Saturday, March 30, 2013

Movie time!


Kita minum dulu!!!


Buah hati aku - Jijie, Ayoi & Wan

Posing sikit

Posing lagi
Lunch sebelum balik

Friday, March 29, 2013

5th Anniversary Mini GA

Satu lagi GA aku nak try pada hari Jumaat yang mulia ini. Siapa nak join sila klik banner kat bawah ni.

 
 
Tarikh tutup 31 Mac 2013

 
Hadiah :
 
Tempat pertama : Cardigan labuh + Sehelai Tudung

Tempat kedua : Sehelai tudung + Kerongsang

Tempat ketiga : Inner neck + Kerongsang

Saguhati: Kerongsang x 3 orang pemenang

GIVEAWAY : EDY 3 DESTINASI

First time nak try luck utk GA ni sbb selalu tengok member join. Jadi menjelang hari jadi aku yang tak berapa hari lagi ni aku sajelah nak cuba nasib. Boleh jadi hadiah besday kalau menang. heheheheheee.....Saper nak join senang jer....Pergi kat link bawah ni


 
Tarikh tutup: 3 April 2013
Hadiahnya:
 


 
Untuk pemimat FM macam aku, jangan lepaskan peluang. Moh kita cuba nasib. :-)

Tazkirah Jumaat


Thursday, March 28, 2013

Alkalizing Health Benefits of Celery!

Celery has always been associated with the lowering of blood pressure. When combined with other alkalizing green juices, it provides different formula that helps other acidic conditions.
Recent studies... have shown that celery might also be effective in combating the acids that cause cancer.

Some of the alkalizing health benefits of celery juice:

Acidity:

The important minerals in this magical juice effectively balance the body's blood pH, neutralizing acidity.

Athletes:

Celery juice acts as the perfect post-workout tonic as it replaces lost electrolytes and rehydrates the body with its rich alkalizing minerals.

Cancer:

Celery is known to contain at least eight families of anti-cancer or anti-acid compounds. dr.sharib azmi Among them are the acetylenics that have been shown to stop the growth of tumor cells. Phenolic which block the action of prostaglandins that encourage the growth of tumor cells. And coumarins which help buffers dietary and metabolic acids from damaging cells.

Cholesterol:

This humble pale juice has been shown to effectively and significantly lower total cholesterol and LDL (bad) cholesterol by lowering dietary and metabolic acids.

Colon and stomach cancer:

The phytochemical coumarins prevent the formation and development of the colon and stomach cancers.

Constipation:

The natural laxative effect of celery helps to relieve constipation. It also helps relax nerves that have been overworked by man-made laxatives.

Cooling:

During dry and hot weather, drink a glass of celery juice two or three times a day, between meals. It wonderfully helps to normalize body temperature by reducing dietary and metabolic acids.

Diuretic:

The potassium and sodium in celery juice helps to regulate body fluid and stimulate urine production, making it an important help to rid the body of excess acidic fluid.

Inflammation:

The polyacetylene in celery is an amazing relief for all the acids that cause inflammation in rheumatoid arthritis, osteoarthritis,gout, asthma and bronchitis.

Kidney function:

Celery promotes healthy and normal kidney function by aiding elimination of acidic toxins from the body. While eliminating acidic toxins, it also prevents formation of kidney stones.

Lower blood pressure:

Drinking celery juice every day for a week significantly helps lower blood pressure by lowering dietary and metabolic acids. A compound called phtalides help relax the muscle around arteries, dilating the vessels and allowing blood to flow normally. To be effective, drink the juice for one week, stop for three weeks, and start over.

Nervous system:

The organic alkaline minerals in celery juice has a calming effect on the nervous system, making it a wonderful drink for insomniacs.

Weight loss:

Drink celery juice frequently throughout the day. It helps curb your cravings for sweets and rich food.

Urinary stones, breaking of:

The diuretic effect of celery juice also aids the breaking and elimination of acidic urinary and gallbladder stones.

You can expect many more healing benefits from celery juice as you consume its natural alkalizing sodium.


