Skip to main content

Posts

Pelbagai Cerita

Another long gap between updates. Hajat hati nak update hari-hari tak kesampaian. Mak buat macam mana, manuasia merancang Allah yang menentukan :-)   Ada banyak benda yang nak aku kongsikan sebenarnya. Antaranya adalah perkembangan terkini tentang mak, cerita tentang raya, cerita tentang diri aku, cerita tentang tenis dan macam-macam lagi. Memandangkan aku tak punya banyak masa untuk buat banyak entri, kali ni aku nak buat dua atau tiga cerita dalam satu entri. Kalau larat nak baca habis korang bacalah ya. Kalau tak larat korang pilihlah apa korang nak baca. :-)   Cerita Tentang Mak   Mak dah selesai menjalani rawatan Kemoterapi yang pertama. Kemo pertama dibuat pada 16 Ogos 2013 yang lalu, 9 hari lewat daripada jadual asal. Aku berada dihospital semasa rawatan dijalankan.   Kepada mereka yang tidak tahu, Kemoterapi adalah rawatan yang menggunakan ubat-ubatan khusus untuk melawan dan memusnahkan sel kanser yang sedang merebak dalam badan pe...

Cerita Tentang Mak

Hari ni dah masuk 8  hari emak kat hospital. Dalam seminggu tu 5 malam aku tido di hospital untuk teman mak. 2 malam lagi Kak Nor dan 1 malam Aphyd. Malam ni Aphyd lagi sebab dia off. Kalau mak tak balik lagi, malam esok aku pulak.   Sebenarnya memang diluar jangkaan kami yang mak akan berada di hospital selama ini. Sebabnya kalau mengikut jadual, hari Rabu lepas masuk hospital untuk berehat dan Khamis buat rawatan Kemoterapi dan lepas tu boleh balik. Tapi bila dah sampai sana, dah masuk hari kedua Doktor kata ada jangkitan kuman jadi kena bagi mak antibiotic dulu untuk 7 hari. Selepas tu baru boleh buat Kemo.    Kelmarin Doktor dah ambil sampel darah untuk ujian. Kalau kuman dan clear bolehlah buat kemo terus. Keputusan patut dapat harini tapi Doktor tak bagi lagi. Petang tadi Aphyd dah nurse (sebab petang doktor tak datang check). Nurse kata kalau ikut result ok. Tapi kena tunggu doktor esok untuk tau keputusan ...

Rambling

 

Hadiah Lebaran daripada yang Teristimewa

Assalamualaikum Semua...   Tajuk posting tak tahan. Mesti ada yang dok cari apa dan siapalah yang istimewa tu kan? Alah I tau u all mesti nak tau siapa insan istimewa tu kan? kan kan kan? hehehehe...   Sebenarnya yang Teristimewa yang aku maksudkan adalah, Rafael Nadal Parera . Pemain tenis pujaan hati aku.  Wahhh...Rafa bagi aku hadiah? Fuhhh ada yang mati berdiri sebab terkejut. Hehehehehe...   Suspen je kan? Korang jangan terpedaya. Walaupun aku gila habis kat Rafa tu tapi dia kenal aku pun tidak. Aku bukanlah special sangat weh. Perasan lebih jer selalu. Ahaksss...   Ok sambung cerita hadiah. Sebenarnya hadiah lebaran yang aku maksudkan adalah kemenangan dalam dua-dua kejohanan yang disertai oleh Rafa pada bulan Ogos 2013 ni.   Yang pertama, Rogers Cup , 5-11 Ogos 2013 di Montreal Kanada. Rafa menewaskan Milos Roanic (11) pada pusingan akhir dengan mudah 6-2, 6-2. Cabaran utama dalam Rogers Cup sebenarnya bukanlah pada pusinga...

Cerita Raya!

Just a short update. Just nak tayang duit raya tahun ni. Hehehehee.... U all ada tak? Kalau dah tua dapat duit raya mmg macam ni lah...hehehehehe  

Salam Aidilfitri!

Assalamualaikum Semua!   Aku harap belum terlewat untuk aku ucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Mohon Maaf Zahir dan Batin atas segala salah dan silap sama ada yang sedar ataupun tidak, yang disengajakan ataupun tidak. Mohon maaf juga andai semasa ber blog ada kata-kata yang mengguris rasa tanpa aku sedari. Sribu kemaafan aku minta daripada kalian semua.   Sebenarnya raya kali ini sedikit berbeza buat aku sekeluarga. Mak kurang sihat jadi urusan masak-memasak diuruskan oleh kami adik beradik dan aku dilantik oleh abah sebagai ketua tukang masak. Mak sebagai mandor sahaja. Memang mendebarkan tetapi Alhamdulillah semua berjalan lancar. lauk pauk dapat disiapkan seperti raya-raya sebelum ini. Cuma kepenatannya sedikit berbeza.    Okaylah aku tak punya banyak waktu untuk bercerita panjang sebenarnya, Jadi aku akhiri dulu di sini. Insyaallah esok lusa aku update lagi.    Raya Kedua Posing-posing depa...

