Wednesday, December 31, 2014

Mubadala World Tennis Championship 2015

 
He's back.
 
Horrayyyyy....
 
All the best Rafa!
 

Lunch Pack

This is what I gonna have for my lunch today. Yeah...it's not so healthy food rite?  
 
Yee Mee Kicap
Lettuce & Capsicum in Rostered Sesame Dressing
Orange + Banana


Agar2 Santan by Fisha. Thanks Fisha.
(Rezeki hujung tahun).

Tuesday, December 30, 2014

Lunch Pack

Dah lama aku tak tayang lunch pack aku kan? So arini nak tayang lah. Manalah tau boleh beri inspirasi kepada sesiapa untuk memasak. Jemput tengoklah semua ya.

Breakfast

Overnight Oats with Raisin & Dried Apricot 
 
Lunch
 
Fried Bihun, Salad, Orange + Banana

 Detox Water

Cucumber, Orange & Lemon Water

Sunday, December 28, 2014

Early Labor

Memula ingat adik aku nak bersalin awal hari Rabu aritu tapi rupanya anak dia acah-acah jer dulu. Boleh plak acah-acah kan? Ni istilah aku jer sebenarnya. Hehehee
 
Kalau ikut due datenya hujung bulan januari tahun depan. Tapi pagi Rabu tu budak2 kat opis dia dah panic Nampak macam nak bersalin sangat jadi diorg pun hantar gi PUSRAWI, Jalan Tun Razak. Adik ipar aku plak masa tu nak ambik exams jadi dia pun kelam kabut call semua. Call abah tak angkat. Call rumah tak angkat jugak. call kakak aku pun tak angkat. Pastu dia terus call aku nak mintak tolong teman Ain sementara dia nak exams tu. Aku pun terus lah kelam kabut gi PUSRAWI. Nasib baik aku pun takde urgent job sangat masa tu.
 
Sampai2 terus gi emergency sebab diorg kata dia hantar ke emergency. Tapi bila Tanya dioarang kata dah masuk labour room. Teruslah aku berkejar ke Labor Room. Nak masuk memula diorg tak bagi sbb diorg kata mak dengan suami je boleh. Pastu aku katalah kitaorang dah takde mak, suami dia tengah ambik exams. barulah dorg bagi. Tapi masa tu kawan Ain tengah tunggu dia. Jadi diorng suruh kawan Ain keluar baru aku boleh masuk..
 
Jakun aku kejab sebab 1st time masuk Labor Room. oooo macam ni jer Labour Room. Ingat cam mana lah rupa Labour Room tu. hehehehe...


Adik Aku, Ain @ Andak
Masa aku masuk tu aku tengok Ain oklah. Dia kata sekejab sakit sekejab tak sakit. masa tu tengah buat ECG. Bila Doktor dating dia kata baru bukak 1cm, jer jadi mungkin belum lagi. Tapi dia tahan lagi kat labour Room untk monitor. Petang tu baru Doktor kata belum nak bersalin ni, tapi masih belum boleh keluar. Dioang pindahkan ke wad biasa. Doktor nak monitor jugak dulu. Kalau dah confirm semua ok baru bleh kuar.
 
Ain kena tahan 4 hari jugak kat spital. Petang ni baru bleh balik. Maknanya adik Adam belum nak keluar lagi. Tahun depan kot baru dia nak keluar. Kami tak kisah pun bila yang penting dedua selamat. Tak sabra jugak nak tunggu kelahiran cucu kelima abah ni. Walaupun lelaki jugak tapi tak kisahlah kan. Yang penting sempurna cukup sifat dan sihat walafiat.
 
