Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2015

Lunch Date with Childhood Friends

Venue: Manhattan Fish Market, NU Sentral    

Lunch Pack

This is not just for lunch but its breakfast + munching + lunch.   Breakfast   Yogurt + Orange     Munching Time Pistachio + Bruschetta    Lunch Fried Rice + Salad  

Bazar Buku

Promo sikit.   Bazar Buku anjuran Perbadanan Kota Buku Berhad akan berlangsung pada 28 Februari - 1 Mac 2015 di Dataran Underground (Dataran Merdeka), dari pukul 10.00 pagi hingga 8.00 malam. Kalau korang nak tau Dataran Underground tu dekat denga Perpustakaan KL, Dataran Merdeka. Kepada pencinta buku jangan lepaskan peluang ini.  

Lunch Pack

Biasanya aku tunjuk healthy meals jer kan? Jadi hari ini aku nak tunjuk unhealthy meals pulak. hehehee.   Aku still makan nasi tau. Bukan tak makan. Cuma aku kurangkan kuantiti dan pengambilan jer. Contohnya pagi ni aku masak nasi lemak untuk breakfast. Jadi untuk breakfast + lunch ni aku packlah nasi lemak jugak. 1 senduk nasi lemak (dalam segenggam) + xtra timun, telur rebus separuh, ikan bilis, ayam goring dan sambal.     Untuk munching pulak aku bawak sebijik buah limau + 1 biji butter cake (cup cake s size) + pistachio. Kek kan tak bagus sebab gula tinggi. Tapi bagi penggemar kek macam aku ni mana boleh tinggal terus. makan jugaklah sekali sekala tapi moderatelah kan.  

Breakfast n Munching Pack

Hari ni aku tak tayang lunch pack sebab aku tak bawak lunch pack pun. Tapi aku bawak breakfast dgn munching food jer. Inilah dia. Untuk breakfast aku bawak  Mango Yogurt dan untuk munching sedikit cacamarba di situ. Hehehee. Ada grapes, crouton dan pistachio. Sukatilah kak aku yang nak makan. Heheheee. Crouton tu aku buat sendiri. Warna macam hangus tapi bukanlah hangus tapi coklat sikit warnanya sebab aku guna roti wholemeal yang memang dah sedia coklat sikit warnanya. Walaupun coklat tapi rasanya sedaplah jugak (puji diri. heheheee...)  

Bonding Time with Family

We had so much fun. Thank you Anyah for the treat.   All of Us Abah with 8 Anak, 3 Menantu, 1 Menantu To Be & 5 Cucu (All boy) Yang melekap dengan aku tu Abang Aiman, Adam. Me, Ateh & Aiman.   Me & Abah

Dinner @ Rasta TTDI

    6 of us Pakde, Makde, Anyah, Acu, Ateh, Ayang (Me)   Mix Grilled Not Bad Dim Sum  (RM5-RM8 per set) Sedappppp   Kebab (RM12.00) Not to our liking. Daging sikit, Veggie pun sangat sedikit. Chicken Wrap So so jer. Fettuchini Carbonara (RM15.00) Marvelous. Big portion. Boleh makan 2 orang, Sotong Goreng Tepung Biasa jer.   Cheesy Nachos (RM6.00) I like it.

Walk & Jogg

I did it. Alhamdulillah. Semoga istiqamah :-)  

Pesanan Tok Guru

Pesanan untuk diri sendiri dan kawan-kawan juga. Semua ni saya ambik dari Fb. Tp mohon maaf tuan yg empunya sebab tidak credit nama anda. Saya terlupa saya ambil dari mana.   Saya kongsi ni atas nama Islam, tiada kaitan dengan aliran politik. saya tidak memandan Tok Guru sebagai orang PAS tetapi memandang beliau sebagai ulamak. Andai ada yang tidak sependapat saya mohon maaf.    