Sumbangan Raya Lagi

Just a short update. Saja nak tayang kat kawan-kawan semua sumbangan raya yang diterima semalam dan hari ini. Ketupat nasi mini daripada Koperasi DBP Berhad dan Biskut Raya daripada Boss baru, Datin Hajijah Haji Jais.   kawan-kawan tolong jangan cemburu ya. :-)             Hari ni dapat pulak biskut raya daripada Boss baru. Untungnya ada dua boss ni. hehehehehe....  

Sumbangan Hari Raya

Hari ini aku dah semua staf di bahagian aku menerima sumbangan hari raya daripada mantan boss kami. Sebungkus maruku dan duit raya.   Seronok sangat rasanya bila kami tetap diingati walaupun beliau telah bertukar ke bahagian lain. Sesungguhnya beliau memang seorang ketua yang pandai menghargai staf. Kami sangat beruntung mempunyai ketua seperti beliau.     Kak Asiah,   Kami sayang akak sangat-sangat. Terima kasih atas ingatan yang tidak bertepi ini. Semoga akak dan keluarga sentiasa dilindungi Allah.

Nuzul Al-Quran

Salam Nuzul Al-Quran buat semua!!! Hari ini aku ingin bercerita sedikit tentang peristiwa Nuzul Al-Quran. Aku pasti ramai teman-teman yang sedia maklum tentang peristiwa ini tetapi aku rasa pasti ada juga yang tidak tahu. Oleh itu aku ingin berkongsi sedikit maklumat di pagi Jumaat yang mulia ini.   Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat A l-Quran yang pertama kepada nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini.   Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira , bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.   Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al...

Iftar with My Buddies!

Sudah 15 hari kita berpuasa dan hari ni adalah hari pertama aku berbuka puasa di luar. Aku sebenarnya lebih suka berbuka puasa di rumah berbanding di luar. Mudah segala-galanya. Mudah nak solat, tak perlu berebut makanan dan sebagainya. Lagipun mak tak berapa sihat jadi aku berat hati nak berbuka di luar tahun ni. Tapi ajakan untuk berbuka puasa di luar daripada sahabat baik aku, Ruziq dan adiknya Zira tak dapat aku tolak. Sesekali berbuka puasa bersama kawan-kawan kira oklah kot. Lagipun hari ni adik Aphyd cuti. Jadi dapatlah dia memasak dengan Ain untuk berbuka hari ni. Mak adalah kawan. Tu yang aku terima ajakan diorang.  Zira & Hubby (Zarrar) Gambar Ruziq tak payah. Jadi stalker yg dok tengok blog aku sebab Ruziq tu silalah kecewa ya...hehehehhee...   Tempat pilihan Ruziq adalah Seoul Garden, Plaza Pantai. Aku sebenarnya tak pernah makan kat Seoul Garden ni. Jadi aku setuju sahajalah dengan cadangan tu. Lagipun Plaza Pantai tu dekat juga d...

Happy Birthday!!!

  Friends are hard to find and best friends are even hard, I am glad to have you as my best friend in my life.   Stays blessed for the whole life and have a wonderful birthday!   All I want to say is a very happy birthday to my dearest friend ever.   May all the luck is yours and all the happiness in the world come to you.   Happy Birthday my friend!!   Photo courtesy of Petrol SPC 

Suka dalam Duka

Ada suka dalam duka. Itulah yang aku rasa hari ini.   Hari ini aku dengan abah bawa mak ke hospital. Keputusannya Alhamdulillah. Tidak terlalu terlalu buruk tetapi tidak juga baik. Tapi aku bersyukur. Walaupun masih ada kebimbangan dan kerisauan di dalam hati tetapi ia tidaklah keterlaluan sangat.   Mungkin ada yang bertanya apa cerita sebenarnya ni. Sebenarnya ini berkaitan dengan mak aku. Memang pada awalnya aku rasa aku tidak bersedia untuk bercerita. Tapi aku  rasa ada baiknya juga aku bercerita. Mungkin  dengan cara ini akan ada lagi ramai orang yang dapat membantu mendoakan mak. Dan untuk itu aku kira ada baiknya aku bercerita.   Sebenarnya begini. Beberapa hari sebelum puasa hari tu kami sekeluarga dikejutkan dengan satu berita yang cukup menyesakkan nafas kami semua. Hasil pemeriksaan doktor mendapati bahawa kanser telah menyerang mak semula. Mak pernah diserang kanser payu dara 3 tahun lalu tetapi selepas pembe...