Muhamad Adam Syafiq yang bakal nak jadi abang tak lama lagi
Aku pun tak sabar nak tengok reaksi Adam bila nampak adik dia nanti. Macam mana lah agaknya ya. Mesti dia jelous sbb skg n dia suka bahasakan diri dia baby. Tak sedar diri kan? hehehehe....Umur dah setahun 7 bulan, nak dapat adik tapi perasan baby jugak. Hehehee....Sabar je lah. Adam ni nampak kecik sikit. Sebab skg ni dia memang boleh pakai lagi baju dia yang 6-12 bulan. Kalau pakai baju 1-2 thn memang besarrrr lah bajutu. Menggelebh jer dia pakai. Tapi Baba dia tak suka beli baju kecik sbb dia rasa anak dia dah besar walaupun anak dia kenit je lagi skg ni. Jangan nanti Adam share baju dengan adik dah. Heheheheee...

Friday, December 26, 2014

Pencarian Nasi Ambeng

Kakak aku dah lama teringin nak makan Nasi Ambeng. Jadi semalam dia ajak abah dan kitaorang semua makan Nasi Ambeng kat Tg. Karang. Respon abah, uishhh jauhnya nak cari Nasi Ambeng. Kita pergi Kg. Baru dah lah. Ada kawan abah, Hj. Ramli ada jual Nasi Ambeng kat sana. (Abah aku dulu duduk Kg. Baru/Kg. Chendana). 
 
Jadi tengah hari tadi kitaorang pun pergilah Kg. Baru. Sampai kedai Haji Ramli, kami tunggu dalam kereta je dulu sebab abah nak pergi jenguk dulu. Sekali, jawapannya mengecewakan. Rupanya Haji Ramli jual Nasi Ambeng sampai pukul 12 jer. Kitaorang pergi tu dah pukul 12.30 tengah hari. sebab kitaorang ingat nak makan tengah hari. Kecewalah sekejab. Tanya abah nak cari kat mana lagi. Pastu abah kata, takpe kita pergi tengok satu lagi kedai. Alamak...lupa plak nama kedai dan pakcik tu. Sampai kedai tu abah turun dulu jugak. pastu abah dating kat kereta kata 'ADA'. rezeki...rezeki...
 
Kitaorang pun tak tau Nasi Ambeng yang pure tu sebenarnya macam mana. Kakak kedai tu kata ada lauk ayam merah dengan ayam kicap. Yang lain2 tu dia campur sama jer. Jadi kitaorang pun ambiklah ayam merah untuk aku, Anyah (kakak), Ateh (Adik) dan Achik (Adik) dan ayam kicap untuk Abah dan Acu (Adik). Ni lah rupanya....
 
Nasi Ambeng dengan Ayam Masak Merah


Nasi Ambeng dengan Ayam Masak Kicap
 
Nasi Ambeng ni ada Nasi Putih + Ayam + Sambal Goreng + Serunding Kelapa + Tahu Goreng. Aku pernah tengok ada orang letak Mee Goreng tapi yang ni takde lah pulak. memula kitaorang cuak jugak sebab rasa macam tak cukup set jer kan. Tapi takpelah rasalah dulu. Bila dah makan...wallaweiiii...sedap kot. Serunding kelapa dia memang mabeles. Sambal goreng dia mmg rasa sambal goreng jawa. ayam dia pun sedap. Bila campur semua sekali makan...fuhhhhh...puas hati...cukup puas hati...:-)
 
Harga pun boleh tahan, tak mahal mana. Kitaorang makan 6 orang (+ bungkus 2 utk adik aku kat hospital) baru RM65.00. Maknanya 8 nasi + 5 air cuma RM65.00 sahaja. Murah jugak kan? Tapi kalau mahal sikit pun takpe sebab rasa dia memang sedap dan puas hati. Nasi dia pun banyak.Memang tak boleh habis makan sorang.
 
Aku ni nak promote tapi nama kedai tak tau. heheheee....Takpelah lain kali kalau aku gi lagi aku ambik gambo keda tu ya. kedai kecik jer...Ala2 kedai kampong. Tapi apa ada hal yang penting sedap kan. Takkan nak makan kedai mahal je kan? Sesekali bantulah ekonomi orang kampong pulak. Kan kan kan?


