Skip to main content

Pelbagai Cerita

Another long gap between updates. Hajat hati nak update hari-hari tak kesampaian. Mak buat macam mana, manuasia merancang Allah yang menentukan :-)
 
Ada banyak benda yang nak aku kongsikan sebenarnya. Antaranya adalah perkembangan terkini tentang mak, cerita tentang raya, cerita tentang diri aku, cerita tentang tenis dan macam-macam lagi. Memandangkan aku tak punya banyak masa untuk buat banyak entri, kali ni aku nak buat dua atau tiga cerita dalam satu entri. Kalau larat nak baca habis korang bacalah ya. Kalau tak larat korang pilihlah apa korang nak baca. :-)
 
Cerita Tentang Mak
 
Mak dah selesai menjalani rawatan Kemoterapi yang pertama. Kemo pertama dibuat pada 16 Ogos 2013 yang lalu, 9 hari lewat daripada jadual asal. Aku berada dihospital semasa rawatan dijalankan.
 
Kepada mereka yang tidak tahu, Kemoterapi adalah rawatan yang menggunakan ubat-ubatan khusus untuk melawan dan memusnahkan sel kanser yang sedang merebak dalam badan pesakit. Ubat ini akan memasuki sistem pengaliran darah dan pergi ke seluruh badan untuk membunuh sel-sel kanser yang tidak dapat (atau tidak) di buang melalui pembedahan.  
 
Terdapat banyak jenis ubat kemoterapi yang digunakan untuk merawat kanser. Secara amnya semua ubat-ubat kemoterapi mematikan sel-sel kanser dengan cara bertindak mengganggu atau merencat proses pembiakan sel-sel kanser. Ini dilakukan dengan cara merosakkan DNA ataupun baka sel-sel kanser melalui berbagai-bagai kaedah seperti mengikat (“cross-linking”) ataupun memotong DNA tersebut. Akibat kerosakan DNA ini maka sel-sel kanser ini akan mati. Ubat kemoterapi lebih berkesan terhadap sel-sel kanser yang cepat membiak. Kadangkala ubat ini tidak dapat membezakan di antara sel-sel kanser dan sel-sel normal yang juga cepat membiak seperti sel-sel dinding usus, mulut, organ reproduktif terutamanya ovari, sel-sel rambut dan juga sel-sel sum-sum tulang. Sel-sel ini mungkin terdedah kepada kesan ubat kemoterapi walau bagaimanapun dengan kaedah rawatan yang terancang dan teliti oleh Pakar Kanser, kesan-kesan ini dapat diminimakan malah jika sekiranya berlaku, ia lebih bersifat sementara.   
(http://drrushdanoor.tripod.com/id23.html)                                 
 
Aku menyaksikan bagaimana rawatan ini dijalankan. Sebelum rawatan kemo dijalankan, mak terlebih dahulu diberikan beberapa jenis ubat untuk dimakan sehari sebelum rawatan dijalankan. Mak perlu memakan tiga jenis ubat selama tiga hari (2 kali sehari), sehari sebelum kemo, pada hari kemo dan sehari selepas kemo. Ubat yang perlu dimakan itu bukan sedikit jumlahnya. 18 biji untuk sekali makan. Ini bermakna untuk selama tempoh 3 hari mak perlu memakan 108 biji ubat. Huhh...memang seksa rasanya. Tapi nasib baiklah ubat tu kecil sahaja.
 
Sebelum ubat kemo dimasukkan, air dimasukkan terlebih dahulu. Tetapi air yang dimasukkan tidak banyak, ada lebih kurang setengah botol sahaja. Selepas itu, ubat kemo terus dimasukkan. Ubat kemo ni sangat sensitive. Tidak boleh terdedah kepada cahaya. Jadi botol ubat itu dibungkus dengan kain. Botolnya juga tidak lah besar.
 
Semasa awalnya takde masalah apa-apa. tetapi selepas lebih kurang 5 minit ubat kemo dimasukkan, mak mengadu sakit pinggang yang teramat sangat. Aku panik juga. Terus panggil jururawat. Jadi ubat dihentikan. Mengikut jururawat yang bertugas ubat kemo tidak menyebabkan sakit pinggang, jadi mak diminta membetulkan posisi. Mak diminta duduk sedikit tegak. Sekiranya masih sakit barulah jururawat akan memanggil doktor. Tapi Alhamdulillah. Selepas membetulkan posisi tersebut mak kata sakit tu dah hilang. Rawatan itu megambil masa lebih kurang dua jam juga. Agak lama, mungkin sebab ubat tersebut diperlahankan selepas mak mengadu sakit tu. Selepas selesai ubat kemo, sekali lagi air dimasukkan dahulu sebelum rawatan tamat.
 
