Monday, March 25, 2013

Selamat Berkhatan Azwan Azman!

Selamat berkhatan buat cucu sulung Haji Mohd Salleh Md Hashim, Muhammad Azwan Azman. Gambar berikut diambil semasa majlis kenduri doa selamat yang diadakan di rumah abang aku pada hari sabtu yang lalu.

Tandu takde jadi kenalah pikul untuk berarak.
Syabas Pakde & Achik kerana berjaya mengangkat Wan dalam panas terik tu. :-)

"Pengantin' tak tau nak buat apa dah masa kena kompang macam ni....
kesiann....hehehehhee...

Sempat potong kek birthday dengan adik-adik yang tersayang

Tergolek-golek kambing tengah panas ni....
berpeluh-peluh kambing ni :-)
My Home Made Blueberry Cheese Tart
Gambar tuan blog mesti ada...hehehehe....
Nak dukung Azwan dah besar bagak jadi dukunglah Sadiqin, anak sepupu aku, Dr Ridhuan.
Comel kan kami...heheheee...
 
Berikut aku kongsikan kelebihan berkhatan yang aku ambil dari laman sesawang http://www.sihatselalu.com.my.

Kebersihan - Mengelakkan Smegma

Kulit yang berlebihan pada hujung zakar mempunyai iklim yang amat sesuai untuk pertumbuhan kuman kerana ia sering cedera, lembap dan bersifat menakung. Ia menakung kotoran saki baki air kencing dan menghasilkan longgokan putih dan berbau busuk yang dikenali sebagai 'smegma'.

Smegma ialah najis yang membatalkan air wuduk dan sembahyang. Smegma juga menjadi faktor penyebab jangkitan kuman pada zakar seperti phimosis, paraphimosis atau balanitis. Dalam keadaan yang serius, ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan kesukaran membuang air kecil.

Elak Jangkitan Kuman Salur Kencing

Kajian telah membuktikan bahawa bayi yang berkhatan mempunyai 10 kali lebih rendah kadar risiko jangkitan kuman salur kencing berbanding mereka yang tidak berkhatan. Jangkitan kuman salur kencing pada kanak-kanak kecil adalah serius kerana tanpa rawatan ia akan merosakkan fungsi buah pinggang dan mengakibatkan kuman tersebar ke seluruh tisu badan.
Mengurangkan Risiko Kanser

Berkhatan juga mampu mengurangkan risiko penyakit kanser terutama kanser zakar, prostat, serta kanser serviks (pangkal rahim) dan payudara kepada wanita.

Telah dibuktikan bahawa kuman yang dinamakan Human Papilloma Virus (HPV) adalah antara faktor pencetus kanser serviks di kalangan wanita. Kuman ini didapati berlindung di bawah kulit hujung zakar dan dipindahkan kepada wanita semasa persetubuhan. Terdapat kajian menunjukkan jika semua lelaki berkhatan, maka sebanyak 20% kadar kejadian kanser serviks boleh dielakkan. Virus sama juga boleh mencetuskan kanser payudara.

Kajian pemerhatian turut menunjukkan risiko kanser zakar rendah di kalangan mereka yang berkhatan, lebih-lebih lagi bagi mereka yang berkhatan pada umur kurang dari satu tahun. Hasil dari kajian ini, ramai orang bukan Islam juga mengamalkan khatan.

Kajian di beberapa negara Eropah menunjukkan lelaki yang berkhatan mempunyai kadar risiko kanser prostat 2 kali lebih rendah. Kejadian kanser ini ada hubung kait dengan penyakit kelamin di mana lelaki berkhatan mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat penyakit tersebut.

Mencegah HIV

Pada 28 Mac 2007, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan kenyataan penting berkenaan kaedah pencegahan kuman HIV. Kenyataan itu berbunyi,
'Kajian saintifik telah membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa lelaki berkhatan mengurangkan kadar perpindahan kuman virus HIV kepada wanita atau isteri. Seeloknya, berkhatan dilakukan sewaktu berumur lebih kurang satu tahun kerana kadar risiko dan komplikasi prosedur lebih rendah'.




4 comments:

  1. selamat datang ke alam dewasa dik..:)

    ReplyDelete
  2. Wah nak bersunat dah. Cukup ke nak jaga dalam tempoh seminggu ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah cukup....Doc kata seminggu boleh baik dah...

      Delete