Kemain lama nak tunggu sambung Part 2 ni kan? Hehehe..Sabar je lah kawan-kawan. Bukan lupa tapi bila mood mdah sampai nak bercerita, gambar pulak takde. Sebab gambar dah simpan dalam pen drive. kadang-kadang bawak balik kadang-kadang tinggal kat pejabat. jadinya, tu lah punca Part 2 ni tak muncul-muncul. Maaf lah ya. :-)
Dalam part 2 ni Aida cuma nak sembang pasal makan jer ya. Mencari restaurant makanan halal bukanlah perkara yang sukar bagi mereka yang tinggal di sekitar kawasan Malaysia Street. (Jangan cari papan tanda Malaysia Street memang tak jumpa. Tapi kalau Tanya orang Vietnam memang mereka taulah Malaysia Street tu kat mana. Hehehe).
Terlalu banyak restaurant makanan halal di Malaysia Street. Ni antara restaurant yang ada.
Restauran Kampung Malayu
Restauran Hajah Basiroh
Restauran Haji Osman
Restauran Halal Amin
Restauran Mu Sa Ka Riem
Restauran Hajah Ay Sah
Restauran Hj. Man Sour
Dalam banyak-banyak restaurant tu kami cuma makan di 3 restaurant sahaja sepanjang berada di HCMC.
1. Kampung Melayu
Restauran ni dimiliki oleh orang Malaysia Alamak lupa pulak nama Datuk tu. Datuk ni memang bisnes man. Selalu datang ke Vietnam untuk ambil barang. Masa dia datang dulu-dulu kat HCMC ni susah nak dapat makanan halal. Mungkin itulah sebabnya dia buka restaurant halal di HCMC ni. Bagus sungguh kan usaha dia ni. Memang dasar peniaga yang bagus, sentiasa mencari peluang dan mengambil peluang atas kekkurangan.
makanan di sini dari segi rasanya boleh tahan sedaplah. Tapi harganya jauh lebih mahal daripada dua restaurant lain yang kami pegi. Kami Kami makan tengah hari untuk 5 orang (dewasa) harganya 820,000 Dong (Melebihi RM150.00). Sedangkan kami cuma order Mee Kari, Mee Kungfu, Nasi Goreng Seafood, Tofoo Goreng dan Ayam BBQ. Tu jer. Mahalkan? Walaupun ada diskaun 15% tetapi tetap mahal berbanding kedai lain.
2. Restauran Mu Sa Ka Riem
Kami rasa makanan di sini kurang sedap, plating pun tak menarik dan tempat makan pun kurang selsesa. Dari segi harga memang murah daripada Restauran Kampung Melayu. Harganya lebih kurang macam restaurant Hj. Man Sour. Gambar makanan kami tak ambil sebab tak menarik. Heheheheeee....Kira memang tak nak rekemen lah makan kat sini. Maaf ya tuan kedai.:-)
3. Restauran Hj. Man Sour
Daripada 3 restaurant yang kami makan, kami rasa makanan di Restauran Hj. Man Sour ni paling sedap dan harganya pun berpatutatan. Harganya separuh daripada harga makanan di Restauran Kampung Melayu. Ni antara makanan yang kami makanan yang telah kami cuba.
Pho Chicken (Sebutan Pho adalah Fee) - Sangat Sedappp (Dalam bahasa melayunya Mee Sup Ayam) |
Bihun Garing - Sedapppp |
Mee Garing - Sedapppp |
Popia Vietnam. Sedap... |
Selain daripada restaurant yang banyak tu, ada juga makanan/minuman halal yang dijual di depan kedai atau dijual oleh penjual yang menaiki motosikal. Contohnya macam ni.
Rohimah - Halal Food
Kak Rohimah ni menjual beaneka kuih tradisi melayu seperti karipap, popiah goreng, bingka ubi, donut dan juga.Kami berkesempatan merasa kuih karipap, popiah goreng dan juga bingka ubi. Karipap dan bingka ubinya sangat memenuhi citarasa kami. Sedappppp. Tapi popiah goreng not to our liking. Harga kuih-muih tu yang dijual secara pack sekitar 50,000-60,000 Dong.
pada hari pertama, kami jumpa Kak Rohimah ni lalu di Malaysia Street sekitar pukul 4.30 petang. Tapi masa hari kedua sekitar pukul 5 petang. Hari ketiga dia datang lebih awal sekitar pukul 3 petang. hari ketiga tu kami yang minta sebab kalau pukul 5 kami tak sempat nak beli. Heheheheee...Orangnya ramah dan kuihnya sedap jadi Aida syorkan sesiapa yang jumpa dia di HCMC nanti bolehlah cuba beli kuih muih Kak Rohimah ni. Beli untuk minum petang. terasa berada di Malaysia gitu. Heheheheee...
Roti Vietnam - Halal
Gerai Roti Vietnam ni terletak di hadapan kedai makan Haji Basiroh. Dibuka sekitar pukul 7 malam. Masa mula-mula tengok tu takde lah rasa nak beli. Tapi dan masuk hari kedua, kami terpanggil untuk mencuba. Sebabnya nama roti tu Roti Vietnam. Hehehe...Ni rupa Roti Vietnam.
Nampak simple je kan? Tapi Ya Allah sedapnyaaaaaaa.. Roti tu kalau dimakan macam tu sahaja pun dah sedap. Dalam roti tu diletakkan sedikit sayur-sayuran dan sapuan nipis daging hancur. Lepas tu ada sedikit sos. Simple sangat. Tapi rasanya sangat sedap. RTerasa-rasa kat tekak ni. Huhuhuu. Harganya 80,000 Dong (kalau tak silap).
Halal Kopi - Kopi Vietnam
Kopi Vietnam ni memang minuman wajib cuba bagi penggemar kopi yang pergi HCMC ni. Aida tak boleh nak komen sebab Aida tak minum kopi. Tapi adik-adik yang minum memang kata sedaplah. Aida try jugak milo susu. Milo memang rasa milo lah. Hehehee...Harganya RM4. Ya dalam RM ya bukan Dong. Mereka memang minta RM. :-).
Ini jelah serba sedikit cerita pasal makanan kat HCMC ni. Kebanyakan makanan yang kami makan Alhamdulillah boleh diterima tekak. Tetapi harganya agak mahallah kalau dibandingkan dengan di Malaysia. Mungkin kerana kesukaran mendapatkan bahan halal yang menjadikan harganya agak mahal Taupun mereka sengaja mengambil kesempatan ke atas pelancong macam kita ni? Heheheee....Entahlah..
Untuk cerita selanjutnya tunggu kemunculan Part 3 ya. :-) Kalau nak baca cerita sebelum ni, silalah ke Part 1.
Untuk cerita selanjutnya tunggu kemunculan Part 3 ya. :-) Kalau nak baca cerita sebelum ni, silalah ke Part 1.
Comments
Post a Comment