Source: Health Digest

Happy Day!

Thanks Tisha @ Angah for the dinner treat!

Wednesday, March 27, 2013

Rambling

Aku rasa lega sangat semalam sebab dapat melepaskan satu beban yang aku pikul sejak beberapa bulan yang lalu. Syukur sangat akhirnya semalam tanpa aku rancang aku berjaya melepaskan beban tersebut. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah kerana memberikan aku keberanian untuk menyelesaikan semua ini. Dan hari ini aku rasa sangatttttt lega.
 
(Pic credit to ayna.yeopmi.com)
Kepada individu berkenaan (andaikata awak terbaca coretan ini) terima kasih banyak-banyak atas penerimaan positif awak. Saya bersyukur kerana mengenali seseorang seperti awak. Semoga hidup awak akan sentiasa diberkati dan dilindungi Allah. Terima kasih dan saya mohon maaf sekali lagi.

Tuesday, March 26, 2013

7 Dangerous Acts After a Meal

1. Don’t smoke
 
Experiments from experts proves that smoking a cigarette after meal is comparable to smoking 10 cigarettes (chances of cancer is higher)

2. Don’t eat fruits immediately
 
Immediately eating fruits after meals will cause stomach to be bloated with air. Thre fore take fruits 1 -2 hours after meal or 1 hour before meal.

3. Don’t drink tea
 
Because tea leaves contain a high content of acid. This substance will cause the protein content in the food we consume to be hundred thus difficult to digest.

4. Don’t loosen your belt
 
Loosening the belt after meal will easily cause the intestine to be twisted and blocked.

5. Don’t bathe
 
Bathing after meal will cause the increase of blood flow to the hands, legs and body thus the amount of blood around the stomach will therefore decrease, this will weaken the digestive system in our stomach.
 

 6. Don’t walk about
 
People always say that after a meal walk a hundred steps and you will live till 99. In actual fact this is not true. Walking will cause the digestive system to be unable to absorb the nutrition from the food we intake.

7. Don’t sleep immediately
 
The food we intake will not be to digest properly. Thus will lead to gastric and infection in our intestine.
 
Source: Health Digest

Lunch Pack

Lama tak tayang lunch pack kan? Jadi hari ini nak tayanglah. Menu ringkas dah mudah. Tempoh menyiapkan semua ni hanya 30 minit.

  • Tomato Pasta
  • Mixed Sallad
  • Orange

Container baru yang comel dan ceria :-)

Monday, March 25, 2013

Selamat...

Muka riang gembira budak baru berkhatan :-)

Selamat Berkhatan Azwan Azman!

Selamat berkhatan buat cucu sulung Haji Mohd Salleh Md Hashim, Muhammad Azwan Azman. Gambar berikut diambil semasa majlis kenduri doa selamat yang diadakan di rumah abang aku pada hari sabtu yang lalu.

Tandu takde jadi kenalah pikul untuk berarak.
Syabas Pakde & Achik kerana berjaya mengangkat Wan dalam panas terik tu. :-)

"Pengantin' tak tau nak buat apa dah masa kena kompang macam ni....
kesiann....hehehehhee...

Sempat potong kek birthday dengan adik-adik yang tersayang

Tergolek-golek kambing tengah panas ni....
berpeluh-peluh kambing ni :-)
My Home Made Blueberry Cheese Tart
Gambar tuan blog mesti ada...hehehehe....
Nak dukung Azwan dah besar bagak jadi dukunglah Sadiqin, anak sepupu aku, Dr Ridhuan.
Comel kan kami...heheheee...
 
Berikut aku kongsikan kelebihan berkhatan yang aku ambil dari laman sesawang http://www.sihatselalu.com.my.

Kebersihan - Mengelakkan Smegma

Kulit yang berlebihan pada hujung zakar mempunyai iklim yang amat sesuai untuk pertumbuhan kuman kerana ia sering cedera, lembap dan bersifat menakung. Ia menakung kotoran saki baki air kencing dan menghasilkan longgokan putih dan berbau busuk yang dikenali sebagai 'smegma'.

