Sunday, February 7, 2016

Rendang Daging Sedap

Aida nak berkongsi resepi rendang daging sedap mak Aida seperti yang diminta oleh seorang teman sebelum ni. Kebetulan hari Sabtu hari tu Aida ada masak rendang daging dan pulut kuning. Jadi Aida pun ambillah gambar apa yang perlu. Diharap dapat membantu rakan-rakan yang nak mencuba rendang daging ni. Mudah sahaja caranya tapi mengambil masa sedikitlah. Biasanya kalau pakai daging biasa (bukan batang pinang), untuk siap masak rendang ni perlukan 2 jam. Ini resepi dan cara masak yang mak Aida masak. Mungkin ada kawan-kawan yang masak dengan masa yang lebih cepat. Terpulang masing-masinglah ya.
 
Ok. Kepada siapa yang nak mencuba. Aida kongsikan resepi dan cara memasakknya di sini.
 
Bahan-Bahannya:
(Sukatan semua untuk 1 1/2 kg daging)
 
1 1/2 kg Daging
 
8 ulas Bawang Merah
2 ulas Bawang Besar
6 ulas Bawang Putih
7 batang Serai (6 pun boleh kalau serai tu besar)
1 inci Lengkuas
3 inci Halia
Daun Kunyit
Daun Limau
Bawang Merah, Bawang Besar, Bawang Putih,yang telah blend.
Lengkuas, Halia dan Serai perlu dititik/ketuk sahaja.
 
Cili Kering yang telah diblend.
Sukatannya ikut tahap kepedasan masaing-masing.
Aida guna dalam 1/2 kg cili kering siap.
Santan
Aida gunakan 1 kg santan pekat yang dibeli di pasar.
1/2 kg biarkan dia pekat.
1/2 kg lagi dicampur dengan air untuk menjadikannya santan cair.
Kerisik
Kalau beli yang paket kecil, cukup 1 1/2 paket sahaja.
Minyak masak untuk menumis
 
Cara-Caranya:
 
Panaskan minyak dan kemudian tumiskan bahan yang telah diblend tadi.
Masukkan sekali serai, lengkuas, halia yang telah diketuk tadi.
Kacau sehingga naik bau.
Masukkan cili kering dan kacau sehingga masak cili tu.
Masukkan daging.
Kacau sekejab daging tu sehingga rata.
Masukkan santan cair dan biarkan sehingga daging empuk.
Santan cair ni perlu ditambah dari semasa ke semasa.
Tambah sahaja santan cair bila dah nampak kering tapi daging tak empuk lagi.
Ulang sehingga daging empuk.
Untuk tunggu daging empuk ni agak lama kalau tak pakai daging batang pinang.
Bila daging dah empuk,
Masukkan santan pekat. dan kacau ratakan santan tu.
Kemudian masukkan kerisik dan kacau lagi.
Masukkan gula dan garam.
Masukkan daun kunyit.
Sebatang daun kunyit tu aida bagi duia. Setengah tu aida simpulkan sahaja (mak ajar macam ni) dan setengah lagi aida racik halus.
 Kacau sehingga agak kering.
Tadaaaaaaaaa....Siappppp.....Boleh dimakan. Ehhh lupa pulak satu petua masak ni. Mulakan masak dengan bismillah dan amalkan zikrullah semasa memasak.
Insyaallah sedaplah masakan kita nanti :-)

 

No comments:

Post a Comment