Skip to main content

Pengalaman Minggu Pertama Persekolahan

Selamat kembali ke sekolah adik-adik/anak-anak semua!

Hari ini merupakan hari pertama dan minggu pertama persekolahan  bagi sesi tahun 2016. Jadi Aida nak ambil kesempatan bercerita tentang pengalaman minggu pertama persekolahan. Tapi bukan pengalaman  Tahun 1, cerita ini tentang pengalaman minggu pertama persekolahan di Tingkatan 4.Ehhh kenapa Tingkatan 4? Mesti ada yang tertanya-Tanya kan? Jawapannya mudah. Aida berpindah ke sekolah baru masa di Tingkatan 4. Pindah jauh ke Borneo kerana mengikut abah yang bertukar ke Sabah.


Kami berpindah ke Kota Kinabalu pada penguhujung tahun. Sekolah yang dipilih oleh abah untuk Aida ialah Maktab Sabah @ Sabah College, antara sekolah ternama di Sabah. Pada masa itu kami tinggal di Putatan. Jarak antara Putatan dengan Sekolah Maktab Sabah adalah lebih kurang setengah jam perjalanan menaiki bas. Aida ke sekolah menaiki bas.


Maktab Sabah.
Photo credit to Wikipedia.
 Ok kita berbalik kepada cerita pengalaman minggu pertama di sekolah. Pada hari pertama, Aida ke sekolah dengan Abah. Kami naik bas sama-sama. Abah tunjukkan di mana nak tunggu bas, bas apa yang perlu naik, di mana nak berhenti, abah tunjukkan kelas dsb. Tapi hari kedua memang kena pergi sendirilah. Takkan lah dah besar panjang abah nak kena hantar seminggu kan? Buat malu saja.

Jadi bila hari kedua, awal pagi dah bersiap nak ke sekolah. Takut lewat lah konon. :-)

Selepas sarapan pagi, terus pergi ke perhentian bas. Mak siap bekalkan air milo dalam termos cantik lagi masa tu :-|)

Bas di Sabah ni unik sikit. Bas yang bukan bas. Faham ke? Aida katakana bas bukan bas sebab bas ni van sahaja. Van biasa yang panjang tu. Dekat luar van tu ada ditulis tempat/kawasan yang dilalului. Contohnya: KK-Petagas-Putatan-Lok Kawi. Maksudnya bas tu akan melalui kawasanKota Kinabalu (Town), Petagas, Putatan dan Lok Kawi. macam tu lah. Jadi tidaklah susah mana untuk menealpasti bas mana yang perlu dinaiki.Dan yang lagi uni, konduktor bas akan menyebut nama kawasan tu.Contohnya setiap kali berhenti dia akan sebut destinasi akhir bas itu. KK KK KK KK KK. Sampailah bas jalan. Kan mudah?

Bila naik bas tu Aida tak risau sangat, ramai pelajar lain yang turut menaiki bas yang sama. Jadi bila turun nanti pun bolehlah turun ramai-ramai kan?  Memandangkan Aida pun baru sahaja sampai di Sabah beberapa hari sebelum mula persekolahan, jadi kawasan yang dilalui oleh bas itu pun Aida belum betul-betul kenal lagi. Tapi Aida ingat pesan Abah, jarak dari rumah ke sekolah lebih kurang setengah jam. Jadi nanti kalau nampak sekolah terus turunlah. Jadi sepanjang jalan tu mata memang asyik tengok jam. Setengah jam, dan bas berhenti. Ramai budak sekolah turun dan Aida pun turunlah sama. Terus ikut mereka berjalan ke sekolah.

Tapi bila sampai depan sekolah, ehhh...ini bukan Maktab Sabah. Ni sekolah Sanzac. Masa tu Aida dah mula panik. Alamak macam mana ni. Rasanya dah turun di perhentian bas yang betul. Masa tu rasa nak menangis pun ada juga. Masa tu lah baru terperasan yang budak-budak sekolah yang Aida ikut tadi tidak memakai lencana yang sama macam Aida.




 Masa tu memang nak menangis sangat. Nak tanya orang malu sebab bahasa kita tak sama. Masa tu Aida tak faham sangat bahasa mereka. Jadi kaki teruslah berpatah balik ke perhentian bas. Duduk sekejab di perhentian bas. Pusing keliling. Sekali, baru terperasan, ehhh belakkanan pun ada sekolah lah. Aida susur jalan di sebelah kanan tu sehingga sampai ke depan sekolah. Ya Allah, ni baru Maktab Sabah. Rupanya Aida tersilap simpang. Jalan ke Maktab Sabah simpang kanan tapi Aida ke simpang kiri. Huhuhuhu...

sampai juga sudahnya ke Maktab Sabah. Tapi, malulah sebab baru hari kedua dah dating lewat. Bukan lewat sikit tapi banyak. Pukul 8 juga aida sampai kelas masa tu. malu dengan semua. Tapi redah sahajalah. Huhuhu...

Inilah lah pengalamannya. Memang tak lupa sampai bila-bila. Inilah padahnya kalau malu/malas nak bertanya. Ikut je orang. Sudahnya salah. Padan muka.

Dah terlanjur bercerita pasal Sabah ni, Aida nak tepek gambar dengan BFF Aida di Sabah dulu. Inilah dia Noratul Azima Rashid @ Nora. Kami berkawan tak lama masa di Sabah sebab dia balik ke Semenanjung pada pertengahan tahun persekolahan. Tapi, kami tetap menjadi BFF walaupun sorang di Kuala Lumpur dan seorang di Kuala Terengganu sehingga kini. Semoga hubungan persahabatan kami kekal selamanya.

With My Sabah College's BFF - Noratul Azima Rashid
 

Comments

Popular posts from this blog

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)

Hospis Malaysia

Photo credit to http://www.hospismalaysia.org Mungkin ramai diantara kita yang tak tau apa itu Hospis Malaysia. Aku tak pelik kalau anda tak tau sebab dulu aku pun tak tau dan tak pernah dengar tentang Hospis Malaysia ni.Aku mula 'kenal' Hospis Malaysia ni bila mak aku mula menghadapi gangguan pernafasan. Ya aku tau mak aku dah meninggal dunia beberapa bulan lepas tapi maafkan aku kerana aku masih belum mampu menyebut arwah mak, Aku lebih selesa menyebut mak sahaja. Kerana mak sentiasa hidup dalam hati aku :-'(   Ok berbalik cerita tentang Hospis Malaysia tadi. Sebenarnya aku sekeluarga diperkenalkan dengan Hospis Malaysia ini oleh doktor dan jururawat yang merawat mak di Hospital Luala Lumpur. Memandangkan mak kerap mengalami gangguan pernafasan dan menghadapi sedikit masalah untuk banyak bergerak  maka mereka mencadangkan supaya mak dibekalkan dengan oxygen dan juga wheelchair. Pada awalnya kami menjangkakan kami perlu membeli peralatan tersebut tetapi rupanya tid