Skip to main content

Lunch Box

Meh tinjau lunch box hari ni. hari ni merupakan no fruits day jadi tiada buah-buahan di dalam box ini.:-) Yang ada cuma main meals untuk breakfast dan lunch. Jadi hari ni tiada munching2. :-)
 
 
Omelette for breakfast
Grilled Salmon +  Wild Rocket Salad with Roasted Sesame Dressing for lunch 
 
Sangat simple. Semua ni disiapkan dalam masa tak sampai 20 minit. jadi memang tiada alas an untuk tidak menyediakan lunch box setiap hari. Betul tak? Selain daripada menyihatkan, makanan yang disediakan sendiri macam ini juga dijamin kebersihannya. Yelah dah kita yang sediakan takkan pulak tak jaga kebersihan kan? kalau tak jaga juga maknanya pengotor lah kita  ni. Hehehheheee..
 
Mungkin semua ni nampak mudah bagi orang bujang tapi untuk yang dah berkahwin dan mempunyai anak mungkin tidak semudah ini. Kan?

Comments

  1. memang best lah lunch box camni. mmg tak sabar tunggu lunch ni nak makan ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe....aah..kul 10 dah rasa nak makan..tapi sabarrrr...hihihiii...

      Delete
  2. boleh akak kenyang mkn salmon ngn salad tuh je? kalu dana mmg tak kenyang la hahahha.... gogo cayok utk akak yg rajin

    ReplyDelete
    Replies
    1. salad tu kena banyak2 sikit dana. insyaallah kenyang. akak dulu pun macm tak puas jugak tapi skg ok jer....:-)

      Delete
  3. Sedapnya. Akk mls nk bw bekal skrg ni. Beli je setiap hari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tekak saya ni cerewet skit kak. Sbb tu terpaksa rajin |:-)

      Delete
  4. kak, omlett tu kak letak apa, resepi plss!

    ReplyDelete
    Replies
    1. resepi? alamak malunya...hehehe....omelette akak sebenarnya resepi ikut apa ada dalam peti ais. hehehe...
      tapi akak biasa letak mushroom, tomato, capsicum, onion & cheese... Tu yg wajiblah...semua bahan tu (kecuali cheese) potong kecik2...pastuh masuk dalam pan...layukan sekejab pastu masuk telur (telur ni akak tambah pepper dgn parsley, garam akak mmg tak letak)...buatlah macam kat hotel tu kacau2..pastu masukkan cheese yang dah potong kecik2 juga....lipat dua dan terus angkat. jangan bagi cheese melekat kat pan tau...tu jer...senang kan? :-)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Minggu Pertama Persekolahan

Selamat kembali ke sekolah adik-adik/anak-anak semua! Hari ini merupakan hari pertama dan minggu pertama persekolahan  bagi sesi tahun 2016. Jadi Aida nak ambil kesempatan bercerita tentang pengalaman minggu pertama persekolahan. Tapi bukan pengalaman  Tahun 1, cerita ini tentang pengalaman minggu pertama persekolahan di Tingkatan 4.Ehhh kenapa Tingkatan 4? Mesti ada yang tertanya-Tanya kan? Jawapannya mudah. Aida berpindah ke sekolah baru masa di Tingkatan 4. Pindah jauh ke Borneo kerana mengikut abah yang bertukar ke Sabah. Kami berpindah ke Kota Kinabalu pada penguhujung tahun. Sekolah yang dipilih oleh abah untuk Aida ialah Maktab Sabah @ Sabah College, antara sekolah ternama di Sabah. Pada masa itu kami tinggal di Putatan. Jarak antara Putatan dengan Sekolah Maktab Sabah adalah lebih kurang setengah jam perjalanan menaiki bas. Aida ke sekolah menaiki bas.  Maktab Sabah. Photo credit to Wikipedia.  Ok kita berba...

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)

Kembali kepada Fitrah

Petang tadi aku membaca satu posting di FB yang membuat aku rasa sangat gembira dan bersyukur. Seorang gadis Jepun yang aku kenal semasa menghadiri Tokyo Book Fair 2014 telah mengucap syahadah dan telah kembali kepada fitrah. Syukur ke hadrat Allah.   Arisa Sakamoto atau nama islamnya Nur Arisa Maryam yang aku dengar dan aku lihat dari pembacaan aku di FB nya telah lama mendekati Islam. Beliau banyak belajar tentang Islam dan sebenarnya sebelum mengucap syahadah lagi beliau telah muda solat, berpuasa dan juga mempelajari Al-Quran. Hati beliau memang sangat dekat dengan Islam. Cumanya ada sesuatu yang menghalangnya daripada memeluk Islam. Aku sendiri tak pasti apa yang menghalangnya. Aku selalu berdoa agar Arisa diberi kekuatan oleh Allah untuk mengucap syahadah dan kembali kepada fitrah dengan segera.   Sesungguhnya hidayah Allah itu diturunkan kepada sesiapa yang dikehendakinya, kepada sesiapa yang mencarinya. Walaupun syaitan terus menggoda agar anak adam yang ...