Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2016

Tun Mahathir Umum Keluar UMNO

Hari ini kita dikejutkan dengan pengumuman bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad tentang penarikan diri beliau dan isteri dari parti UMNO. Pengumuman tersebur dibuat melalui satu siding akhbar yang berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana. Penarikan diri tersebut berkuat kuasa serta merta.   Alasan yang diberikan oleh Tun Mahathir bagi penarikan diri beliau adalah parti di bawah kepimpinan Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak itu tidak lagi sama dengan UMNO yang terdahulu.Tun Mahathir juga dilaporkan berkata: "Saya ingin meninggalkan UMNO kerana ia bukan lagi UMNO. Ia adalah parti yang kini hanya menyokong Najib, 'melindungi' Najib dan saya tidak boleh menjadi ahli parti sedemikian." "Pada saya, ia bukan lagi parti UMNO, tetapi parti Najib, " katanya dalam sidang media di sini, hari ini. Aida tidaklah ingin mengulas panjang tentang isu ini. Sesungguhnya iklim politik Malaysia sekarang dalam keadaan yang tiak menentu. Banyak pe

Weekend Getaways!

27 - 28 Februari 2016 Glory Beach Resort, Port Dickson.   Dah lama tak pergi Port Dickson. Memang Port Dickson tu takdelah best mana. Tapi Port Dickson selalu jadi tempat pilihan kami sekeluarga untuk berehat terutamanya bila kami ingin keluar dari hiruk pikuk KL tapi malas untuk berjalan jauh. Port Dicksonlah yang paling sesuai untuk kami sekeluarga.   Hujung minggu lepas kami ke Port Dickson. Kami yg sedikit bukan kami semua. :-). Weekend Getaways ni hanya untuk abah dan anak - anak bujang abah jer - Anyah, Ayang (me), Ateh & Acu... Ehhh...termasuk sorang yg dah kawin, Andak sebab suami Andak keje sampai malam. Jadi kesian pulak tinggal dia bertiga beranak.   Weekend getaways yang tak dirancang awal. Terfikir nak bawak Abah berehat. Terus cari hotel...check Ilham Resort tempat favourite Abah dan Mak...tapi fully booked pulak. Terfikir Glory Beach.. terus call...ada bilik...nak terus booking tapi diorg cakap booking online lagi murah. Jadi terus check online..memang

Cerita tentang Gaji

Sila luangkan masa untuk baca.... Aida ambil ni dari FB penulis popular Ulu Yam di Liverpool, Nazali Noor. Luangkan masa ya kawan-kawan. ------------------------------------------------------- - CERITA DARI HATI (#CDH) Entri XXX: Bila gaji tak cukup dan apa arwah mak buat untuk saya?   Bulan Februari agak istimewa kan? Jumlah harinya kurang dari jumlah bilangan hari dari bulan bulan yang lain. Dan biasanya pada yang dapat gaji ngam ngam pada penghujung hari di setiap bulan maka bulan Februari bulan yang kita dapat gaji awal beberapa hari dari bulan biasa. Kira macam bonuslah kan? :-)   Arwah mak dari saya sekolah lagi ingatkan saya " Onn nanti dah kerja jangan lupa bagi duit kat mak.. Kat ayah tau?"   Saya senyum.  Mak tambah lagi soalannya pada saya. " Tau tak kenapa kena bagi duit kat mak kat ayah?"   Saya makin senyum " Laaa itupun mak nak tanya? Dah memanglah anak kena bagi duit kat mak ayah dia. Mak ayah penat susah payah be

Jepun dan Bahasa Melayu

26 Februari 2016 DBP, KL.   Melihat anak-anak Jepun dari Tokyo University of Foreign Studies dan Takushoku University ini berbicara dalam bahasa Melayu menimbulkan pelbagai rasa dalam diri.   Ada rasa bangga, ada rasa gembira dan ada juga rasa sedih.   Rasa bangga dan gembira bila melihat bangsa asing berusaha untuk mempelajari bahasa Melayu dan berusaha untuk mempraktikkannya.   Rasa sedih pula timbul bila mengenangkan adanya anak bangsa sendiri yang hidup di bumi Malaysia ini tetapi masih tidak berupaya memahami bahasa ibunda sendiri.   Di mana silap agak ya? Sistem pendidikan kah atau ibu bapa dan masyarakat sekeliling?   Kita semua pasti ada jawapan berbeza.   Pelajar dari Tokyo University of Foreign Studies Peelajar dari Takushoku University Puan Faridah Mohamed, Pensyarah bahasa Melayu di Tokyo

