Skip to main content

Pergi Tak Kembali

Petang tadi aku terima berita yang sangat mengejutkan. Rakan sekelas aku semasa di Tingkatan 6, Arlina Ahmad (Ina) telah kembali ke rahmatullah. Berita ni aku terima daripada sepupu arwah yang merupakan kawan aku jugak.
 
Menurut Ieja, Ina memang ada masalah jantung dan beberapa kali juga keluar masuk hospital. Malam tadi Ina mengadu sesak nafas. Keluarga Ina terus kejarkan Ina ke Hospital Sabak Bernam. Sampai di hospital terus ke Wad Kecemasan. Menurut dokotor, jantung Ina dah block. Paru-paru sedikit berair. Doktor cuba bantu dengan  oksigen tetapi sukar sehingga oksigen disalurkan melalui tekak. Ina begitu lemah. Dan Ina menghembuskan nafas terakhirnya lepas Subuh.
 
Sebenarnya kali terakhir aku jumpa Ina masa last reunion kitaorang dekat Port Dickson lebih kurang 18 tahun lalu. Memang lama gila kan? Tapi kalau jumpa dan bersembang di FB tu ada lah beberapa kali. Ada cadangan nak jumpa tapi tak berkesempatan. Rupanya memang tak berkesempatan langsung. memang ralat rasa hati ni. 
 
Selepas mendapat berita tu aku terus call kawan cat & dog aku, Anol Fitri.(Memang cat & dog sebab kitaorang memang selalu bercekau. Tapi yang bercekau ni lah yang still in touch sampai skg...hihihii). Memang dia pun terkejut sebab rupa-rupanya dia pun tak jumpa Ina berzaman-zaman dah. Lepas sampaikan berita tu dia pun bagi taulah mak dia pun dah meninggal bulan Oktober tahun lepas. Lagi sorang kawan kitaorang, Dahlia, ayah dia meninggal jugak tahun lepas. Selain tu, lagi sorang kawan kitaorang Arfah, ayah dan adik dia meninggal tahun lepas. Rupa-rupanya ramai kawan-kawan aku kehilangan orang tersayang tahun lepas. Sama macam aku.
 
Tahun ni kami kehilangan seorang rakan pulak. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi mereka. Semoga mereka semua ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
 
 

Comments

  1. akak mengalaminya tahun sudah .. berbekas dihati sampai harini.. bila teringattu memang mampu sedekah al-fatihah... al-fatihah juga untuk kawan aida..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak. kematian dia buat aida rasa sesungguhnya kematian itu memang tidak mengenal usia. pada bila-bila masa tak tertangguh walau sesaat pun...semoga kita semua dicabut nyawa dalam keadaan yang baik2. insyaallah.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dangers of Internet Dating

Before You Say Yes Think About This ------------------------------------------------ Internet dating has rapidly become one of the most popular ways for couples to meet. You simply upload a photo, type out a small bio, and poof. Like magic your photo is now available for the whole world to see.   Naturally you pick the best photo you can find. Maybe it is 20 years old, but who cares. Your hair looked great that day. Maybe you lie a little about your age, or make yourself sound so much more interesting than you really are. Hey, you want the best guy out there to notice you right? Well guess what? The guy you are looking for, is probably doing exactly what you are. He probably dug into some of his old college photos, lied about his age, and more than likely made himself sound a whole lot more interesting than he is too. Ahh the joy of internet dating. The problem with internet dating is, you never know. You never know if the person who seems interested in you is who h...

Bye Boss!

Bye Boss! Selamat bertugas di jabatan baru ya. Terima kasih atas segalanya. Mohon ampun maaf segala salah silap yang ada ya.   Rakaman kenangan dengan Boss di Frankfurt tahun lepas.

Birthday Getaway

Cuti-cuti di Port Dickson bersama-sama keluarga tercinta sempena birthday tahun ni. Tak banyak gambar pun. Tapi nak jugak post kat sini sbg kenangan.