Skip to main content

Kejutan

Hari ni mantan Boss aku buat kejutan. Mantan boss aku bagi hadiah kat aku. Hadiah perpisahan. Terkejut betul masa dapat tadi. Boss yang nak pindah tapi dia pulak yang bagi hadiah kat aku. Huhuhuuuu...Terima kasih Boss. Memang sayu hati bila sebut tentang perpisahan ni. lain kalilah aku buat entri khas pasal boss yang aku sayang ni. Hari ni entri untuk tunjuk hadiah yang aku dapat jer.  Inilah dia....
 
Terima kasih Boss!
 

Comments

  1. Replies
    1. Salam Kak....

      memang cantik kak...tapi masalahnya saya tak tau nak letak mana. hihihiii...

      Delete
    2. Salam Da,

      kena beli displat cabinet, paling tidak, glass display cabinet yg tinggi kurus empat segi tu kat IKEA (idea nak ngabiskan duit orang je)!

      Delete
    3. betullah kak...idea nak ngabiskan duit saya je akak ni...hehehehehe.....

      Delete
  2. Akskpun der mantan bos yang paling best tak jumpa dah orang sbaik dia,,
    Memang sedih berpisah dgnnyer

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedih kak...cuma skg saya tak rasa lagi sbb boss tak tukar tempat lagi...sbb boss baru yg nak masuk tu satu level jugak skg ni...so mereka masih mengemas...minggu depan baru pindah betul kot...dalam hati saya cakap biarlah lambat tak kisah...hehehehe...bukan tak suka boss baru...boss baru pun baik orgnya...tapi bila kita dah sangat selesa sekerja dengan seseorang tu yg terasa sangat bila dia takde...

      Delete
  3. apo ko bondo tu yo...replika ikan omas ko?...mahap, den nie buto seni sket...ngeh3!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan ikan omehlah...ikan biru...hehehehehehee

      Delete
  4. baiknyer bos... masa akak nk pindah dulu, bos lama akak hadiahkan sejambak bunge, org2 sume ingat itu pakwe yg bg heheh... sampai skrg dh 7thn akak msh simpan kt opis lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh...saya pun ada simpan bunga yg dah bertahun2 saya dapat kak...dapat tahun 2005...tapi cantikkkkk lagi...hehehehee....

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Minggu Pertama Persekolahan

Selamat kembali ke sekolah adik-adik/anak-anak semua! Hari ini merupakan hari pertama dan minggu pertama persekolahan  bagi sesi tahun 2016. Jadi Aida nak ambil kesempatan bercerita tentang pengalaman minggu pertama persekolahan. Tapi bukan pengalaman  Tahun 1, cerita ini tentang pengalaman minggu pertama persekolahan di Tingkatan 4.Ehhh kenapa Tingkatan 4? Mesti ada yang tertanya-Tanya kan? Jawapannya mudah. Aida berpindah ke sekolah baru masa di Tingkatan 4. Pindah jauh ke Borneo kerana mengikut abah yang bertukar ke Sabah. Kami berpindah ke Kota Kinabalu pada penguhujung tahun. Sekolah yang dipilih oleh abah untuk Aida ialah Maktab Sabah @ Sabah College, antara sekolah ternama di Sabah. Pada masa itu kami tinggal di Putatan. Jarak antara Putatan dengan Sekolah Maktab Sabah adalah lebih kurang setengah jam perjalanan menaiki bas. Aida ke sekolah menaiki bas.  Maktab Sabah. Photo credit to Wikipedia.  Ok kita berba...

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)

Kembali kepada Fitrah

Petang tadi aku membaca satu posting di FB yang membuat aku rasa sangat gembira dan bersyukur. Seorang gadis Jepun yang aku kenal semasa menghadiri Tokyo Book Fair 2014 telah mengucap syahadah dan telah kembali kepada fitrah. Syukur ke hadrat Allah.   Arisa Sakamoto atau nama islamnya Nur Arisa Maryam yang aku dengar dan aku lihat dari pembacaan aku di FB nya telah lama mendekati Islam. Beliau banyak belajar tentang Islam dan sebenarnya sebelum mengucap syahadah lagi beliau telah muda solat, berpuasa dan juga mempelajari Al-Quran. Hati beliau memang sangat dekat dengan Islam. Cumanya ada sesuatu yang menghalangnya daripada memeluk Islam. Aku sendiri tak pasti apa yang menghalangnya. Aku selalu berdoa agar Arisa diberi kekuatan oleh Allah untuk mengucap syahadah dan kembali kepada fitrah dengan segera.   Sesungguhnya hidayah Allah itu diturunkan kepada sesiapa yang dikehendakinya, kepada sesiapa yang mencarinya. Walaupun syaitan terus menggoda agar anak adam yang ...