Wednesday, December 3, 2014

Secret Admirer?

Aku ada cerita kelakar, romantic, sweet tapi seram. Nak tau ker? Ceritanya camni. Pagi tadi masa aku nak gi kerja aku jumpa note ni kat kereta aku.



Sebenarnya masa nak gi kerja aku tak perasan. Bila dah start driving baru aku perasan ada kertas terselit kat wiper. Aku gerakkanlah wiper nak buang tapi tak jatuh pulak. So dalam hati aku kata nantilah sampai opis aku buang.
 
Jadi bila dah elok parking kereta kat opis aku pun nak buanglah kertas tu. Sekali...opsssssss...ada tulisan rupanya. Bila baca aku terus terkezut. Mak aiiiii....saper plak punya keje ni? Suspen kot pagi2 ada kertas gini kat kereta.
 
Aku suspen sebab:
 
i)  Orang yang letak tu tau rumah aku
ii) Orang yang letak tu tau kereta aku
 
Siapa orang tu? Ishhhh...kalau ya pun rindu kat aku meh lah cakap depan muka aku ni. paling2 pun call jer,.Apa susah2 sangat main selit2 kertas kat wiper ni? Awatlah yang kreatif sangat. Aku appreciatelah kan tapi I tak suka tau...huhuhuuuu...
 
Kawan2 aku dok kata secret admirer. Secret admirer lah sangat kan? Ni namanya nak pedajal orang tau. Baling batu sembunyi tangan ginilah dia. Huhuhuuu....

1 comment: