Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2013

Sumbangan Hari Raya

Hari ini aku dah semua staf di bahagian aku menerima sumbangan hari raya daripada mantan boss kami. Sebungkus maruku dan duit raya.   Seronok sangat rasanya bila kami tetap diingati walaupun beliau telah bertukar ke bahagian lain. Sesungguhnya beliau memang seorang ketua yang pandai menghargai staf. Kami sangat beruntung mempunyai ketua seperti beliau.     Kak Asiah,   Kami sayang akak sangat-sangat. Terima kasih atas ingatan yang tidak bertepi ini. Semoga akak dan keluarga sentiasa dilindungi Allah.

Nuzul Al-Quran

Salam Nuzul Al-Quran buat semua!!! Hari ini aku ingin bercerita sedikit tentang peristiwa Nuzul Al-Quran. Aku pasti ramai teman-teman yang sedia maklum tentang peristiwa ini tetapi aku rasa pasti ada juga yang tidak tahu. Oleh itu aku ingin berkongsi sedikit maklumat di pagi Jumaat yang mulia ini.   Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat A l-Quran yang pertama kepada nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini.   Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira , bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.   Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Qur

Iftar with My Buddies!

Sudah 15 hari kita berpuasa dan hari ni adalah hari pertama aku berbuka puasa di luar. Aku sebenarnya lebih suka berbuka puasa di rumah berbanding di luar. Mudah segala-galanya. Mudah nak solat, tak perlu berebut makanan dan sebagainya. Lagipun mak tak berapa sihat jadi aku berat hati nak berbuka di luar tahun ni. Tapi ajakan untuk berbuka puasa di luar daripada sahabat baik aku, Ruziq dan adiknya Zira tak dapat aku tolak. Sesekali berbuka puasa bersama kawan-kawan kira oklah kot. Lagipun hari ni adik Aphyd cuti. Jadi dapatlah dia memasak dengan Ain untuk berbuka hari ni. Mak adalah kawan. Tu yang aku terima ajakan diorang.  Zira & Hubby (Zarrar) Gambar Ruziq tak payah. Jadi stalker yg dok tengok blog aku sebab Ruziq tu silalah kecewa ya...hehehehhee...   Tempat pilihan Ruziq adalah Seoul Garden, Plaza Pantai. Aku sebenarnya tak pernah makan kat Seoul Garden ni. Jadi aku setuju sahajalah dengan cadangan tu. Lagipun Plaza Pantai tu dekat juga dengan pejabat aku. Senan

Happy Birthday!!!

  Friends are hard to find and best friends are even hard, I am glad to have you as my best friend in my life.   Stays blessed for the whole life and have a wonderful birthday!   All I want to say is a very happy birthday to my dearest friend ever.   May all the luck is yours and all the happiness in the world come to you.   Happy Birthday my friend!!   Photo courtesy of Petrol SPC 

Suka dalam Duka

Ada suka dalam duka. Itulah yang aku rasa hari ini.   Hari ini aku dengan abah bawa mak ke hospital. Keputusannya Alhamdulillah. Tidak terlalu terlalu buruk tetapi tidak juga baik. Tapi aku bersyukur. Walaupun masih ada kebimbangan dan kerisauan di dalam hati tetapi ia tidaklah keterlaluan sangat.   Mungkin ada yang bertanya apa cerita sebenarnya ni. Sebenarnya ini berkaitan dengan mak aku. Memang pada awalnya aku rasa aku tidak bersedia untuk bercerita. Tapi aku  rasa ada baiknya juga aku bercerita. Mungkin  dengan cara ini akan ada lagi ramai orang yang dapat membantu mendoakan mak. Dan untuk itu aku kira ada baiknya aku bercerita.   Sebenarnya begini. Beberapa hari sebelum puasa hari tu kami sekeluarga dikejutkan dengan satu berita yang cukup menyesakkan nafas kami semua. Hasil pemeriksaan doktor mendapati bahawa kanser telah menyerang mak semula. Mak pernah diserang kanser payu dara 3 tahun lalu tetapi selepas pembedahan mak kembali sihat. Kami fikir mak akan bebas dar

Weekend Activities

Activities lah sangat kan. Bulan puasa ni mana ada sangat aktiviti. Jadi aku tayangkan aktiviti memasak untuk berbuka sajalah ya. Ini Menu aku untuk berbuka hari ni. Semua aku yang masak. Bangga...bangga...bangga...hehehehhee.... Tak nak cerita banyak...biar gambar sahaja berbicara.... Nasi Tomato   Acar Timun & Nenas (or jelantah ke jelatah...tak sure...huhuhuu)     Ayam Masak Merah (again...entah berapa kali dah masak ayam masak merah ni...heheheh)   Dalca Sayur Mee Goreng Cucur Milo (Ini memang fav dengan anak-anak buah aku)

Salam Jumaat!

