Skip to main content

Gemuk itu Aku

 
Tajuk entri entah apa-apa kan? hehehe...abaikan...
 
Korang tau tak kat mana ni? Kalau suruh aku teka aku pun tak pasti sebenarnya. hehehe...Ni kat Taman tasik Titiwangsa sebenarnya. Gambat diambil semalam masa aku dok melangut dok tunggu mamat kat bawah ni.

 
Janji kul 5.30 petang tapi dekat 6.30 petang baru sampai. memang rasa nak bagi penyepak je kan? garang kan aku? hehehee...Sebenarnya budak bertuah ni adik aku. Dia mintak aku teman dia jogging sebab seminggu lagi dia ada marathon. Aku pun dah lama tak jogging so aku setujulah. Janjinya jumpa kat sana je. Aku terus gi sana dari opis. So aku siap terus dari opis lah. Siaplah dengan pakaian utk jogging cumanya aku bawak kasut tapi tak bawak tali kasut. Huhuuu...Aku minta dia bawak kasut lebih.Tu pasallah aku kena tunggu dia jugak baru bleh jogging. Sudahnya kul 6.30 baru mula jogging. Sabar je lah banyak-banyak kan. Nasib baik adik kan? kalau bf lama dah kena tinggal. Ahaksss....
 
Alhamdulillah berjayalah jugak buat dalam 5 pusingan. So esok sambung lagi. Esok kalau dia lambat takpe sbb aku dah bawak kasut sendiri. Hehehehee...Aku ada matlamat jangka masa panjang dan pendek. Sebulan dua ni aku nak jogging dulu. Lepas tu baru masuk gym balik. Rindu dah nak main semua alat canggih manggih kat gym tu. dan rindu jugak nak training dengan trainer aku yg best tu. Ni dia kalau korang nak kenal. Nama dia Ammar Yasser. Dia ni lembut orangnya dan mmg cukup sabar dengan aku. Hehehehee...Tu yang aku selesa dengan dia.
 
Ammar ni selalu takde rambut so bila ada rambut camni macam pelik je aku tengok. heheheheee...
Semalam aku dah start ambik timbangan berat aku. Berapa? uiiiii...rahsia...hehehehee..Aku akan update dari segi % jer nanti sampailah aku berani nak bagi tau berat aku. Hehehehehe....So kita tengok progresnya dalam masa seminggu ni. Doakan aku ya. Aku bukan nak kurus tapi aku nak kurangkan berat untuk elak pelbagai penyakit.. Perjalanan yang terhenti seketika bermula hari ini. 
 
All the best Aida!!!!!!!

Comments

  1. kalu dh hari2 bwk bekal yg sihat2 siap joging msti tak lama lg selim melim.... tajuk tu pun pttnyer letak kt akak... akak gumuk jgk

    ReplyDelete
  2. Tak gemuk.. berisi je hihi.

    Waaa tgk gambar 1st dah tau kat mana.
    Rutin saya jgk tu sepanjang duk KL.
    Seminggu HARUS 3-4X seminggu.. tak gi jogging dlm seminggu tu rasa tak senang duduk.
    Jogging sekurang-kurangnya 5km tu juga HARUS!

    Saya lone ranger je.. tunggu kawan2.. memang takkk aaa.. banyak noorrr alasan :P

    So go kak aida girl.. you can do it!
    buat sengsorang pun jadiii lah hehe.
    Guna pedometer tuuuu :P

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Minggu Pertama Persekolahan

Selamat kembali ke sekolah adik-adik/anak-anak semua! Hari ini merupakan hari pertama dan minggu pertama persekolahan  bagi sesi tahun 2016. Jadi Aida nak ambil kesempatan bercerita tentang pengalaman minggu pertama persekolahan. Tapi bukan pengalaman  Tahun 1, cerita ini tentang pengalaman minggu pertama persekolahan di Tingkatan 4.Ehhh kenapa Tingkatan 4? Mesti ada yang tertanya-Tanya kan? Jawapannya mudah. Aida berpindah ke sekolah baru masa di Tingkatan 4. Pindah jauh ke Borneo kerana mengikut abah yang bertukar ke Sabah. Kami berpindah ke Kota Kinabalu pada penguhujung tahun. Sekolah yang dipilih oleh abah untuk Aida ialah Maktab Sabah @ Sabah College, antara sekolah ternama di Sabah. Pada masa itu kami tinggal di Putatan. Jarak antara Putatan dengan Sekolah Maktab Sabah adalah lebih kurang setengah jam perjalanan menaiki bas. Aida ke sekolah menaiki bas.  Maktab Sabah. Photo credit to Wikipedia.  Ok kita berba...

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)

Dangers of Internet Dating

Before You Say Yes Think About This ------------------------------------------------ Internet dating has rapidly become one of the most popular ways for couples to meet. You simply upload a photo, type out a small bio, and poof. Like magic your photo is now available for the whole world to see.   Naturally you pick the best photo you can find. Maybe it is 20 years old, but who cares. Your hair looked great that day. Maybe you lie a little about your age, or make yourself sound so much more interesting than you really are. Hey, you want the best guy out there to notice you right? Well guess what? The guy you are looking for, is probably doing exactly what you are. He probably dug into some of his old college photos, lied about his age, and more than likely made himself sound a whole lot more interesting than he is too. Ahh the joy of internet dating. The problem with internet dating is, you never know. You never know if the person who seems interested in you is who h...