Smegma ialah najis yang membatalkan air wuduk dan sembahyang. Smegma juga menjadi faktor penyebab jangkitan kuman pada zakar seperti phimosis, paraphimosis atau balanitis. Dalam keadaan yang serius, ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan kesukaran membuang air kecil.

Elak Jangkitan Kuman Salur Kencing

Kajian telah membuktikan bahawa bayi yang berkhatan mempunyai 10 kali lebih rendah kadar risiko jangkitan kuman salur kencing berbanding mereka yang tidak berkhatan. Jangkitan kuman salur kencing pada kanak-kanak kecil adalah serius kerana tanpa rawatan ia akan merosakkan fungsi buah pinggang dan mengakibatkan kuman tersebar ke seluruh tisu badan.
Mengurangkan Risiko Kanser

Berkhatan juga mampu mengurangkan risiko penyakit kanser terutama kanser zakar, prostat, serta kanser serviks (pangkal rahim) dan payudara kepada wanita.

Telah dibuktikan bahawa kuman yang dinamakan Human Papilloma Virus (HPV) adalah antara faktor pencetus kanser serviks di kalangan wanita. Kuman ini didapati berlindung di bawah kulit hujung zakar dan dipindahkan kepada wanita semasa persetubuhan. Terdapat kajian menunjukkan jika semua lelaki berkhatan, maka sebanyak 20% kadar kejadian kanser serviks boleh dielakkan. Virus sama juga boleh mencetuskan kanser payudara.

Kajian pemerhatian turut menunjukkan risiko kanser zakar rendah di kalangan mereka yang berkhatan, lebih-lebih lagi bagi mereka yang berkhatan pada umur kurang dari satu tahun. Hasil dari kajian ini, ramai orang bukan Islam juga mengamalkan khatan.

Kajian di beberapa negara Eropah menunjukkan lelaki yang berkhatan mempunyai kadar risiko kanser prostat 2 kali lebih rendah. Kejadian kanser ini ada hubung kait dengan penyakit kelamin di mana lelaki berkhatan mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat penyakit tersebut.

Mencegah HIV

Pada 28 Mac 2007, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan kenyataan penting berkenaan kaedah pencegahan kuman HIV. Kenyataan itu berbunyi,
'Kajian saintifik telah membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa lelaki berkhatan mengurangkan kadar perpindahan kuman virus HIV kepada wanita atau isteri. Seeloknya, berkhatan dilakukan sewaktu berumur lebih kurang satu tahun kerana kadar risiko dan komplikasi prosedur lebih rendah'.




Benefits of Drinking Warm Lemon Water

Start the day out with a mug of warm water and the juice of half a lemon. It's so simple and the benefits are just too good to ignore.
 
Warm water with lemon:

 1. Boosts you're immune system
Lemons are high in Vitamin C and potassium. Vitamin C is great for fighting colds and potassium stimulates brain & nerve function and helps control blood pressure.
 
2. Balances pH
 Lemons are an incredibly alkaline food, believe it or not. Yes, they are acidic on their own, but inside our bodies they're alkaline (the citric acid does not createacidity in the body once metabolized). As you wellness warriors know, an alkaline body is really the key to good health.
 
3. Helps with weight loss
Lemons are high in pectin fiber, which helps fight hunger cravings. It also has been shown that people who maintain a more alkaline diet lose weight faster. And, my experience is that when I start the day off right, it's easier to make the best choices for myself the rest of the day.
 
4. Aids digestion
The warm water serves to stimulate the gastrointestinal tract and peristalsisę¢©he waves of muscle contractions within the intestinal walls that keep things moving. Lemons and limes are also high in minerals and vitamins and help loosen ama, or toxins, in the digestive tract.
 
5. Acts as a gentle, natural diuretic
Lemon juice helps flush out unwanted materials because lemons increase the rate of urination in the body. Toxins are, therefore, released at a faster rate which helps keep your urinary tract healthy.
 
6. Clears skin
The vitamin C helps decrease wrinkles and blemishes. Lemon water purges toxins from the blood which helps keep skin clear as well.
 
