Monday, February 16, 2015

Lunch Pack Penuh Kasih Sayang

Lunch pack hari ni special skit. Setakat salad dengan crouton dengan ayam bakar jer pun. Mesti korang kata ala biasa je kan? Kan kan kan? Aku tau mesti korang cakap camtuh. Hihihiii.
 
 
 
Sebenarnya yang buat aku kata special ialah.....
 
Lunch Pack aku ni dibuat delivery khas oleh abah aku ke pejabat aku. Amacam? Special tak? Ada macam anak-anak sekolah tak? hihihiii...
 
Cerita sebenarnya macam ni. Pagi tadi masa aku kelam kabut nak pergi kerja aku tertinggal lah lunch pack aku ni atas meja makan kat dapur. Aku cuma perasan bila dah separuh jalan nak ke pejabat. Kalau nak patah balik memang tak boleh lah sebab confirm aku lambat nanti. Jadi aku biar je lah. Sampai pejabat aku call rumah. Abanh yang angkat. Aku mintak abah tolong simpan dalam peti ais. jadi petang nanti lepas balik keje aku boleh makan.
 
Tapi masa aku tengah meeting adik aku, Ateh whatsapp aku.
"Ayammmm (patutnya Ayang tapi adik aku mmg jahat sikit suka panggil aku Ayam), Abah otw ke opis awak hantar bekal"
 
Mak aiiii...terkejut beruk terus aku. Abah aku dah lah naik motor. Panas kot walaupun baru pukul 10 macam tu. Kesiannya Abah aku.
 
Bila abah sampai aku kelam kabutlah keluar dari meeting kejab. Jumpa abah. Bila aku sampai je Abah kata buat apa turun ni kan tengah meeting? Rupanya guard kat bawah dah tolong abah call aku dulu sebelum abah naik department aku. Aku cakaplah nak jumpa abah lah. Pastu abah kata tak payah. Abah nak hantar bekal ni jer. Lepas tu aku Tanya lah kenapa abah susah-susah ni. Abah cakap, ala bukan susah pun, lagipun abah takde kerja kat rumah. Ishhh terharu aku tau. Sebab tu lah aku kata lunch pack aku hari ni memang special.
 
Abah memang istimewa. Kasih sayang tak pernah terucap dibibir. Tapi tindakan dia buat aku sedar abah memang saying kami adik beradik. Semoga Allah berikan kesihatan yang baik pada abah dan panjangkan umur abah. 
 

3 comments:

  1. Replies
    1. Dana kena baca semula sebab akak dah bagi sebab sebenar kenapa akak kata special tu :-)

      Delete
  2. Special sungguh. Untung ada abah yg loving n caring

    ReplyDelete