Monday, February 15, 2016

Cerita tentang Abah

Alhamdulillah abah dah discharged ptg Ahad semalam. Syukur sangat. Resultpun semuanya ok. Tapi abah masih kena follow up lepas ni.
 
With my brother - Abah takmo pandang kamera..hehehehe...
 
Ni sebahagian daripada sahabat dan saudara mara yang datang ziarah abah kat hospital. Kami tak bagi tau ramai pun, cuma adik abah dan anak buah yang rapat dengan abah dan juga beberapa orang kawan rapat abah jer.
 
Abah dengan kawan baik abah, Pakcik Hamid.
 
Abg Idi, Anak adik abah yang sulung
 
Ni anak cucu abah jer. hehehehehee...
 
Paling aku kami rasa terharu bila adik angkat abah, Abg Jamal datang ziarah. Abg Jamal ni kurang upaya sikit. Dia cuma ada sebelah kaki. Bukan dok KL tapi dok Muar. Dia tau pun sebenarnya secara kebetulan. Adik dia buat majlis perkahwinan anak di Pedas, Negeri Sembilan. Jadi Aida dgn Adik pergi majlis tu wakil abah sebab masih di hospital. Bila nampak kitaorang Abg Jamal terus tanya mana abah. Kami pun bagi taulah. Dia terkejut dan terus tanya hospital mana dan wad berapa. Terus dia cakap dengan wife dia, sblm balik Muar kita tengok Abg Long dulu. Terharu kami. Begitulah Abg Jamal. Pantang dengar mak dengan abah tak sihat, memang bila2 pun dia akan muncul. Kasih sayang mereka kuat walaupun mereka buat saudara seibu sebapa atau ada pertalian persaudaraan. Semoga hubungan ini berkekalan ke jannah. Insyaallah.
ABang Jamal dan isteri
 
Semoga abah terius sihat dan tak perlu bermalam di hospital lagi lepas ni. Amin... 

4 comments:

  1. alhamdulillah dh blh balik umah... lega rasanya kan kak...
    walaupun kt hospital lbh terjaga sbb di pantau tahap kesihatan tp kite pulak ssh nk urus n jaga kan... terhad skit
    bila kt umah lebih mudah blh la dia rehat kan...

    kadang mmg ada yg sedara angkat ni lebih lg tahap rapat dr family sndiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Dana. Memang lega sangat. hati pun takde lah susah sangat kalau ada depan mata ni kan.
      Aah rapat mereka ni sampai akak dengan adik-adik ingat kami sedara dulu. Dah besar sikit baru tau rupanya bukan sedara. :-)

      Delete
  2. Alhamdulillah..moga abah sentiasa sihat hendak-Nya

    ReplyDelete