7. Hydrates the lymph system 

Source: FB Helthdigest

Sunday, March 24, 2013

Majlis Ilmu

Pada 16 Mac 2013 (Sabtu) yang lalu aku berkesempatan untuk menghadiri satu majlis ilmu, Syarahan Tokoh oleh Prof. Dr. Arndt Graf dari Universiti Frankfurt yang diadakan di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya.
 
Majlis Syarahan Tokoh ini adalah anjuran bersama Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Tajuk syarahan adalah Malaysia di Tengah Arus Globalisasi: Peluang Baharu untuk Penterjemah.
 
Pada aku syarahan Prof. Dr. Arndt Graf yang sangat fasih berbahasa Melayu ini sangat baik. Walaupun syarahan beliau hanya mengambil masa kurang daripada dua jam tetapi sangat padat dengan fakta-fakta menarik. Segala fakta tersebut disampaikan dengan cara yang sangat menarik dan mudah difahami. Aku sedikitpun tak mengantuk sepanjang sesi syarahan tersebut.
 
Ada beberapa fakta menarik yang ingin aku kongsikan. Menurut Prof. Dr. Arndt Graf:
 
i)     Semakin banyak bahasa menarik untuk e-bisnes.
ii)    Peranan bahasa Inggeris semakin menurun dalam e-bisnes global.
iii)   Bahasa Mendarin semakin meningkat, kelak lebih penting daripada bahasa Inggeris.
iv)   Bahasa Sepanyol semakin penting kerana pembangunan di Amerika Syarikat.
v)    Relevansi bahasa Jerman, Perancis dan Jepun semakin menurun.
vi)   Ada sejumlah bahasa yang semakin relevan - Brazil, Rusia, Turki, Arab, Iran, Poland, Thailand & Philipines
viii) Bahasa Melayu juga semakin penting.
 
Itu hanyalah sebahagian daripada intipati syarahan beliau. Banyak lagi fakta menarik yang dibentangkan oleh beliau sepanjang syarahan selama hampir dua jam tersebut. Memang tak rugi aku meluangkan masa menghadiri syarahan beliau. Terima kasih boss kerana beri peluang kepada saya untuk menghadiri syarahan tokoh ini.
 
Sebenarnya ini merupakan pertemuan kedua aku dengan Prof. Dr. Arndt Graf. Aku pernah bertemu beliau sebelum ini di University Frankfurt, Jerman pada bulan Oktober tahun lalu. Aku menghadiri mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah DBP, Dr. Haji Awang Sariyan dan turut dihadiri oleh Pengarah Penerbitan dan Juga Ketua Bahagian Harta Intelek dari DBP dan Prof E.U Kratz, Prof. Bernd Nothofer, Prof. Madya Sandra Knor Manickan dan beberapa orang pensyarah lain dari Universiti Frankfurt. Pengalaman yang tidak mungkin dapat aku lupakan. Dan sejak itu aku mula kagum dengan Prof. Dr. Arndt Graf. Mendengar beliau bertutur dalam bahasa Melayu dengan sangat fasih memang buat aku rasa kagum. Beliau bukan sahaja boleh bertutur sekadarnya tetapi beliau menguasai bahasa Melayu seperti beliau menguasai bahasa Jerman, Inggeris dan juga Perancis. Beliau memang hebat. 

Prof. Dr. Arndt Graf

Sebahagian daripada peserta bersama-sama dengan Prof. Dr. Arndt Graf

Tuan blog bersama-sama  Prof. Dr. Arndt Graf
Peluang untuk bergambar dengan orang hebat seperti ini memang sukar untuk aku lepaskan.

Saturday, March 23, 2013

ATP Rankings

Rafa has moved up to number 4 in the ATP Rankings with his new win at Indian Wells!
 