Rawatan selesai lewat petang. Sepatutnya selepas rawatan selesai mak dah boleh discharge. Tapi jururawat menasihati kami ada baiknya kalau balik esok sahaja. Ini kerana dikhuatiri mak akan muntah dan sebagainya. Jadi malam tu kami pun bermalamlah lagi satu malam. Alhamdulillah mak tak muntah atau loya selepas kemo tu dan sehinggalah esok pagi. Aku balik rumah malam tu (Kak Nor ganti aku teman mak) sebab esok kawan adik nak datang rumah. Jadi akau kenalah balik masak. kawan adik kata nak datang pagi. jadi aku masak dulu lepas tu terus pergi hospital untuk ambik mak.
 
Hari ni dah masuk dua minggu mak buat kemo, Alhamdulillah keadaan mak baik. Mak tak rasa loya atau muntah-muntah. Cuma sekali sekala mak terasa sakit dibahagian tertentu. Selalu nasihatkan mak agar perbanyakkan selawat dan istighfar sambil mengurut bahagian yang sakit. 
 
Rawatan kemo ke-2 dijadualkan pada 12 September 2013. Harap-harap keadaan mak baik, jadi kemo dapat dijalankan seperti yang dijadualkan. Insyaallah. Mohon sabahat semua tolong doakan mak ya.
 
Cerita Rumah Terbuka Aidilfitri
 
Sudah menjadi tradisi keluarga aku untuk mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri setiap tahun. Jadi ramailah juga yang bertanya dan tertanya-ternya bila rumah kami akan adakan rumah terbuka. Setelah berbincang anak beranak, kami bersetuju agar rumah terbuka tidak diadakan pada tahun ini. Keadaan kesihatan mak yang tidak megizinkan mak berjumpa ramai orang itu adalah punca dan penyebab mengapa rumah terbuka tidak kami adakan pada tahun ini.
 
Tetapi ini tidaklah bermaksud kami tidak mengizinkan kawan-kawan bertandang ke rumah. Kedatangan korang sentiasa dialu-alukan terutamanya pada musim raya macam ni. Jangan salah faham pulak tau. Cumanya kami ingin mengelak daripada mak perlu berjumpa dengan terlalu ramai orang dalam satu hari. Kepada yang tidak mengenali aku mungkin korang rasa pelik. Takkan jamuan rumah terbuka pun tak boleh. Bukan ramai sangat orang pun kan. Untuk makluman korang, rumah terbuka kami sekeluarga berskala sedikit besar. Tetamu kebiasaaanya sekitar 400-500 orang. Ni beberapa gambar rumah terbuka kami tahun lepas.
 


 
 
Tahun ini aku kurang berkunjung ke rumah teman-teman. Aku minta maaf kepada semua. Bukan tak ingat korang atau tak sudi tapi banyak masa aku (bukan aku sahaja malah abah, Kak Nor dan Aphyd  juga) dihabiskan dengan mak. Minggu kedua raya kami berkampung di hospital, minggu ketiga raya mak baru selesai kemo dan baru pulang ke rumah.
 
Cuma yang ada minggu akhir ni. Ini sahaja masa yang ada. Aku sempatlah berkunjung ke rumah beberapa orang teman yang membuat rumah terbuka.semalam. Boss lama aku yang tersayang - Hajah Asiah, BFF aku kat opis - Syuk & Tanty, Anak ex-boss aku Novy Nadia anak ex-boss pun jadi kawan tau, sbb kami sebaya bkn aku bodek boss tau jangan salah sangka :-) dan geng ketat KSNM Zahid dulu, Odah. AKu keluar tengah hari, pukul 11 malam baru sampai rumah. Mana taknya, rumah bukan dekat-dekat, Keramat-UKay Perdana-Bangi (2 rumah) - Bandar Setia Alam. Balik dah nak pengsan tapi...sempat lagi buat Blueberry Cheese Tart sbb ada orang order. hehehehee....
 
Geng Polkadot...hehehehe
Aku dengan Aqilah, puteri kesayangan Syuk dan Tanty
 
Siap melekat lagi Aqilah dengan aku...:-)
Aku dengan Syuk & Tanty

Comments

  1. Salam Da,

    Alhamdulillah mak makin baik!