Wednesday, December 24, 2014

The Kasih Shawl

My new collection of Chiffon Shawl by The Kasihs Shawl
For more info please visit http://kasihaleeya.blogspot.com.

Tuesday, December 23, 2014

Masterchef Australia Season 6 Grand Finale

Brent Owens, the 24-year-old Bobcat Driver from Victoria beat out Laura Cassai, the 19-year-old Health Science Student from South Australia! Owens not only won the title, but also the $250,000 dollars (AUD) prize money.
 
Congratulations, Brent!





 Masterchef Australia 2014
Brent Owens

Aku Jual Kek :-)

Nak tayang sikit kek yang kami buat semalam. Tempahan dari rakan-rakan je ni. Kami ni memang ada jual kek dan pastry. Saje-saje memenuhi masa lapang dan memenuhi hasrat rakan-rakan. Jadi bukanlah selalu ada. Bila orang mintak tolong buat kami buatlah. Pagi tadi kawan aku nak 2 Brownies dan kawan Ateh (adik aku ) nak Choc Cake yang sama macam kek tunang Amie (adik aku) aritu. Nak sebijik sama cuma tukar tulisan jer. Jadi inilah dia.
 
Chewy Gooey Brownies with Almond
RM40.00


Choc Moist Cake with Kitkat and Covered with Maltesers
RM130.00



Hadiah dari Seberang Tambak

Terima kasih buat teman dari Seberang Tambak atas hadiah yang dikirimkan. Hadiah ni bukan baru aku dapat tapi dah berapa minggu dah. Saja buat entri khas ni skg sbg kenangan pada masa depan. Ni lah hadiahnya. 




 Teman aku ni bagi aku alat make up jenama La Tulipe dan LT Pro.
  • Eye Shadow
  • Three Way Cake
  • Mascara
  • Eyebrow Pencil
  • Liquid Foundation
La Tulipe ni brand dari Indonesia dan LT Pro dari Germany. Teman aku bukan Indonesian tapi Singaporean. Barang tu diimport dari Indonesia. Teman aku ni jadi pengedar dekat Singapore. Kalau korang nak tau pasal produk La Tulip ni korang boleh gi FB Beaute La Prestige.
 
Satu yang aku suka brand La Tulipe ni ialah ada Halal Cert dari Majlis Agama Islam Indonesia. Jadi bila pakai tu tak lah was was. Kalau sesipa berminat nak tau tentang produk ni bolehlah pergi FB yang aku sebut tadi ya.
 
Kepada temanku yang satu ni, terima kasih banyak-banyak kerana hadiahkan aku barang make up ni buat kesekian kalinya. (Ni dah masuk 3 kali dah 1st time masa birthday aku dulu). Semoga u dimurahkan rezeki selalu. I love u my fren.

Monday, December 22, 2014

Lunch Date with BFF

 BFF 1: MEK SU
 
Venue: Kenny Rogers, NU Sentral 



 BFF 2:
JAJA & KAK ROZIE
(Sorang lagi dalam group sempoi ni ialah Kak Wanna. Tapi Kak Wanna tak keje masa kitaorang ngedate ni. Sorry kak Wanna) 
 
Venue: The Loaf, NU Sentral

  

Telatah Si Kecil

Budak-budak sekarang ni kalau dapat gadget memang leka kan. Pandai je diorg nak menggodek gadget tu. Cuba korang tengok sekecik ni. Siap meniarap lagi. 




Sunday, December 21, 2014

Dari Mee Tarik Warisan Asli ke Coffeemania

Mee Tarik Warisan Asli
 
Lokasi:
PV128 Setapak
Kuala Lumpur
 


China Ba Bao Tea


















 Coffeemania

Lokasi:
PV128 Setapak
Kuala Lumpur
 
















 
Chai Lattee
Mango Creepe


Tiramisu Creepe


Kids Waffle


Hazelnut Creepe