini tentang pengalaman minggu pertama persekolahan di Tingkatan 4.Ehhh kenapa Tingkatan 4? Mesti ada yang tertanya-Tanya kan? Jawapannya mudah. Aida berpindah ke sekolah baru masa di Tingkatan 4. Pindah jauh ke Borneo kerana mengikut abah yang bertukar ke Sabah. Kami berpindah ke Kota Kinabalu pada penguhujung tahun. Sekolah yang dipilih oleh abah untuk Aida ialah Maktab Sabah @ Sabah College, antara sekolah ternama di Sabah. Pada masa itu kami tinggal di Putatan. Jarak antara Putatan dengan Sekolah Maktab Sabah adalah lebih kurang setengah jam perjalanan menaiki bas. Aida ke sekolah menaiki bas.  Maktab Sabah. Photo credit to Wikipedia.  Ok kita berba...

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)

Dangers of Internet Dating

Before You Say Yes Think About This ------------------------------------------------ Internet dating has rapidly become one of the most popular ways for couples to meet. You simply upload a photo, type out a small bio, and poof. Like magic your photo is now available for the whole world to see.   Naturally you pick the best photo you can find. Maybe it is 20 years old, but who cares. Your hair looked great that day. Maybe you lie a little about your age, or make yourself sound so much more interesting than you really are. Hey, you want the best guy out there to notice you right? Well guess what? The guy you are looking for, is probably doing exactly what you are. He probably dug into some of his old college photos, lied about his age, and more than likely made himself sound a whole lot more interesting than he is too. Ahh the joy of internet dating. The problem with internet dating is, you never know. You never know if the person who seems interested in you is who h...