ATP world rankings (March 18, 2013):
1. Novak Djokovic (SRB) 13,280 pts
2. Roger Federer (SUI) 8,715
3. Andy Murray (GBR) 8,350
4. Rafael Nadal (ESP) 6,745 (+1)
5. David Ferrer (ESP) 6,630 (-1)
6. Tomas Berdych (CZE) 5,010
7. Juan Martin Del Potro (ARG) 4,830
8. Jo-Wilfried Tsonga (FRA) 3,750
9. Janko Tipsarevic (SRB) 3,090
10. Richard Gasquet (FRA) 2,960
 
Congrats Rafa!
 
Photo credit to Corleve
FB Tennis Now



 
 
 
 
 

Thursday, March 21, 2013

Movie Time!

1) BOLA KAMPUNG THE MOVIE



Aku berpeluang untuk menonton filem animasi ini semasa tayangan perdana filem berkenaan pada 6 Mac 2013 yang lalu. Ini tiketnya -----------------------| (bukti ni. hehehehee)



 
Tayangan Perdana Bola Kampung The Movie ini diadakan di GSC, Midvalley. Aku berpeluang bertemu dengan empunya suara disebalik watak Lord Vilus (Pak Nil), Princess Amanda (Marsha Londoh dan beberapa nama lain lagi yang aku tak berapa perasan sebab aku duduk jauh sikit dari pentas. Ramai juga yang hadir ke tayangan perdana tersebut. menurut penganjur, mereka menempah 5 hall untuk tayang serentak pada malam itu.
 
 
 
Semasa tayangan perdana tu aku berpeluang berjumpa pembawa watak utama cerita animasi ni seperti Pak Nil (Lord Vilus), Marsha (Princess Amanda), dan beberapa pelakun lain yang aku tak perasan sangat sebab aku duduk jauh sikit dari pentas. Turut ditampilkan adalah maskot watak-watak utama Iwan, Sabok, Zul dan Pricess Amanda.

 

(Photo credit to http://gscmovies.com.)
 
Secara keseluruhan aku rasa filem animasi ini agak menarik. Cumanya bagi mereka yang tidak pernah menonton cerita animasi ini di TV sebelum ini mesti tertanya-tanya kenapa nama filem ni Bola Kampung. Sebab ceritanya bukan tentang bola kampung. Ceritanya lebih hebat dan besar daripada setakat cerita bola kampung. Bagi mereka yang mempunyai anak-anak yang menggemari cerita Bola Kampung di TV tu, memang wajiblah membawa mereka ke panggung berhampiran.
 
 
  
2) LAWAK KE DER 2
 

Tanpa perancangan awal, tiba-tiba petang tu adik aku tanya, nak tengok Lawak ke Der 2 tak? Aku kata aku ok jer. Memandangkan Wangsa Walk tu tak jauh sangat dari rumah kami, jadi adik aku kata dia pegi beli tiket dulu. Rancangan awalnya nak tengok petang dalam pukul 5 tapi malangnya tiket habis. jadi yang ada pukul 9.00 ++ mlm. Kami on jer jer sebab yang nak tengok pun adik beradik jer dan panggung wayang pun dekat dengan rumah.
 
Mula-mula rancang nak pergi dua kereta sebab adik dengan adik ipar aku nak balik terus rumah diorg dekat Serdang lepas movie tu. Tapi bila fikir balik keadaan parking yang sangat tak menggalakkan untuk bawa kereta banyak-banyak ni jadi kami pun pergi satu kereta jer. Aku pergi dengan adik lelaki aku, A'a dan isteri (Anie) dan juga adik bongsu aku, Ayee. Kakak aku tak minat jenis cerita macam ni. Adik aku, Ain yang tengah sarat mengandung pulak mmg taknak tengok movie sekarang ni. jadi suami dia pun ikutlah tak tengok movies juga sekarang ni.Sorang lagi adik aku, Aphyd kerja pulak. Jadi tinggallah kami berempat. 
 
