Skip to main content

Rolland Garros 2013

Sebagai peminat setia Rafael Nadal, Rolland Garros (French Open) adalah kejohanan yang paling aku tunggu-tunggu dan paling mendebarkan aku. Ini adalah kerana Rolland Garros adalah kubu kebal bagi Rafa. Tahun 2012 telah menyaksikan Rafa mencipta sejarah apabila memenangi kejohanan tersebut buat kali ke tujuh apabila menumpaskan Novak Djokovic 6-4, 6-3, 2-6, 7-5.
 
Rafa telah menggenggam erat piala kejohanan sejak tahun 2005. Keputusan akhir kejohanan sejak tahun 2005:
 
2005 - Rafa menewaskan Mariano Puerta (Arg) 6-7 (6-8) 6-3 6-1 7-5
2006 - Rafa menewaskan  Roger Federer 1-6, 6-1, 6-4, 7-6 (7-4)
2007 - Rafa menewaskan Roger Federer 6-3 4-6 6-3 6-4
2008 - Rafa menewaskan Roger Federer 6-1, 6-3, 6-0
2009 - Roger Federer menewaskan Robin Soderling.   
2010 - Rafa menewaskan Robin Soderling 6-4 6-2 6-4
2011 - Rafa menewaskan Roger Federer 7-5, 7-6(3), 5-7, 6-1
2012 - Rafa menewaskan Novak Djokovic 6-4, 6-3, 2-6, 7-5
 
Hanya pada tahun 2009 sahaja Rafa gagal mara ke pusingan akhir apabila terkandas di pusingan separuh akhir di tangan Robin Soderling. Walau bagaimanapun pada tahun berikutnya Rafa telah menebus kehampaan dengan menumpaskan Soderling di pusingan akhir dan merampas semula piala kejuaraan daripada Roger Federer. 
 
Pada tahun ini Rafa sekali lagi hadir ke Paris untuk mempertahankan kejuaraannya. Antara pemain ternama dunia lain yang akan turut berentap pada tahun ini adalah Novak Djokovic, Roger Federer, David Ferrer, Tomas Berdych, Janko Tipsarevic, Sanislas Wawrinka, Richard Gasquet, Jo Wilfried Tsonga dan Juan Monaco. Selain daripada pemain ternama tersebut, pemain lain yang tidak boleh dilihat sebelah mata adalah Tommy Haas, Lukas Rosol dan juga Kei Nishikori yang telah membuat beberapa kejutan besar dalam kejohanan-kejohanan sebelum ini.
 
Sekiranya berdasarkan jadual perlawanan, pertembungan antara empat pemain terbaik dunia, Rafa, Roger, Novak dan Ferrer akan dapat dilihat pada peringkat separuh akhir. Dengan syarat masing-masing berjaya menewaskan saingan masing-masing seperti yang dijangka. Rafa akan bertemu dengan Novak dan Federer akan bertemu dengan Ferrer. Pertembungan Rafa dan Novak pastinya adalah pertembungan yang dinantikan. Novak tidak pernah memenangi kejuaraan ini, dan Rafa pastinya ingin mencipta rekod baru dengan menjadi pemain pertama memenangi kejuaraan ini untuk kali kelapan. 
 
Aku mengharapkan Rafa berjaya menepis semua cabaran awal dan bertemu Novak dipusingan suku akhir. Dan seterusnya bertemu Roger Federer diperingkat akhir sebelum memenangi kejuaraan ini buat kali kelapan.  
 
Walaupun begitu aku sebenarnya tidak memandang rendah terhadap keupayaan David Ferrer. Ketangkasan dan semangat juangnya yang tinggi memang perlu diberi perhatian. Tapi aku harap, pengalaman Roger akan dapat membantu beliau menundukkan Ferrer dan bertemu Rafa di pusingan akhir. Insyaallah...
 
 
VAMOS RAFA!!!
 
Photo credit to: www.sheykmisapuestas.com

Comments

Popular posts from this blog

Dangers of Internet Dating

Before You Say Yes Think About This ------------------------------------------------ Internet dating has rapidly become one of the most popular ways for couples to meet. You simply upload a photo, type out a small bio, and poof. Like magic your photo is now available for the whole world to see.   Naturally you pick the best photo you can find. Maybe it is 20 years old, but who cares. Your hair looked great that day. Maybe you lie a little about your age, or make yourself sound so much more interesting than you really are. Hey, you want the best guy out there to notice you right? Well guess what? The guy you are looking for, is probably doing exactly what you are. He probably dug into some of his old college photos, lied about his age, and more than likely made himself sound a whole lot more interesting than he is too. Ahh the joy of internet dating. The problem with internet dating is, you never know. You never know if the person who seems interested in you is who h...

Lunch Box

Morning mate! Let's see what I've in my lunch box today.   | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | Tadaaaaaaaaaaaa.......     Biasa jer...hehehhee....Memanglah biasa. Saje nak buat suspen sikit. Hihihihiii....   Ramai yang tegur Aida pasal lunch pack ni. Diaorang selalu kata 'rajinnya masak', 'rajinnya bawak bekal', rajinnya itu dan ini. Sebenarnya kan Aida ni bukan rajin sangat. Rajin sikit jer...hehehe...Aida memang jenis bangun awal pagi. Biasanya dalam pukul 4 lebih atau pukul 5 memang dah terjaga. Jadi kalau setakat nak sediakan lunch box yang simple macam ni memang mudah jer.   Kalau semua nak tahu, biasanya tempoh penyediaan lunch pack Aida tak lebih daripada 30 minit pun. kadang-kadang 15 minit jer. Contohnya macam hari ni kan.   Pan Fried Salmon - 10 minit - Basuh dan Marinate Salmon 2 minit  - Pan Fied Salmon 4 minit + 4 mi...

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)