Kakak aku dah lama teringin nak makan Nasi Ambeng. Jadi semalam dia ajak abah dan kitaorang semua makan Nasi Ambeng kat Tg. Karang. Respon abah, uishhh jauhnya nak cari Nasi Ambeng. Kita pergi Kg. Baru dah lah. Ada kawan abah, Hj. Ramli ada jual Nasi Ambeng kat sana. (Abah aku dulu duduk Kg. Baru/Kg. Chendana).
Jadi tengah hari tadi kitaorang pun pergilah Kg. Baru. Sampai kedai Haji Ramli, kami tunggu dalam kereta je dulu sebab abah nak pergi jenguk dulu. Sekali, jawapannya mengecewakan. Rupanya Haji Ramli jual Nasi Ambeng sampai pukul 12 jer. Kitaorang pergi tu dah pukul 12.30 tengah hari. sebab kitaorang ingat nak makan tengah hari. Kecewalah sekejab. Tanya abah nak cari kat mana lagi. Pastu abah kata, takpe kita pergi tengok satu lagi kedai. Alamak...lupa plak nama kedai dan pakcik tu. Sampai kedai tu abah turun dulu jugak. pastu abah dating kat kereta kata 'ADA'. rezeki...rezeki...
Kitaorang pun tak tau Nasi Ambeng yang pure tu sebenarnya macam mana. Kakak kedai tu kata ada lauk ayam merah dengan ayam kicap. Yang lain2 tu dia campur sama jer. Jadi kitaorang pun ambiklah ayam merah untuk aku, Anyah (kakak), Ateh (Adik) dan Achik (Adik) dan ayam kicap untuk Abah dan Acu (Adik). Ni lah rupanya....
Nasi Ambeng dengan Ayam Masak Merah |
Nasi Ambeng dengan Ayam Masak Kicap |
Nasi Ambeng ni ada Nasi Putih + Ayam + Sambal Goreng + Serunding Kelapa + Tahu Goreng. Aku pernah tengok ada orang letak Mee Goreng tapi yang ni takde lah pulak. memula kitaorang cuak jugak sebab rasa macam tak cukup set jer kan. Tapi takpelah rasalah dulu. Bila dah makan...wallaweiiii...sedap kot. Serunding kelapa dia memang mabeles. Sambal goreng dia mmg rasa sambal goreng jawa. ayam dia pun sedap. Bila campur semua sekali makan...fuhhhhh...puas hati...cukup puas hati...:-)
Harga pun boleh tahan, tak mahal mana. Kitaorang makan 6 orang (+ bungkus 2 utk adik aku kat hospital) baru RM65.00. Maknanya 8 nasi + 5 air cuma RM65.00 sahaja. Murah jugak kan? Tapi kalau mahal sikit pun takpe sebab rasa dia memang sedap dan puas hati. Nasi dia pun banyak.Memang tak boleh habis makan sorang.
Aku ni nak promote tapi nama kedai tak tau. heheheee....Takpelah lain kali kalau aku gi lagi aku ambik gambo keda tu ya. kedai kecik jer...Ala2 kedai kampong. Tapi apa ada hal yang penting sedap kan. Takkan nak makan kedai mahal je kan? Sesekali bantulah ekonomi orang kampong pulak. Kan kan kan?
Comments
Post a Comment