Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2013

Pelbagai Cerita

Another long gap between updates. Hajat hati nak update hari-hari tak kesampaian. Mak buat macam mana, manuasia merancang Allah yang menentukan :-)   Ada banyak benda yang nak aku kongsikan sebenarnya. Antaranya adalah perkembangan terkini tentang mak, cerita tentang raya, cerita tentang diri aku, cerita tentang tenis dan macam-macam lagi. Memandangkan aku tak punya banyak masa untuk buat banyak entri, kali ni aku nak buat dua atau tiga cerita dalam satu entri. Kalau larat nak baca habis korang bacalah ya. Kalau tak larat korang pilihlah apa korang nak baca. :-)   Cerita Tentang Mak   Mak dah selesai menjalani rawatan Kemoterapi yang pertama. Kemo pertama dibuat pada 16 Ogos 2013 yang lalu, 9 hari lewat daripada jadual asal. Aku berada dihospital semasa rawatan dijalankan.   Kepada mereka yang tidak tahu, Kemoterapi adalah rawatan yang menggunakan ubat-ubatan khusus untuk melawan dan memusnahkan sel kanser yang sedang merebak dalam badan pesakit. Ubat ini akan memasuki

Cerita Tentang Mak

Hari ni dah masuk 8  hari emak kat hospital. Dalam seminggu tu 5 malam aku tido di hospital untuk teman mak. 2 malam lagi Kak Nor dan 1 malam Aphyd. Malam ni Aphyd lagi sebab dia off. Kalau mak tak balik lagi, malam esok aku pulak.   Sebenarnya memang diluar jangkaan kami yang mak akan berada di hospital selama ini. Sebabnya kalau mengikut jadual, hari Rabu lepas masuk hospital untuk berehat dan Khamis buat rawatan Kemoterapi dan lepas tu boleh balik. Tapi bila dah sampai sana, dah masuk hari kedua Doktor kata ada jangkitan kuman jadi kena bagi mak antibiotic dulu untuk 7 hari. Selepas tu baru boleh buat Kemo.    Kelmarin Doktor dah ambil sampel darah untuk ujian. Kalau kuman dan clear bolehlah buat kemo terus. Keputusan patut dapat harini tapi Doktor tak bagi lagi. Petang tadi Aphyd dah nurse (sebab petang doktor tak datang check). Nurse kata kalau ikut result ok. Tapi kena tunggu doktor esok untuk tau keputusan rasmi. Hmmm kena tunggulah lagi. Takpelah. kami kan penyabar. Ha

Rambling

 

Hadiah Lebaran daripada yang Teristimewa

Assalamualaikum Semua...   Tajuk posting tak tahan. Mesti ada yang dok cari apa dan siapalah yang istimewa tu kan? Alah I tau u all mesti nak tau siapa insan istimewa tu kan? kan kan kan? hehehehe...   Sebenarnya yang Teristimewa yang aku maksudkan adalah, Rafael Nadal Parera . Pemain tenis pujaan hati aku.  Wahhh...Rafa bagi aku hadiah? Fuhhh ada yang mati berdiri sebab terkejut. Hehehehehe...   Suspen je kan? Korang jangan terpedaya. Walaupun aku gila habis kat Rafa tu tapi dia kenal aku pun tidak. Aku bukanlah special sangat weh. Perasan lebih jer selalu. Ahaksss...   Ok sambung cerita hadiah. Sebenarnya hadiah lebaran yang aku maksudkan adalah kemenangan dalam dua-dua kejohanan yang disertai oleh Rafa pada bulan Ogos 2013 ni.   Yang pertama, Rogers Cup , 5-11 Ogos 2013 di Montreal Kanada. Rafa menewaskan Milos Roanic (11) pada pusingan akhir dengan mudah 6-2, 6-2. Cabaran utama dalam Rogers Cup sebenarnya bukanlah pada pusingan akhir tetapi pada pusingan Separ

Cerita Raya!

Just a short update. Just nak tayang duit raya tahun ni. Hehehehee.... U all ada tak? Kalau dah tua dapat duit raya mmg macam ni lah...hehehehehe  

Salam Aidilfitri!

Assalamualaikum Semua!   Aku harap belum terlewat untuk aku ucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Mohon Maaf Zahir dan Batin atas segala salah dan silap sama ada yang sedar ataupun tidak, yang disengajakan ataupun tidak. Mohon maaf juga andai semasa ber blog ada kata-kata yang mengguris rasa tanpa aku sedari. Sribu kemaafan aku minta daripada kalian semua.   Sebenarnya raya kali ini sedikit berbeza buat aku sekeluarga. Mak kurang sihat jadi urusan masak-memasak diuruskan oleh kami adik beradik dan aku dilantik oleh abah sebagai ketua tukang masak. Mak sebagai mandor sahaja. Memang mendebarkan tetapi Alhamdulillah semua berjalan lancar. lauk pauk dapat disiapkan seperti raya-raya sebelum ini. Cuma kepenatannya sedikit berbeza.    Okaylah aku tak punya banyak waktu untuk bercerita panjang sebenarnya, Jadi aku akhiri dulu di sini. Insyaallah esok lusa aku update lagi.    Raya Kedua Posing-posing depan rumah sebelum keluar beraya.   Raya Kedua Rumah Bus

Sumbangan Raya Lagi

Just a short update. Saja nak tayang kat kawan-kawan semua sumbangan raya yang diterima semalam dan hari ini. Ketupat nasi mini daripada Koperasi DBP Berhad dan Biskut Raya daripada Boss baru, Datin Hajijah Haji Jais.   kawan-kawan tolong jangan cemburu ya. :-)             Hari ni dapat pulak biskut raya daripada Boss baru. Untungnya ada dua boss ni. hehehehehe....