Thursday, January 19, 2017

Australian Open 2017 2nd. Round

Yes Rafa won the match in straight  sets 6/3,6/1,6/3 👑
In to the 3rd round.  What a game. 💪
Vamos 🎾✌

Tuesday, January 17, 2017

Lunch Box

This is what I have for my lunch today.
Creamy Cajun Chicken Pasta with Roasted Potato & Red Cabbage prepared by FitPlate Delivery.
 
If you like it you can place your order a day before delivery.
Whatsapp Faz ---> 012-2087159
 
Let's eat healthy!



The taste was good. Tapi Aida rasa korbo terlalu banyak berbanding dengan sayur. Aida lebih suka dikurangkan pasta tersebut dan ditambah sayur dalam menu tersebut. lebih seimbang. Ini pandangan Aida lah. Kalau orang yang tiada niat untuk mengurangkan berat badan, Aida rasa pembahagian macam ni tiada masalah. Tapi disebabkan Aida dalam proses mengurangkan berat badan, Aida rasa pembahagian macam ni kurang sesuai.

Monday, January 16, 2017

Lunch Box

Minggu ni Aida tak sediakan lunch box. Aida cuma sediakan breakfast jer. Ini untuk breakfast hari ni,
 
Egg Sandwich for Breakfast
Cherry & Green Apple for Munching Time
 
Lunch Aida tak sediakan sebab Aida order dari FitPlate Delivery. Serving healthy food kata mereka. Aida order untuk 5 hari terus. Untuk 5 hari ni harganya RM66.00. Menunya berbeza-beza mengikut hari. Menu untuk hari ni, Chicken Stew with Baguette Slices (378 cal kata mereka:-)
 
Kalau kita order seminggu kita dapat Lemon Drink secara percuma dan harganya lebih murah berbanding kalau kita order berasingan. Kalau sesiapa nak dapatkan maklumat lanjut bolehlah ke FB FitPlate Delivery. Atau kalau nak order terus boleh wassap ke 0122087159 (Faz).

Saturday, January 14, 2017

Undangan Walimatul Urus

Minggu lepas pada 7 Januari 2017 Aida berkesempatan membawa abah memenuhi undangan Walimatul urus pasangan Tuan Haji Wan Azaham Wan Mohmad dan Puan Hajah Rogayah Abd Hamid di TTDI. Kedua-duanya adalah mantan pegawai DBP. Hajah Rogayah atau yang Aida biasa panggil Kak Guy ni pernah bekerja satu jabatan dengan Abah dan Haji Wan (Aida lebih biasa panggil En. Wan) pula pernah bekerja satu jabatan dengan Aida selalu ada urusan kerja dengan Aida. jadi kami rapat juga lah masa kerja dulu (walaupun dia Ketua Bahagian dan Aida hanya pegawai biasa). Kedua-dua pasangan ni memang baik orangnya. Aida mengenali anak-anak mereka sejak kecil lagi. Bila dapat undangan Walimatul Urus mereka memang seboleh mungkin untuk tidak menguzurkan diri.
Seperti biasa majlis seperti ini menjadi tempat pertemuan rakan-rakan sekerja lama (Abah). Ramai juga rakan sekerja Abah yang masing-masih dah bersara menghadirikan diri. Bersembang panjang mereka. Aida sebagai generasi baru sekadar tumpang gembira melihat keakraban mereka ini. Walaupun masing-masing dah bersara bertahun-tahun lamanya tapi masih kelihatan mesra lagi. Seronoknya. Semoga kami generasi DBP yang sekarang ini juga mampu menjalin hubungan seperti itu juga.  
Bergambar dengan Mak Pengantin dan Pesara DBP (Aida jer yang bukan pesara di situ ya. Hehehhehee)

Bersama-sama Kak Asiah (Mantan Boss), Kak Rafeedah (Mantan KB DBP DBP) dan Kak Wahyu (Mantan pegawai Kanan DBP)

Hari ini Aida berkesempatan pula membawa Abah menghadiri satu lagi Majlis Walimatul Urus anak  Pesara DBP, Kak Jamilah Abd Ghani yang diadakan di Maju Junction, Kuala Lumpur. Sekali lagi seronok dapat lihat Abah bertemu sahabat-sahabat lama di majlis seperti itu. Semoga ukhwah mereka berpanjangan selamanya. Insyaallah.
 

Abah (kiri sekali) dengan sahabat baik Abah, Pakcik Manap Karim, En Rahman Morgan dan Abang Ismail Karmun

Aida menyelit diantara pesara DBP :-)

Pesan Abah:
Memenuhi undangan ini adalah wajib sekiranya kita tiada halangan yang melintang, Jadi seboleh mungkin kita kena berusaha untuk memenuhi undangan. Jangan memandang remeh hal undangan ini. Selain daripada wajib di sisi islam, kita juga perlu letakkan diri kita di tempat mereka, Kalau kita yang mengundang, kan kita nak orang datang? Kita pasti sedih kalau orang tak datang kan? Jadi berusahalah untuk memenuhi setiap undangan. Selain daripada dapat pahala, kita juga dapat menggembirakan tuan rumah yang menjemput.

Friday, January 13, 2017

Adam oh Adam

Adam Syafiq ni anak sulung adik Ain (adik Aida). Umur dia dah nak masuk 4 tahun. Adam ni abang Aiman. Adam suka sangat mainan. Kalau keluar rumah memang tak sah kalau tak  beli mainan. Berkoyan- koyan dah mainan dia. Mainan kat rumah sendiri lain, yang kat rumah atok lain. Kegilaan terbaru Adam ni adalah haiwan. Pantang nampak nak beli. Meh kita tengok dia posing dengan haiwan peliharaan dia.
 

Thursday, January 12, 2017

Aiman's 2nd. Birthday

Happy Birthday to my special nephew,
Muhammad Aiman Syafiq Nor Syaiful Nazlan
@ Eman.
 
May Allah bless you with good health sayang.
Be a good boy ok?
Ayang will always love you.
 
Small celebration with his friends @ Nursery
Chocolate Cake with Butter Cream Frosting made by Ayang :-)
Ayang, Aiman n his brother Adam.
My Adorable Nephew