Thursday, February 12, 2015

Perginya Seorang Murabbi

Malam ini seluruh negara dikejutkan dengan berita kembalinya ke rahmatullah Mursyidul Am PAS, seorang Murabbi,  Datuk Bentara Diraja Nik Abdul Aziz Nik Mat atau lebih mesra dengan panggilan Tok Guru..
 
Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan para anbiya', syuhada dan pemimpin yang memjuangkan agama Islam. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.
 
Tok Guru,
Damailah kau di sana,
 Kami akan sentiasa merinduimu.
 
 
 
Telah berdiri
Seorang lelaki
Hidup berbekal kecekalan diri.
Walau menghadapi sejuta cabaran
Terus berpaut pada kebenaran.
Berkurun sudah kau merintis jalan
Bertahun sudah hasratmu terhalang.

Tetap bersemarak
Api keazaman
Bara keramat doa dan harapan.
Kau melangkah bermula dari lembah
Kau mendaki setangga ke setangga.

Semakin hampir menjejak puncak
Semakin sering kau ditikam onak.
Namun kerana kau lelaki
Derita dapat diselindungi
Tangisanmu rahsia di hati.

2 comments:

  1. alfatihah... moga rohnya dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  2. Sedihnya dengan pemergian beliau. Al fatihah

    ReplyDelete