    ReplyDelete
  2. membacanyapun akak terasa sakit bayangkan orang yang mengalaminyerkan.. moga Allah memberikan kesembuhan pada emak Aieyda... akak hanya mampu mengirimkan doa...
    sudah pasti ramai yang paham kot.. dah kesihatan tak mengizinkan rumah terbuka tak buat tak menjadi masalah kot.. memang orang tak pahamjer yang komplen..

    ReplyDelete
  3. *Assalamualaikum, jom sebarkan berita ni sberapa byk yg mgkin utk membantu org yg memerlukan, terima kasih smua..aaminn.*

    Sy En.Mohd Zuhairi bin Noordin , pengasas produk herba dr hutan. Sy mnjual herba warisan yg mampu mrawat smua jenis kanser dari tahap 1 ke tahap 4 dan utk pengidap resdung kronik. Herba warisan dr hutan belantara ini tak mganggu rwatan kimoterapi. Ia blh diambil smasa rwatan hospital, malah lg baik jika berubat bsama spya lg cpt sembuh. Daun² herba trpilih ini sudah trbukti brkesan kpd rmai pesakit kanser & ianya sukar dijumpai, malah belum ada mna² syarikat yg mngeluarkn herba ini. Ia herba khusus mrawat kanser & resdung yg kronik. Fokus herba ni ialah mbunuh sel kanser hingga ke akar umbi spya kanser tak berulang lg.Jgn biarkan pnyakit menghuni dlm tubuh hingga kronik. Ia akn merebak ke organ lain.Bila dh merebak ia mnyukarkan rawatan. Herba bkn bnda asing lg. Jgn was² lg, sejak beratus thn herba dh digunakn oleh nenek moyang kita. Benda natural tak mganggu rawatan moden. Bkn pesakit kanser pun blh minum utk mencegah kanser. Utk psakit kanser, sy akn bantu hingga sembuh,memberi saranan & motivasi bgaimna utk hadapi kanser. Sy dh jumpa rmai psakit, kita blh brkongsi pndapat utk rawat smpai sembuh. Rmai psakit sy dh sembuh,anda bila lg?
    Hubungi utk order & pertnyaan:
    *En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570*

    ReplyDelete
  4. *Testimoni² pesakit kanser yg mngambil Herba Warisan:*

    ▪Cucu Pn Mazili, 3tahun, mngidap kanser Leukimia ALL B- Cell. Dia mengalami komplikasi limpa & hati. Dh lama bengkak tp dia skg dh sembuh dgn rwatan doktor & minum jus herba warisan dgn konsisten. Skg makin sihat & kehidupan spt knkk² lain.
    ........................................
    ▪Pn Roselawaty bt Jaafar, Kanser payudara tahap 2. Pd 2019 doktor mngesahkan dia mnghidap kanser payudara. Ujian Memogram di KK Bkt Mertajam, ada ketulan kanser di payudara kiri. Tp doktor tak dpt pastikan itu kanser sbb bentuknya bulat biasa, sptutnya ketulan kanser bulat dn tajam².Jadi dia ke hospital & kputusannya negatif. Skg ni dia bebas dr kanser slps buat rwatan di hospital & minum jus dlm masa yg sama. Dia buat gabungan rawatan moden & herba.
    ........................................
    ▪Pn Zalina bt Ismail, 48 tahun ,Kanser Payudara Agresif.
    Disahkan kanser payudara pd 2018. Dia mula sedar ada 1 garis keras bwah pyudara kanan. Jd dia terus buat memogram & doktor sahkan dia mnghidap kanser pyudara agresif & perlu operate segera. Dia buat rwatan hospital & ambil herba sekali. Gabungan rwatan moden & herba buat dia sembuh smpai skg.
    ........................................
    ▪Pn Noraini bt Yusof, Kanser Payudara tahap3, Shah Alam.
    Pd Mei 2017, dia disahkan kanser payudara. Saiz ketulan kanser 13.3 cm. Dia buat kimo & buang ketulan dgn operation. Dia jalani mastectomy, radiotherapy & herceptin slama 1tahun. Mnantunya tjumpa blog En.Zuhairi & mnyarankan utk ambil rawatan herba ini, dia teruskan rawatan hospital iaitu kimo & serentak mngambil herba. 4bln 1x dia ke Oncologist. Result memuaskan spt tak ada pnyakit kanser pun. Badan kuat wlpn kimo. Smpai skrg dia ambil herba utk kekalkan kesihatan.
    Harga herba sgt berpatutan dn mampu milik,jgn rsau.Kami sedia membantu.
    Hubungi sy utk order & prtanyaan di nombor berikut :
    *En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570*

    ReplyDelete
  5. *Testimoni pesakit kanser yang menggunakan produk keluaran En Mohd Zuhairi Bin Noordin yang berjaya sembuh.*

