Skip to main content

Cuti-Cuti Penang - Part 1

Percutian ke Penang ni merupakan percutian keluarga kami yang pertama sejak ketiadaan mak. Memang janggal rasanya. Rasa tak lengkap keluarga besar kami. Tapi itulah hakikat kenyataan yang perlu kami terima. Mak sudah tiada lagi disamping kami. Namun mak tetap segar dalam ingatan dan hati kami. 
 
Sebenarnya percutian ini bersempena dengan Penang Bridge Marathon. Apa plak kene mengana percutian dengan marathon kan? Kena mengena nya sebab adik bongsu aku, Ayee @Acu menyertai marathon tu. Full marathon 42 km. Fuhhh....Tak upaya mendengarnya. Jadi sebab Acu nak gi marathon, abah ajak gi teman Acu. Mulanya satu kereta jer, geng bujanglah kan. Tapi sudahnya semua sekali pergi. 17 orang. 4 kereta. Heheheheeee....
 
Kami menginap di Flamingo Hotel by The Beach, Tg. Bungah. kami ambil 3 Bedroom Suite dan 2 Bedroom Suite. Ni lah hotelnya.
 
 
 Room 1

 



 
 
 
Room 2

 
Room 3 (Master Bedroom)

 
 
 
Hall
 
 
 



 Balcony 

 
Swimming Pool
 
 






 
Beach
 
 
Gym
 




 
 
Café/Food
 


 










 
Lobby



 

Overall aku rasa hotel ni ok lah. Cuma ada beberapa perkara yang aku rasa tak best.
 
1. Hotel besar2 camni takde bath tub. Failed.
 
2. Hotel besar camni takde tempat basuh tangan kat ruang tamu. Failed. Takkan setiap kali nak basuh tangan kena masuk bilik kan?
 
3.  Sofa yang kami dapat tu senget sebelah ok. Lupa nak ambik gambar. Kaki dia patah sebelah. Failed.
 
4. Peti ais bukan dekat ruang tamu/kitchen tapi kat dalam Master Bedroom. Macam tak sesuai ok.
 
5. Iron dengan iron board pun takde. (nasib baik aku tergerak hati nak bawak iron sendiri ok).
 
6. Café selesa. Tapi food kurang sedap (nak cakap tak sedap tak sampai ati) terutamanya makanan melayu dia - nasi goreng, nasi lemak, mee goreng semua tasteless. So boleh breakfast sehari dua je lah kat café. Klau dok lama-lama sila breakfast kat luar.
 
7. Parking sangatlah limitednya. Ni yang paling sedih sebenarnya. Bilik banyak tapi tempat parking ciput jer.
 
 
Itu je lah kot komennya. Kang banyak sangat hotel ni rasa aku kondem dia plak kan. Tapi ni pendapat aku lah. Jangan marah ya pihak pengurusan hotel (walaupun aku tau diorg sure tak baca kan? heheheh)....
 
Cerita selanjutnya tentang percutian ni akan disambung dalam Part 2. Tungguuu... :-)

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Minggu Pertama Persekolahan

Selamat kembali ke sekolah adik-adik/anak-anak semua! Hari ini merupakan hari pertama dan minggu pertama persekolahan  bagi sesi tahun 2016. Jadi Aida nak ambil kesempatan bercerita tentang pengalaman minggu pertama persekolahan. Tapi bukan pengalaman  Tahun 1, cerita ini tentang pengalaman minggu pertama persekolahan di Tingkatan 4.Ehhh kenapa Tingkatan 4? Mesti ada yang tertanya-Tanya kan? Jawapannya mudah. Aida berpindah ke sekolah baru masa di Tingkatan 4. Pindah jauh ke Borneo kerana mengikut abah yang bertukar ke Sabah. Kami berpindah ke Kota Kinabalu pada penguhujung tahun. Sekolah yang dipilih oleh abah untuk Aida ialah Maktab Sabah @ Sabah College, antara sekolah ternama di Sabah. Pada masa itu kami tinggal di Putatan. Jarak antara Putatan dengan Sekolah Maktab Sabah adalah lebih kurang setengah jam perjalanan menaiki bas. Aida ke sekolah menaiki bas.  Maktab Sabah. Photo credit to Wikipedia.  Ok kita berba...

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)

Dangers of Internet Dating

Before You Say Yes Think About This ------------------------------------------------ Internet dating has rapidly become one of the most popular ways for couples to meet. You simply upload a photo, type out a small bio, and poof. Like magic your photo is now available for the whole world to see.   Naturally you pick the best photo you can find. Maybe it is 20 years old, but who cares. Your hair looked great that day. Maybe you lie a little about your age, or make yourself sound so much more interesting than you really are. Hey, you want the best guy out there to notice you right? Well guess what? The guy you are looking for, is probably doing exactly what you are. He probably dug into some of his old college photos, lied about his age, and more than likely made himself sound a whole lot more interesting than he is too. Ahh the joy of internet dating. The problem with internet dating is, you never know. You never know if the person who seems interested in you is who h...