Lunch Pack Penuh Kasih Sayang

Lunch pack hari ni special skit. Setakat salad dengan crouton dengan ayam bakar jer pun. Mesti korang kata ala biasa je kan? Kan kan kan? Aku tau mesti korang cakap camtuh. Hihihiii.       Sebenarnya yang buat aku kata special ialah.....   Lunch Pack aku ni dibuat delivery khas oleh abah aku ke pejabat aku. Amacam? Special tak? Ada macam anak-anak sekolah tak? hihihiii...   Cerita sebenarnya macam ni. Pagi tadi masa aku kelam kabut nak pergi kerja aku tertinggal lah lunch pack aku ni atas meja makan kat dapur. Aku cuma perasan bila dah separuh jalan nak ke pejabat. Kalau nak patah balik memang tak boleh lah sebab confirm aku lambat nanti. Jadi aku biar je lah. Sampai pejabat aku call rumah. Abanh yang angkat. Aku mintak abah tolong simpan dalam peti ais. jadi petang nanti lepas balik keje aku boleh makan.   Tapi masa aku tengah meeting adik aku, Ateh whatsapp aku. "Ayammmm (patutnya Ayang tapi adik aku mmg jahat sikit suka panggil aku Ayam), Abah otw ke op

Perginya Seorang Murabbi

Malam ini seluruh negara dikejutkan dengan berita kembalinya ke rahmatullah Mursyidul Am PAS, seorang Murabbi,  Datuk Bentara Diraja Nik Abdul Aziz Nik Mat atau lebih mesra dengan panggilan Tok Guru..   Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan para anbiya', syuhada dan pemimpin yang memjuangkan agama Islam. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.   Tok Guru, Damailah kau di sana,  Kami akan sentiasa merinduimu.       Telah berdiri Seorang lelaki Hidup berbekal kecekalan diri. Walau menghadapi sejuta cabaran Terus berpaut pada kebenaran. Berkurun sudah kau merintis jalan Bertahun sudah hasratmu terhalang. Tetap bersemarak Api keazaman Bara keramat doa dan harapan. Kau melangkah b ermula dari lembah Kau mendaki setangga ke setangga. Semakin hampir menjejak puncak Semakin sering kau ditikam onak. Namun kerana kau lelaki Derita dapat diselindungi Tangisanmu rahsia di hati.

Dato' Sri Anwar Ibrahim VS Mohd Saiful Bukhari Azlan

"Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman lima tahun penjara terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim".   Itulah keputusan yang kita dengar petang ni. Pelbagai pandangan, pendapat dan komen diberikan. FB kita dilimpahi dengan komen yang pelbagai. Ada yang menyokong tapi ramai yang menghentam. Ramai yang simpati tapi tak kurang juga yang suka hati.   Bagi aku sendiri, biarlah rahsia. pandangan aku dan pendapat aku aku rasa baik aku simpan dalam hati. demi menjaga hati semua pihak.   Tapi yang pasti, berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Mungkin ada yang berkata aku penyokong Dato' Sri Anwar Ibrahim. Tapi jangan buat andaian sendiri. Aku ingin perkara ini dipandang dari segi kemanusiaan. Apa perasaan kita kalau berada di tempat mereka. Itu sahaja. Air mata yang menitis ini adalah atas dasar kemanusiaan.   Photo Credit to FB Dr.. Wan Azizah Photo Credit to FB Dr. Wan Azizah

Lunch Pack

Hari ni aku nak tayang lunch pack lagi. Bukannya hebat mana pun tapi saja lah kot2 boleh beri inspirasi kepada kawan-kawan yang nak ber lunch pack macam aku kan. Arini aku main grilled jer. Semua kecuali Timun Japan tu jer aku tak grilled. lain semua aku grill. Ini lah hasilnya.   Grilled Salmon with Lemon Butter Sauce Grilled Veggie (Capsicum + Carrot + Broccoli) + Japanese Cucumber Grilled Potato   Sayur mayor tu semua nampak macam overcooked kan? Tapi sebenarnya tak. Warna jer nampak macam overcooked. Aku ni tak suka yang overcooked. Sayur kalau overcooked dah jadi lodoh. Sangat tak best. Tekak aku tak boleh makan kalau sayur lodoh ni.     Salmon tu aku marinated dengan black pepper, white pepper n salt. Tapi sikit jer lah. Tak kuat mana pun rasa dia. kalau plain sangat tak syok (bagi aku lah). Potato pulak aku grilled macam tu jer.  Salmon dengan potato tu memang asalnya aku nak buat medium jer tapi terlebih masak sikit. Nasib baik tak rentung. Kalau rentung

Lunch Pack

Lama tak tayang lunch pack kan? Jemput makan semua...  

Coffee Mania Lagi

Biar gambar berbicara :-)