Hospital Lagi

Hari Khamis lepas, Aiman (anak bongsu adik Aida) di tahan di hospital disebabkan oleh lung infection..   Khamis sebelum tu, abah tersayang ditahan di hospital selepas Doktor gagal mengenal pasti punca abah pitam hingga terjatuh dalam bilik air.   Dan hari ni, Khamis Ayoi (anak bongsu abang) pulak ditahan di hospital kerana semput.. 2 hari berulang ke hospital untuk ambik gas. Jadi hari ni terus kena tahan.   Kebetulan yang tidak disengajakan kan? Sesungguhnya perancangan Allah itu memang unik sifatnya. Tiga minggu berturut-turut ahli keluarga kami ditahan di hospital dan yang uniknya pada hari yang sama iaitu hari Khamis. Atas sebab apa? Jangan difikirkan. Sesungguhnya Allah maha mengetahui segalanya.    

Lawatan Kerja Ke Karangkraf

24 February 2016 Kompleks Media Karangkraf dan Ultimate Print Sdn. Bhd., Seksyen 15, Shah Alam, Selangor.       Lawatan ke Karangkraf Mall.   Karangkraf Mall adalah kedai buku yang menjual buku terbitan Karangkraf. Lokasinya betul-betul di depan lobi utama Kompleks Media Karangkraf. Kalau anda memang ulat buku, baik jangan masuk sebab anda akan rambang mata. hehehehee....     Mr. Syamil Fahim memberikan penerangan ringkas tentang sejarah kedai buku karangkraf dan penerangan ringkas tentang buku dan majalah terbitan Karangkraf.   Sesi Taklimat   Taklimat by Mr Syamil Fahim Mohd Fahim, COO of Karangkraf Editorial Division   POD Machine      Lunch Treat     Rakaman Kenangan           Last but not least With the founder - Dato' Dr. Husamuddin Yaacob & Tuan Haji Nasir Hamzah  Aida secara peribadi sangat kagum dengan kehebatan Dato' Dr. Husamuddin dan Tuan Haji Nasir Hamzah mengem

Lunch Box

Lama tak tayang lunch box. Meh tengok apa ada dalam lunch box hari ni.   Omelette for Breakfast Fruit Salad for Munching Pan Grilled Salmon + Mix Salad for Lunch     Makanan biasa yang boleh disiapkan segera jer. Yang penting mengenyangkan dan menyihatkan. Betul tak?

Sudirman Haji Arshad Dalam Kenangan

Pada hari ini, 24 tahun yang lalu kita dikejutkan dengan berita kembalinya ke rahmatullah, penghibur no. 1 negara, penghibur kesayangan ramai, Sudirman Haji Arshad.    Masih segar dalam ingatan saat menerima berita yang menyayar hati tersebut. Aida merupakan salah seorang daripada jutaan peminat beiau.Betapa sedih rasa hati bila mendengar berita tersebut. Pada masa itu Aida dan keluarga berada di Sabah. Kami baru sahaja berpindah ke Sabah kerana Abah dihantar bertugas di Sabah untuk tempoh dua tahun.Kalau dekat mau rasanya terbang ke Temerloh kerana Sudir akan dikebumikan di sana. Tapi jarak beribu batu menghalang daripada berbuat demikian.Jadi hanya doa dan tangisan sahaja yang mengiringi pemergian beliau.   Begitu pantasnya masa berlalu. Tanpa kita sedar sudah 24 tahun Sudir meninggalkan kita. Beliau hidup tidak lama tetapi jasanya kepada Negara terutamanya dalam industry huburan tidak dapat disangkal. Begitu besar sumbangannya dalam mengharumkan nama negara.    Marilah

Rio Open 2016 - Semifinal

Unfortunately Rafa losses to Pablo Cuves in the Semifinals, 7/6, 6/7, 4/6. So sad. Sad to see Rafa suffer this way on clay. Losing to Thiem in Bueno Aires and now to Pablo Cueves in Rio..this has got to be tough.   I miss the old Rafa... The Unbeaten Player... The Unstopable Player.. The One and Only King of Clay...   I hope Rafa and his team will do something to 'fix' ths. Uncle Tony need to do something. Some major changes maybe. Many champs had comeback and I believe Rafa will too...    

