Skip to main content

Early Labor

Memula ingat adik aku nak bersalin awal hari Rabu aritu tapi rupanya anak dia acah-acah jer dulu. Boleh plak acah-acah kan? Ni istilah aku jer sebenarnya. Hehehee
 
Kalau ikut due datenya hujung bulan januari tahun depan. Tapi pagi Rabu tu budak2 kat opis dia dah panic Nampak macam nak bersalin sangat jadi diorg pun hantar gi PUSRAWI, Jalan Tun Razak. Adik ipar aku plak masa tu nak ambik exams jadi dia pun kelam kabut call semua. Call abah tak angkat. Call rumah tak angkat jugak. call kakak aku pun tak angkat. Pastu dia terus call aku nak mintak tolong teman Ain sementara dia nak exams tu. Aku pun terus lah kelam kabut gi PUSRAWI. Nasib baik aku pun takde urgent job sangat masa tu.
 
Sampai2 terus gi emergency sebab diorg kata dia hantar ke emergency. Tapi bila Tanya dioarang kata dah masuk labour room. Teruslah aku berkejar ke Labor Room. Nak masuk memula diorg tak bagi sbb diorg kata mak dengan suami je boleh. Pastu aku katalah kitaorang dah takde mak, suami dia tengah ambik exams. barulah dorg bagi. Tapi masa tu kawan Ain tengah tunggu dia. Jadi diorng suruh kawan Ain keluar baru aku boleh masuk..
 
Jakun aku kejab sebab 1st time masuk Labor Room. oooo macam ni jer Labour Room. Ingat cam mana lah rupa Labour Room tu. hehehehe...


Adik Aku, Ain @ Andak
Masa aku masuk tu aku tengok Ain oklah. Dia kata sekejab sakit sekejab tak sakit. masa tu tengah buat ECG. Bila Doktor dating dia kata baru bukak 1cm, jer jadi mungkin belum lagi. Tapi dia tahan lagi kat labour Room untk monitor. Petang tu baru Doktor kata belum nak bersalin ni, tapi masih belum boleh keluar. Dioang pindahkan ke wad biasa. Doktor nak monitor jugak dulu. Kalau dah confirm semua ok baru bleh kuar.
 
Ain kena tahan 4 hari jugak kat spital. Petang ni baru bleh balik. Maknanya adik Adam belum nak keluar lagi. Tahun depan kot baru dia nak keluar. Kami tak kisah pun bila yang penting dedua selamat. Tak sabra jugak nak tunggu kelahiran cucu kelima abah ni. Walaupun lelaki jugak tapi tak kisahlah kan. Yang penting sempurna cukup sifat dan sihat walafiat.
 
Muhamad Adam Syafiq yang bakal nak jadi abang tak lama lagi
Aku pun tak sabar nak tengok reaksi Adam bila nampak adik dia nanti. Macam mana lah agaknya ya. Mesti dia jelous sbb skg n dia suka bahasakan diri dia baby. Tak sedar diri kan? hehehehe....Umur dah setahun 7 bulan, nak dapat adik tapi perasan baby jugak. Hehehee....Sabar je lah. Adam ni nampak kecik sikit. Sebab skg ni dia memang boleh pakai lagi baju dia yang 6-12 bulan. Kalau pakai baju 1-2 thn memang besarrrr lah bajutu. Menggelebh jer dia pakai. Tapi Baba dia tak suka beli baju kecik sbb dia rasa anak dia dah besar walaupun anak dia kenit je lagi skg ni. Jangan nanti Adam share baju dengan adik dah. Heheheheee...

Comments

  1. Mmg gitu org yg nak bersalin. Kdg tu skit main main je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah. Kawan2 opis dia kata dah ada tanda2 sbb tu diorg bwk g spital. Tp rupanya sbb kurang air. Tu pun bleh sbbkan sakit rupanya doktor kata.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Minggu Pertama Persekolahan

Selamat kembali ke sekolah adik-adik/anak-anak semua! Hari ini merupakan hari pertama dan minggu pertama persekolahan  bagi sesi tahun 2016. Jadi Aida nak ambil kesempatan bercerita tentang pengalaman minggu pertama persekolahan. Tapi bukan pengalaman  Tahun 1, cerita ini tentang pengalaman minggu pertama persekolahan di Tingkatan 4.Ehhh kenapa Tingkatan 4? Mesti ada yang tertanya-Tanya kan? Jawapannya mudah. Aida berpindah ke sekolah baru masa di Tingkatan 4. Pindah jauh ke Borneo kerana mengikut abah yang bertukar ke Sabah. Kami berpindah ke Kota Kinabalu pada penguhujung tahun. Sekolah yang dipilih oleh abah untuk Aida ialah Maktab Sabah @ Sabah College, antara sekolah ternama di Sabah. Pada masa itu kami tinggal di Putatan. Jarak antara Putatan dengan Sekolah Maktab Sabah adalah lebih kurang setengah jam perjalanan menaiki bas. Aida ke sekolah menaiki bas.  Maktab Sabah. Photo credit to Wikipedia.  Ok kita berbalik kepada cerita pengalaman minggu pertama di sekolah

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)

Hospis Malaysia

Photo credit to http://www.hospismalaysia.org Mungkin ramai diantara kita yang tak tau apa itu Hospis Malaysia. Aku tak pelik kalau anda tak tau sebab dulu aku pun tak tau dan tak pernah dengar tentang Hospis Malaysia ni.Aku mula 'kenal' Hospis Malaysia ni bila mak aku mula menghadapi gangguan pernafasan. Ya aku tau mak aku dah meninggal dunia beberapa bulan lepas tapi maafkan aku kerana aku masih belum mampu menyebut arwah mak, Aku lebih selesa menyebut mak sahaja. Kerana mak sentiasa hidup dalam hati aku :-'(   Ok berbalik cerita tentang Hospis Malaysia tadi. Sebenarnya aku sekeluarga diperkenalkan dengan Hospis Malaysia ini oleh doktor dan jururawat yang merawat mak di Hospital Luala Lumpur. Memandangkan mak kerap mengalami gangguan pernafasan dan menghadapi sedikit masalah untuk banyak bergerak  maka mereka mencadangkan supaya mak dibekalkan dengan oxygen dan juga wheelchair. Pada awalnya kami menjangkakan kami perlu membeli peralatan tersebut tetapi rupanya tid