Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2015

Simply The Best

  He's simply the best.  

Aiman Balik Rumah

Keputusan ujian hati dan jantung Aiman sangat memberangsangkan. Syukur alhamdulillah. Dua-dua dalam keadaan baik. Sekarang cuma tunggu keputusan ujian darah. Keputusan akan keluar dalam masa seminggu. Jadi sementara tu Aiman dibenarkan pulang ke rumah. Syukur Alhamdulillah. Hilang rindu abang Adam pada Aiman.Hilang juga rindu atok pada Aiman.   Welcome home Aiman!  

Australian Open 2015 - Quater Final

Rafa defeated by Tomas B 2-6, 0-6, 7-6. :-'(     Photo credit to Rafael Nadal Fan Club FB

Aiman dan Jaundice Lagi

Dah seminggu anak buah aku, Aiman Syafiq ditahan di hospital kerana masalah Jaundice katanya. Aiman diletakkan di bawah lampu @ Sinar Biru Ultraviolet dan setiap hari Aiman akan diambil darah untuk ujian makmal. Bacaannya kadang-kadang turun dan kadang-kadang naik. Walau pun Aiman kelhatan agak aktif, menangis seperti biasa, minum susu seperti biasa dan boleh menggerakkan badan agak pantas tapi kulit Aiman sedikit biru. Bila ditanya pada Juru rawt katanya Aiman sejuk. Tutup aircond untuk kuragkan kesejukan tu. jadi mama AIman ikut sahajalah. Doktor yang dating melihat Aiman setiap hari pun tak berkata apa-apa tentang perkara tersebut.   Tiba-tiba selepas seminggu di hospital, pagi ni Doktor kata, kuning Aiman bukan kuning biasa. Hari ni Sinar Biru Ultraviolet akan dihentikan dan Doktor akan buat ujian darah, hati dan ultrasound untuk lihat keadaan hati. Sebabnya kulit Aiman biru tak macam baby biasa. Jadi ujian rapi akan dibuat untuk mengesan punci keadaan tu.   Korang rasa ta

Rotan Anak Satu Kesalahan Jenayah?

Aku terkesima membaca berita di bawah ni. Korang macam mana?   Credit: Utusan Online

Datum Jelatek

Semalam kampung aku, Taman Keramat (kampung lah sangat kan? hehehe) glamer sekejab. Masuk TV arus perdana kerana isu protes Projek Datum Jelatek. Kalau korang nak tau Projek Datum Jelatek ni adalah projek pembinaan kondominium mewah, hotel, pejabat dan pusat membeli belah di atas Tanah seluas 2.4 ekar beesebelahan dengan Stesen LRT Jelatek. kawan ni dahulunya merupakan kawasan rumah pangsa PKNS. Ada 4 blok rumah pangsa PKNS setinggi 4 tingkat di kawasan tu sebelum ni. Semua rumah pangsa tu telah di robohkan beberapa tahun lepas untuk projek baru. Penghuni rumah pangsa diberi pampasan dengan nilai yang aku kira banyak juga jika dibandingkan dengan harga kos rumah pangsa tersebut.   Projek Datum Jelatek ni bermula seawal tahun 2008. Tetapi masih belum siap (malah projek belum mula pun) sehingga kini kerana isu bantahan penduduk setempat (bukan semua tapi sebahagian aku kira) yang tidak bersetuju dengan projek mewah tersebut. Kondominium yang katanya bermula pada harga RM700,00.00 (a

Australian Open 2015 - Round 4

Mission continues. Rafa advance to the Quater Finals after a 7-5, 6-1, 6-4 win over Kevin Anderson. Alhamdulillah. Rafa will play Tomas Berdych in the QF. Vamos Rafa!!!   Rafa's Team Photo credit to Rafael Nadal Fans FB   Photo credit to Rafael Nadal Fans FB   Funny moment. Ball boy fixes Rafa's water botle after it falls oven in the wind during the match. :-)      I love his smile :-)

Australian Open 2015 - Round 3

Rafa advance to 4th. round. Alhamdulillah. Photo credit to Rafaholics FB.

Salam Jumaat

Salam Jumaat yang mulia buat semua.   Mulailah hari ini dengan menghadiahkan al-fatihah buat junjungan besar kita nabi Muhammad SAW, ibu bapa kita serta rakan taulan kita.   Basahilah lidah kita dengan zikrullah. Sesungguhnya dengan berzikir kepda Allah hati-hati yang kusut akan menjadi tenang.   Berselawatlah ke atas nabi. Kerana barangsiapa yang berselawat satu ke atas nabi, maka Allah akan berselawat 10 kali ke atasnya.  