Ammar's Wedding

Date: 20 February 2016 Venue: D'Saji Titiwangsa Congratulation my favourite PT, Muhammad Ammar Yassir Yasin and Wife! Wish you a very happy married life! Note: Ammar cakap kat abah dia dah pass baton kat aku. So lepas ni aku plak. OMG..mana nak carik calon ni? Hahahaaa..

Rio Open 2016 - Quaterfinal

Dogopolov has pulled out because of a shoulder injury so Rafa gets a walkover to the semis. Feel better Dolgopolov!

Ketua Pengarah DBP ke-11

Selamat memulakan tugas sebagai Ketua Pengarah DBP, Tuan Haji Adzis Abas!   Semoga segala usaha yang akan dilakukan dalam mengemudi DBP bermula pada 19 Februari 2016 akan diberkati Allah hendaknya. Insyaallah.  

Rio Open 2016 - 2nd. Round

Rafa defeat Nocolas Almagro, 6/3, 7/5 today. Alhamdulillah. Well done and good luck for the Quaterfinal Rafa. Rafa will play Alexandr Dolgopolov in Quaterfinal.     Vamos Rafa!  

Hospital lagi

Khamis lepas Abah ditahan di wad. Hari ni hari Khamis, my youngest sweet adorable nephew, Aiman Syafiq yang baru 1 tahun pulak ditahan di wad.   Aiman dibawa ke hospital pada awalnya kerana demam panas. Tapi dalam perjalanan dari Kelang ke Gleneagles Hospital temperature badan Aiman turun. Bila jumpa doktor badan Aiman tak terlalu panas.  Tapi oleh kerana kahak Aiman banyak jadi doktor tahan kerana disyaki ada lung infection. Malam ni, doktor sahkan memang ada infection pada lung Aiman. Normal reading 5, tapi Aiman 25. Huhuhuhu...tinggiiii...   Jadi doktor kata Aiman akan ditahan paling singkat pun 5 hari untuk diberi antibiotik. Cepat atau lambat discharge bergantung kepada berapa cepat Aiman recover.   Kawan-kawan tolong doakan Aiman semoga segera sembuh ya.   AIman sedang berusaha untuk mencabut balutan tangan. Hehehee Steady jer walaupn tak sihat. Kan?

Rio Open 2016 - 1st Round

Rafa defeat Pablo Carreno, 6/1, 6/4 today in 1st round. Alhamdulillah. A good start for him. Hope he can made it to the final and win the tournament. Insyaallah.   VAMOS RAFA!    

Rio Open 2016

Date: 15 - 21 February 2016   Venue: Rio de Jeneiro, Brazil   Who Playing: Rafael Nadal David Ferrer Jo Wilfried Tsonga Fabio Fognini       The battle's begin. Let's pray for Rafa!   Vamos Rafa!

Cerita tentang Abah

Alhamdulillah abah dah discharged ptg Ahad semalam. Syukur sangat. Resultpun semuanya ok. Tapi abah masih kena follow up lepas ni.   With my brother - Abah takmo pandang kamera..hehehehe...   Ni sebahagian daripada sahabat dan saudara mara yang datang ziarah abah kat hospital. Kami tak bagi tau ramai pun, cuma adik abah dan anak buah yang rapat dengan abah dan juga beberapa orang kawan rapat abah jer.   Abah dengan kawan baik abah, Pakcik Hamid.   Abg Idi, Anak adik abah yang sulung   Ni anak cucu abah jer. hehehehehee...   Paling aku kami rasa terharu bila adik angkat abah, Abg Jamal datang ziarah. Abg Jamal ni kurang upaya sikit. Dia cuma ada sebelah kaki. Bukan dok KL tapi dok Muar. Dia tau pun sebenarnya secara kebetulan. Adik dia buat majlis perkahwinan anak di Pedas, Negeri Sembilan. Jadi Aida dgn Adik pergi majlis tu wakil abah sebab masih di hospital. Bila nampak kitaorang Abg Jamal terus tanya mana abah. Kami pun bagi taulah. Dia terkejut dan t