Skip to main content

Jualan Buku Akhir Tahun 2014

Jualan Buku Akhir Tahun 2014 anjuran Malaysia Book Association (MABOPA) dan Perbadanan Kota Buku (PKB) berlangsung dari 20 - 23 November 2014 di Kuala Lumpur Convention Centre. Mungkin tak ramai orang yang tahu tentang ekspo ini. Tapi sebagai orang yang terlibat dengan industry perbukuan sedah semestinya lah aku tau kan? Jadi untung jugaklah aku ni. Heheheee...
 
Tak banyak sangat penerbit yang terlibat dalam jualan akhir tahun ni. Tapi penerbit besar dan ternama seperti Karangkraf, PTS, DBP (nak jugak sebutkan? hehehehe), ITBM, Galeri Ilmu, Al-Ameen semua ada.
 
Apa yang menarik di sana? Sebagai pengguna aku rasa jualan buku macam ni sangat menguntungkan pengguna. Kerana penerbit memberikan potongan harga yang sangat baik sehingga mencecah 80% daripada harga buku asal. Jadi sebagai pengguna memang sangat menguntungkan lah kan. Ini lah masanya kita nak memborong buku untuk menambah koleksi bahan bacaan kita. Tapi yang tak menariknya expo ni diadakan pada masa-masa tenat, seminggu sebelum gaji. Jadi daya beli kuranglah sikit kan?! Tapi itu untuk aku lah. Mungkin ada orang lain yang tak kesahpun.
 
Oklah meh tengok keadaan kat sana.  















 


 














 
Inilah tapak expo. Bukan dalam KL Convention Centre. Hall 6, KL Convention Centre ni kat luar, belah belakang. Aku pun tak menggagau jugaklah masa mak carik tu. Tapi nasib baik jumpa. 



Ni pulak hasil tangkapan aku tadi. Aku beli novel thriller, buku agama dan jugak majalah (back issues). Sekarang ni aku cuma baca buku agama, buku motivasi dan jugak buku tentang kesihatan. Novel pun hanya novel tertentu jer.
 
Bercakap tentang buku yang aku beli ni, sebenarnya ada buku yang bukan buku yang aku baru nak baca tapi aku beli semula sebab buku dah hilang dari simpanan. Jadi terpaksa beli semula untuk melengkapkan koleksi. Kalau korang nak tau buku yang aku beli semula tu buku Ramlee Awang Mursyid (RAM) Aku ni memang pengikut RAM. Sejak usia dah banyak sangat nombornya ni aku tak boleh baca dah novel cinta. Memang mengantuk kalau baca. Tapi kalau buku omputeh boleh pulak. Ngengada kan? huhuhu...jadi novel melayu yang buat aku tak mengantuk buat masa ni cuma novel RAM dan Sharifah Abu Saleem. Yang lain, mintak maaflah. Bukan novel diorg tak bagus cumanya aku jer yang tak mampu nak menghadam novel-novel tu lagi. Tapi kalau RAM ni mmg tak makan tak tido pun aku boleh. Hehehhee....Buktinya novel terbaharu RAM, Raudhah yang aku beli ni aku dah habis baca dah pagi tadi. Aku mula baca semalam tengah hari dan habis baca lepas subuh pagi tadi. Gigihkan?! :-)
 

Comments

  1. naperlah akak tak tau, dr dok nk pg picc ngn maha yg ramai gile org, baik ke sini.... tgk lenggang je kan.... akak lak suke buku2 nih... syok layan sesekali

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dangers of Internet Dating

Before You Say Yes Think About This ------------------------------------------------ Internet dating has rapidly become one of the most popular ways for couples to meet. You simply upload a photo, type out a small bio, and poof. Like magic your photo is now available for the whole world to see.   Naturally you pick the best photo you can find. Maybe it is 20 years old, but who cares. Your hair looked great that day. Maybe you lie a little about your age, or make yourself sound so much more interesting than you really are. Hey, you want the best guy out there to notice you right? Well guess what? The guy you are looking for, is probably doing exactly what you are. He probably dug into some of his old college photos, lied about his age, and more than likely made himself sound a whole lot more interesting than he is too. Ahh the joy of internet dating. The problem with internet dating is, you never know. You never know if the person who seems interested in you is who h...

Bye Boss!

Bye Boss! Selamat bertugas di jabatan baru ya. Terima kasih atas segalanya. Mohon ampun maaf segala salah silap yang ada ya.   Rakaman kenangan dengan Boss di Frankfurt tahun lepas.

Birthday Getaway

Cuti-cuti di Port Dickson bersama-sama keluarga tercinta sempena birthday tahun ni. Tak banyak gambar pun. Tapi nak jugak post kat sini sbg kenangan.