Throwback: Sydney Melbourne 2012

Orang throwback dekat FB tapi aku nak throwback kat blog. Sukatilah kan. Blog aku kan kan kan? hehehehee....   Family Trip ke Sydney dan Melbourne 2012 ni memang cukup bermakna buat keluarga aku. Inilah percutian keluarga ke luar negara yang terakhir buat kami sekeluarga bersama emak. Selepas ni kalau bercuti ke mana-mana pun pastinya tak sama sebab mak dah takde :-(

Aiman dan Jaundice

Hari ni Baby Aiman check up di hospital. Check up biasa lah. Tapi yang luar biasanya Aiman tak boleh balik. Kena dok hospital sebab jaundice. Kesian Aiman. Doktor kata tinggi sangat kuningnya. Kalau normal below 9. Tapi Aiman dah 15. Sebab tu walaupun puas dipujuk Doktor tak bagi jugak bawak balik. Aiman kena jugak dok hospital. Jadi malam ni Aiman kena duduk bawah lampu lagi lah. Sian Aiman. Kawan-kawan tolong doakan Aiman segera sembuh ya.                       Aku nak share sikit info yang aku dapt tentang jaundice ni. Info ni aku ambil dari http://www.livestrong.com . Jadi kalau korang nak info lebih bolehlah gi tengok kat sana ya. Ni aku petik sebahagian sahaja.   Types of Jaundice The most common types of jaundice are:   Physiological (normal) jaundice: occurring in most newborns, this mild jaundice is due to the immaturity of the baby's liver, which leads to a slow processing of bilirubin. It generally appears at 2 to 4 days of age and d

Aiman Sufyan vs Aiman Syafiq

Muhammad Aiman Sufyan dah tukar nama kepada Muhammad Aiman Syafiq. Nama Aiman Sufyan tu bertahan beberapa hari jer. Masa lahir baba dengan mama dia cakap Aiman Sufyan. Tapi masa daftar diorg tukar kepada Aiman Syafiq. Puncanya mama dia cakap sebab asyik tersilap panggil Aiman Syafiq jer. (Abg Aiman ni nama dia Muhammad Adam Syafiq). Dah asyik tersilap jer tu yang diorg tukar tu. jadilah Aiman Syafiq. Aiman tak kesahhhh....heheheheee...   Inilah buah hati pengarang jantung keluarga kami yang baru. Muka tutup dulu tunggu 40 hari ya. Hari ni baru 10 hari :-)

Australian Open 2015 - Round 2

Rafa defeat Tim Snyczek 6-2, 3-6, 6-7, 6-3, 7-5 in the 2nd. round. It was a tough match....really tough. I'm so happy he made it. Alhamdulillah.      Rafa had a stomach cramps in the 3rd. set. Photo credit to FB Rafael Nadal Fan.   Photo credit to FB Rafael Nadal Fan. Photo credit to FB Rafael Nadal Fan. Rafa will play Dudi Sela from Israel n the 3rd. round. I hope Rafa won't face any difficulties to beat him and move to the next round. Vamos Matador!   Photo credit to FB Rafael Nadal Fan.

Pengalaman Mandikan Bayi

Semalam aku melalui satu pengalaman baru. Pengalaman mandikan bayi yang berusia 10 hari. Mungkin bagi kebanyakan rakan seusia aku pengalaman ini bukanlah sesuatu yang asing. Tapi tidak bagi aku kerana aku ni kan bujang :-)   Aku memang pernh mandikan bayi, ehhh salah bukan pernah tetapi selalu. Tetapi bayi yang aku mandikan tu biasanya dah berusia beberapa bulan. Biasanya tugasan memandikan bayi ni tugasan mak aku (arwah mak). Semua cucu mak, mak yang uruskan masa dalam hari (dan selepas tu pun :-)). Tapi sekarang mak dah takde. Jadi semua tugasan tu perlu kami uruskan sendiri.   Adik aku, Ain baru je balik rumah. Beberapa hari di hospital, kemudian balik ke rumah mentua dahulu. Jadi semalam baru balik rumah kami. Petang tu bila sampai masa nak mandikan Aiman, Ain cakap siapa nak mandikan Aiman? Ain tak berani. Lepas tu Aphyd sampuk, Kak Pyhd lagi tak berani. Habis tu? Aku pun cakap oklah Kekda mandikan. Aku memang kompiden lebih. Walaupun aku tak pernah pun mandikan bayi sike

Kembali kepada Fitrah

Petang tadi aku membaca satu posting di FB yang membuat aku rasa sangat gembira dan bersyukur. Seorang gadis Jepun yang aku kenal semasa menghadiri Tokyo Book Fair 2014 telah mengucap syahadah dan telah kembali kepada fitrah. Syukur ke hadrat Allah.   Arisa Sakamoto atau nama islamnya Nur Arisa Maryam yang aku dengar dan aku lihat dari pembacaan aku di FB nya telah lama mendekati Islam. Beliau banyak belajar tentang Islam dan sebenarnya sebelum mengucap syahadah lagi beliau telah muda solat, berpuasa dan juga mempelajari Al-Quran. Hati beliau memang sangat dekat dengan Islam. Cumanya ada sesuatu yang menghalangnya daripada memeluk Islam. Aku sendiri tak pasti apa yang menghalangnya. Aku selalu berdoa agar Arisa diberi kekuatan oleh Allah untuk mengucap syahadah dan kembali kepada fitrah dengan segera.   Sesungguhnya hidayah Allah itu diturunkan kepada sesiapa yang dikehendakinya, kepada sesiapa yang mencarinya. Walaupun syaitan terus menggoda agar anak adam yang satu ini terus

Australian Open 2015 - Round 1

Rafa won over Youzhny Mikhail 6-3, 6-2, 6-2 in 1st. Round. Alhamdulillah.  (Photo credit to FB Rafael  Nadal Fan) Tomorrow Rafa will play Tim Smyczek from USA.  Vamos Matador!!!