Di hari Jumaat yang mulia ini marilah kita berdoa:

Hospital Besar Kuala Lumpur

(Photo credit to www.northeastern.edu ) Aku nak berkongsi sedikit rasa kurang berpuas hati aku tentang Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL atau HKL). Bukan tentang doktor atau tentang jururawat atau tentang petugas di sana. Tetapi tentang tempat meletak kereta. Azab sungguh sekarang ni kalau nak meletak kereta di HKL.   Ceritanya macam ni. Semalam aku hantar mak aku ke HKL untuk rawatan. (sakit apa lain kalilah aku cerita ya). Aku keluar rumah seawal pukul 7 pagi. Jadi sampai di HKL dalam pukul 7.30 pagi. Dalam hati aku kata mesti dapat parking sebab sampi awal. Lepas turunkan mak dan abah di bangunan utama, aku pun pergilah cari parking. Aku pun teruslah ke tempat parking biasa yang berdepan dengan blog asrama jururawat kalau tak silap aku. Tapi rupa-rupanya tempat tu dah ditutup untuk pembinaan entah apa aku pun tak tau. Aku rasa ini adalah tempat parking kedua yang ditutup selepas satu tempat parking di kawasan lapang berdekatan dengan masjid tu ditutup lebih setahun yang lal

Sahabat Selamanya

Dua tiga kapal berlayar di Samudra, Ayo sahabatku kita bergembira, Bermain bernyanyi bersama menikmati indahnya dunia. Karena sahabat untuk selamanya, Bersama untuk selamanya, Kau dan aku sahabat, Untuk selamanya setia.   Berakit-rakit kita ke hulu, Berenang-renang kita ketepian, Kita berbeda untuk saling mengisi, Segala kekurangan kita.   Mencari sahabat untuk selamanya, Atasi semua perbedaan, Kau dan aku sahabat, Untuk selamanya.   Selamanya setia, Sahabat untuk selamanya, Berbagi dan saling menjaga, Kau dan aku sahabat, Untuk selamanya, Selama-lamanya setia.....     Aku suka lirik lagu nyanyian Padi (OST Upin & Ipin) ni. Mendengar lagu ni sering buat aku terfikir. Adakah aku punya sahabat yang akan kekal selamanya, sepanjang hayat aku? Sahabat yang kekal bersama-sama saat senang dan susah sepanjang hayat.   Merenung ke dalam diri aku rasa buat masa ini aku tak pasti. Aku ramai sahabat baik. Tapi adakah mereka akan kekal sehingga akhir

Hmmmmm.....

Suatu masa dahulu........

Berkongsi Rasa

Tidak semua perkara yang berlaku dalam hidup aku, aku ceritakan kepada orang lain.   Banyak perkara yang aku simpan sendiri. Dan untuk berceritapun aku tidak bercerita kepada semua orang. Ya aku mungkin punyai ramai sahabat akrab. Tetapi tidak semua perkara aku kongsikan dengan mereka. Bukan aku tidak percaya, cuma aku lebih selesa untuk menyimpan sendiri.   (Pic credit to ultichappal.blogspot.com ) Begitu juga dengan masalah. Aku tidak berkongsi masalah dengan semua sahabat akrab dan juga keluarga. Aku hanya akan berkongsi apabila aku rasa benar-benar perlu (atau mungkin tertekan). Dan mereka yang aku pilih untuk menjadi tempat mengadu itu bukanlah semua.   Ada kalanya aku perlukan rakan sebaya. Ada kalanya aku perlukan rakan yang lebih tua. Yang punya lebih banyak pengalaman hidup daripada aku. Mereka yang aku pilih adalah mereka yang aku percaya, benar-benar percaya.   Tujuan aku berkongsi adalah semata-mata untuk mengurangkan tekanan yang aku hadapi. Kadang-kad

Juadah Berbuka

Just a short update. Here's some of the menu for our weekends iftar. Nothing special about the menu. But the special thing is all the food are prepared by me. I'm proud of myself. :-) Nasi Beryani Kambing Masala Rendang Daging, Paru dan Limpa Ayam Masak Merah Ikan Siakap Tiga Rasa Udang Goreng Hijau Bersantan Sup Sayur Ala Ladna

Feeling Sad!

Happy Birthday Abah!!!

Hari ini adalah hari ulang tahun abah yang ke-69. Aku sangat bersyukur kerana dalam usia mencecah 70 abah masih kuat dan sihat. Abah masih mampu menghantar Aphyd ke pejabat/perhentian bas setiap hari, menghantar Kak Nor ke perhentian bas/LRT hampir setiap hari juga, menemani mak ke hospital/klinik, pergi ke pasar, mengambil Jijie dari sekolah saban petang, dan yang paling penting pergi ke surau/masjid 5 kali sehari bagi menunaikan solat berjemaah.   Aku sangat bersyukur kerana Abah diberi kesihatan yang baik oleh Allah. Dalam usia begitu memang ada penyakit sikit-sikit tapi penyakit itu bukanlah penyakit kritikal yang terlalu membimbangkan. Aku sangat bersyukur dengan anugerah Allah yang satu ini.   Abah masih seperti dulu.Sikap abah tidak pernah berubah. Seorang yang sangat peramah dan kuat bersembang (dengan siapa sahaja). Abah mampu bersembang dengan siapa sahaja. Kawan-kawan rapat aku boleh menjadi bukti sahih. Abah mampu bersembang dengan Alyn selama lebih 15 minit sedang

Rambling

There's a time when u feel like the blogging momentum is low but at the same time u feel empty because u miss blogging. I hope you understand what i'm trying to tell here. I do love blogging but i can't be selfish. I'm working, moms not really in good state of health lately. I have to juggle task between employee, daughter and blogger and at the same time chauffeur.    To tell the truth, it's very tiring and i'm not complaining just that i feel a bit frustrated when i have to spend less (or NO) time in blogging world. But insyaallah i will try to update as much as i can. Till then, take care and have great day ahead peeps!!!   Like it or not I have to go to this place 5 days a week :-(   Mak & Me (Pic credit to www.webseoanalytics.com )