Bagi aku Lawak ke Der 2 ni memang terbaiklah. Aku pergi sebab nak tengok JOZAN. Aku kan peminat JOZAN. Tapi bila dah tengok keseluruhannya aku rasa dalam Lawak Ke Der 2 ni Harith Iskandar adalah yang terbaik. Memang lawak giler. Lawak sempoi tapi memang bikin pecah perut. Lepas tu baru JOZAN, Nabil dan akhir sekali (yang aku kurang gemar) Boboi. Lawak JOZAN memang macam biasa, kelakar dah sangat sengal. Heheheee.....Nabil pulak bagi aku not bad lah. Cuma Boboi jer yang aku rasa kureng menyengat. Tapi ini pendapat dan pandangan aku lah. Janganlah marah ya.  
 

Monday, March 18, 2013

2013 BNP Paribas Open - Finals

Alhamdulillah....

Rafael Nadal takes the title in Indian Wells over Juan Martin del Potro 4-6, 6-3, 6-4. This is his first hard court title since his return. It's a great come back.
 
CONGRATULATION
&
Good Luck for the rest of 2013
RAFA!!!.


Photo credit to FB Tennis Now

Photo credit to Natasha Peterson/Corleve
FB Tennis Now

Photo credit to Natasha Peterson/Corleve
FB Tennis Now

Photo credit to Natasha Peterson/Corleve
FB Tennis Now

Sunday, March 17, 2013

2013 BNP Paribas Open Update - SF

Rafael Nadal (Rafa) will chase his 600th career win Monday at the 2013 BNP Paribas Open after beating Tomas Berdych 6-4, 7-5 in the Semi Finals this morning. 

My wish and pray for Rafa to win. But whatever the outcome, he's ranked higher than expected. As a Rafaholics, i'm so proud of him.

Photo credit to Natasha Peterson/CorleveFB Tennis Now 


VAMOS RAFA!

Friday, March 15, 2013

Cantik Tak?

Cantik tak lunch container (plus bag) baru aku ni?  Saja nak tayang kat korang. Baru je beli ni. Brand Tupperware lah macam biasa....Heheheheee...
 
Aku ada beberapa sebab kenapa aku beli. Yang pertama sebab aku dah bosan tengok lunch container yg bulat yang biasa aku pakai tu. Hehehehe. Yang kedua, lunch container yang lagi satu tu dah hilang penutup dia (keje anak buah aku lah ni. sabar). yang ketiga sebab warna container tu sama warna dengan baju baru Rafa. (dasar Rafaholics...heheheheee)....


Purple colour lagi :-)


Suka container yang ada asing-asing camni.
Senang nak asing food ikut jenis.

2013 BNP Paribas Open Update - Mixed Feeling

Rafael Nadal (Rafa) beats Roger Federer (Roger) 6-4, 6-2 in Indian Wells Quater Finals today. As a big fan of both players, i've a mixed felling. I'm happy for Rafa but at the same time I feel sad for Roger. As i said before, both of them are great players but in a tournament one has to win. 
  
Roger you are still the best though and congrats Rafa on your win! Good luck with Berdych in the semis!

I hope he can go all the way and win the title.

Photo credit: Natasha Peterson/Corleve
FB Tennis Now


Vamos Rafa!

Thursday, March 14, 2013

2013 BNP Paribas Open Update -The Most Epic Rivalry 29th. Edition!!!

Rafael Nadal and Roger Federer will meet for the 29th time tomorrow morning in the BNP Paribas Open quarterfinals. Both of them are great players, but one has to win....I love both player but today i would like Rafa to win!

Photo credit: Natasha Peterson/Corleve
FB Tennis Now

VAMOS RAFA!!!

Monday, March 11, 2013

Aktiviti Hujung Minggu

Inilah aktiviti aku hujung minggu yang lalu. Riadah bersama-sama anak-anak buah kesayangan aku-Wan, Jijie dan Ayoi. Hero Malaya yang menjadi penawar dan juga racun dalam hidup kami sekeluarga. Kehadiran mereka menggamatkan rumah kami dan ketiadaaan mereka menyebabkan rumah menjadi sunyi. Hehehehehee....

Muhammad Azwn Azman @ Wan - No. 1

Muhammad Azizi Azman @ Jijie - No. 2
Muhammad Azrul Azman @ Ayoi - No. 3