Skip to main content

PRU13

Inilah Pusat Mengundi aku,
Sekolah Rendah Integrasi Taman Keramat


Saluran 5
Bilangan No. Pemilih 2463
  
Aku dah selamat menjalankan tanggungjawab aku sebagai pemilih dalam PRU13 yang lalu.  Ini merupakan kali ketiga aku mengundi. Aku bangga dan bersyukur kerana telah berjaya menunaikan tanggungjawab ini. Kalau dulu aku merasakan bahawa mengundi ini hanya satu kewajipan kepada negara tetapi sekarang aku baru sedar bahawa mengundi bukan sekadar tanggungjawab kepada negara tetapi juga kepada agama.
 
Menurut Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Islam menganggap penyertaan seseorang dalam pilihan raya dan pungutan suara serupa dengan memberi kesaksian bahawa calon yang dipilih adalah baik. Pada pandangan beliau lagi, sesiapa yang memberikan undian/suaranya kepada seorang calon kerana alasan kerabat dekat atau sekampung, atau kerana berharap dapat mengambil manfaat bila calon itu terpilih nanti, maka dia telah menentang firman Allah di dalam surah at-Talaq, ayat ke-2 yang bermaksud,

"Dan hendaklah kalian dirikan kesaksian itu kerana Allah."

Manakala sesiapa yang tidak menunaikan kewajipannya dalam pilihan raya (tidak keluar mengundi) sehingga golongan yang jujur kalah dan golongan yang tidak layak memimpin menang dengan suara majoriti, maka dia juga telah menentang perintah Allah dalam memberi kesaksian. Firman Allah di dalam surah al-Baqarah, ayat 282 yang bermaksud,

"Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil."

"Dan janganlah kalian (para saksi) menyembunyikan kesaksiannya dan sesiapa menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang-orang yang berdosa hatinya." (al-Baqarah: 283)

[Dipetik daripada tulisan Dr. Yusuf al-Qaradhawi berjudul "Fiqh Daulah"]

Aku mengundi bagi kawasan Parlimen Gombak dan DUN Hulu Kelang.

Ada sedikit cabaran sebenarnya pada awal pagi sebelum mengundi tu. Rancangan awal nak keluar mengundi seawall pukul 7.30 pagi. Konon-konon nak jadi antara orang terawal. Tapi sudahnya keluar rumah pukul 830 pagi. sampai tempat mengundi dah penuh sesak. Nak parking kereta pun payah tapi Alhamdulillah ada rezeki aku. Dapatlah parking dekat juga dengan kawasan Pusat Mengundi.
 
Sampai jer Pusat Mengundi terus check wallet, nak keluarkan ic. Alamak.....takde pulak. Sebelum keluar rumah tadi dah check memang ada. Puas carik dalam kereta tak jumpa. Telefon adik kat rumah minta carikan...dia kata TAKDE. mana pulak pergi ic aku ni. jadi aku terus menapak balik rumah. Taknak bawak kereta sebab nanti susah nak dapat parking balik. Berpeluh-peluhlah aku berjalan. Sampai rumah terus cari atas meja. Fuhhhh....ada rupanya...terlindung bawah surat khabar. Lega...Jadi aku pun jalanlah balik ke Pusat Mengundi tu. Berpeluh lagi.Huhuhuu...
 
Sampai tempat mengundi cari adik dengan kakak aku. Sebab tadi aku dating dengan adik dengan kakak aku. Nampaklah diorang dalam barisan. Aku teruslah beratur. Adalah dalam 15 orang belakang diorang. Dah dapat slip tu terus pergi ke Saluran 5. Macam biasalah saluran aku ni ramai orang. Kakak aku dekat Saluran 4 relax jer beratur sekejab. Saluran 6, adik aku pun lebih kurang macam saluran aku. Panjang berpusing-pusing barisan. Lama jugaklah beratur. Semuanya selesai lebih kurang pukul 11 pagi juga. Alhamdulillah. Lega, selesai tanggungjawab.

Comments

  1. Salam Da,

    Ada satu foto yg xde, foto jari bercalit, he he!!

    ReplyDelete
  2. heheheee...tak ambik gambar pun kak....sebab comotttt....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Minggu Pertama Persekolahan

Selamat kembali ke sekolah adik-adik/anak-anak semua! Hari ini merupakan hari pertama dan minggu pertama persekolahan  bagi sesi tahun 2016. Jadi Aida nak ambil kesempatan bercerita tentang pengalaman minggu pertama persekolahan. Tapi bukan pengalaman  Tahun 1, cerita ini tentang pengalaman minggu pertama persekolahan di Tingkatan 4.Ehhh kenapa Tingkatan 4? Mesti ada yang tertanya-Tanya kan? Jawapannya mudah. Aida berpindah ke sekolah baru masa di Tingkatan 4. Pindah jauh ke Borneo kerana mengikut abah yang bertukar ke Sabah. Kami berpindah ke Kota Kinabalu pada penguhujung tahun. Sekolah yang dipilih oleh abah untuk Aida ialah Maktab Sabah @ Sabah College, antara sekolah ternama di Sabah. Pada masa itu kami tinggal di Putatan. Jarak antara Putatan dengan Sekolah Maktab Sabah adalah lebih kurang setengah jam perjalanan menaiki bas. Aida ke sekolah menaiki bas.  Maktab Sabah. Photo credit to Wikipedia.  Ok kita berba...

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)

Dangers of Internet Dating

Before You Say Yes Think About This ------------------------------------------------ Internet dating has rapidly become one of the most popular ways for couples to meet. You simply upload a photo, type out a small bio, and poof. Like magic your photo is now available for the whole world to see.   Naturally you pick the best photo you can find. Maybe it is 20 years old, but who cares. Your hair looked great that day. Maybe you lie a little about your age, or make yourself sound so much more interesting than you really are. Hey, you want the best guy out there to notice you right? Well guess what? The guy you are looking for, is probably doing exactly what you are. He probably dug into some of his old college photos, lied about his age, and more than likely made himself sound a whole lot more interesting than he is too. Ahh the joy of internet dating. The problem with internet dating is, you never know. You never know if the person who seems interested in you is who h...