Weekend Activities

Activities lah sangat kan. Bulan puasa ni mana ada sangat aktiviti. Jadi aku tayangkan aktiviti memasak untuk berbuka sajalah ya. Ini Menu aku untuk berbuka hari ni. Semua aku yang masak. Bangga...bangga...bangga...hehehehhee.... Tak nak cerita banyak...biar gambar sahaja berbicara.... Nasi Tomato   Acar Timun & Nenas (or jelantah ke jelatah...tak sure...huhuhuu)     Ayam Masak Merah (again...entah berapa kali dah masak ayam masak merah ni...heheheh)   Dalca Sayur Mee Goreng Cucur Milo (Ini memang fav dengan anak-anak buah aku)

Salam Jumaat!

Di hari Jumaat yang mulia ini marilah kita berdoa:

Hospital Besar Kuala Lumpur

(Photo credit to www.northeastern.edu ) Aku nak berkongsi sedikit rasa kurang berpuas hati aku tentang Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL atau HKL). Bukan tentang doktor atau tentang jururawat atau tentang petugas di sana. Tetapi tentang tempat meletak kereta. Azab sungguh sekarang ni kalau nak meletak kereta di HKL.   Ceritanya macam ni. Semalam aku hantar mak aku ke HKL untuk rawatan. (sakit apa lain kalilah aku cerita ya). Aku keluar rumah seawal pukul 7 pagi. Jadi sampai di HKL dalam pukul 7.30 pagi. Dalam hati aku kata mesti dapat parking sebab sampi awal. Lepas turunkan mak dan abah di bangunan utama, aku pun pergilah cari parking. Aku pun teruslah ke tempat parking biasa yang berdepan dengan blog asrama jururawat kalau tak silap aku. Tapi rupa-rupanya tempat tu dah ditutup untuk pembinaan entah apa aku pun tak tau. Aku rasa ini adalah tempat parking kedua yang ditutup selepas satu tempat parking di kawasan lapang berdekatan dengan masjid tu ditutu...

Sahabat Selamanya

Dua tiga kapal berlayar di Samudra, Ayo sahabatku kita bergembira, Bermain bernyanyi bersama menikmati indahnya dunia. Karena sahabat untuk selamanya, Bersama untuk selamanya, Kau dan aku sahabat, Untuk selamanya setia.   Berakit-rakit kita ke hulu, Berenang-renang kita ketepian, Kita berbeda untuk saling mengisi, Segala kekurangan kita.   Mencari sahabat untuk selamanya, Atasi semua perbedaan, Kau dan aku sahabat, Untuk selamanya.   Selamanya setia, Sahabat untuk selamanya, Berbagi dan saling menjaga, Kau dan aku sahabat, Untuk selamanya, Selama-lamanya setia.....     Aku suka lirik lagu nyanyian Padi (OST Upin & Ipin) ni. Mendengar lagu ni sering buat aku terfik...

Hmmmmm.....

Suatu masa dahulu........

Berkongsi Rasa

Tidak semua perkara yang berlaku dalam hidup aku, aku ceritakan kepada orang lain.   Banyak perkara yang aku simpan sendiri. Dan untuk berceritapun aku tidak bercerita kepada semua orang. Ya aku mungkin punyai ramai sahabat akrab. Tetapi tidak semua perkara aku kongsikan dengan mereka. Bukan aku tidak percaya, cuma aku lebih selesa untuk menyimpan sendiri.   (Pic credit to ultichappal.blogspot.com ) Begitu juga dengan masalah. Aku tidak berkongsi masalah dengan semua sahabat akrab dan juga keluarga. Aku hanya akan berkongsi apabila aku rasa benar-benar perlu (atau mungkin tertekan). Dan mereka yang aku pilih untuk menjadi tempat mengadu itu bukanlah semua.   Ada kalanya aku perlukan rakan sebaya. Ada kalanya aku perlukan rakan yang lebih tua. Yang punya lebih banyak pengalaman hidup daripada aku. Mereka yang aku pilih adalah mereka yang aku percaya, benar-benar percaya.   Tujuan aku berkongsi adalah semata-mata untuk mengurangkan tekana...

Juadah Berbuka

Just a short update. Here's some of the menu for our weekends iftar. Nothing special about the menu. But the special thing is all the food are prepared by me. I'm proud of myself. :-) Nasi Beryani Kambing Masala Rendang Daging, Paru dan Limpa Ayam Masak Merah Ikan Siakap Tiga Rasa Udang Goreng Hijau Bersantan Sup Sayur Ala Ladna

Feeling Sad!