    Nama:Muhd Haziq
    Kanser Hodgkin Lymphoma tahap 4

    Nama: Cik Atirah(tunang sakit)
    Kanser Paru-paru tahap 3

    Nama: Anak Pn Rashidah
    Kanser: Leukimia

    Nama:Haji Ahmad Hasnal, 49tahun
    bengkak Prostat

    Nama:Pn Syarifah
    Kanser Paru-paru tahap 3

    Nama:En Muhd Muzamen
    masalah paru2

    Nama:Pn Hidayah (ibu sakit)
    Kanser usus

    Nama:En Sukrizal bin Idris
    Batu Hempedu

    Nama:Che Amat bin Saad Kanser Usus tahap 2

    Nama:Muhd Aidil Izzat, Kanser Burkit Lymphoma,B cell Phenotype tahap 4



    Nama:Pn Uni Hamimi (anak sakit), Kanser Lymphoma tahap 2


    Nama:Pn Faridah (anak sakit), Kanser paru-paru tahap 3

    Nama:Pn Mazli (cucu sakit), Leukimia Acute ALL B CeLL

    Nama:Mohd Hamdan
    Virus kencing tikus

    Nama:Puan mastura kanser ovari ke hati dan paru paru tahap 4 dah sembuh

    Nama:Pn Nor Sabariah kanserPayudara dan Asma

    Nama: Amirah(Pn Zuraini-ibu)
    sakit Asma

    Nama:Pn Hani(anak sakit)
    sakit Asma kronik

    Nama:En Mohd Asri
    kanser usus tahap 2

    Nama:Pn Arbaayah,
    Sirosis hati tahap 3

    Nama:Muhd Luqman, Kanser Gastrointestinal stromal tumor,spindle type,high grade tahap 4

    Nama:Pn Aida (anak sakit)
    Kanser Leukimia Acute Lymphoblastic ALL tahap 3

    Nama:Pn Noraini bt Yusof
    Kanser payudara tahap 3

    Nama:Pn Zalina bin Ismail Kanser payudara agresif

    Nama:Adik Muhd Afif Aksha, Kanser Lymphoma tahap 2

    Nama:Adik Muhd Ilham bin Md Mazri, Kanser Leukimia B cell acute lymphoblastic

    Nama:Mohd Syafwan bin Syafi, Kanser Leukimia chronic lymphocytic tahap 3

    Nama:Pn Zainani Azra
    Kanser payudara positif hormon tahap 3

    Nama:En. Abdul Kadir
    masalah paru-paru tersumbat kronik copd

    Nama:En Sharizal bin Taib, kanser Lymphoma B cell tahap 4

    Nama: Siti Fauzilah bt Hj Abdullah, Kanser hidung tahap 4

    Nama:Norizah bt Mohd Nor, Kanser Payudara jenis hormon tahap 2

    Nama:Anazilah bt Said,
    kanser payudara tahap 2 sembuh

    Nama: Siti Nur Hidayah bt Abdullah, kanser pangkal hidung tahap 4

    Nama: Adilah bt Ghazali, kanser payudara tahap 2

    Nama:Anazilah bt Said, kanser payudara tahap 2


    *Call atau WhatsApp untuk order dan sebarang pertanyaan di nombor berikut :*

    En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)

Hospis Malaysia

Photo credit to http://www.hospismalaysia.org Mungkin ramai diantara kita yang tak tau apa itu Hospis Malaysia. Aku tak pelik kalau anda tak tau sebab dulu aku pun tak tau dan tak pernah dengar tentang Hospis Malaysia ni.Aku mula 'kenal' Hospis Malaysia ni bila mak aku mula menghadapi gangguan pernafasan. Ya aku tau mak aku dah meninggal dunia beberapa bulan lepas tapi maafkan aku kerana aku masih belum mampu menyebut arwah mak, Aku lebih selesa menyebut mak sahaja. Kerana mak sentiasa hidup dalam hati aku :-'(   Ok berbalik cerita tentang Hospis Malaysia tadi. Sebenarnya aku sekeluarga diperkenalkan dengan Hospis Malaysia ini oleh doktor dan jururawat yang merawat mak di Hospital Luala Lumpur. Memandangkan mak kerap mengalami gangguan pernafasan dan menghadapi sedikit masalah untuk banyak bergerak  maka mereka mencadangkan supaya mak dibekalkan dengan oxygen dan juga wheelchair. Pada awalnya kami menjangkakan kami perlu membeli peralatan tersebut tetapi rupanya tid

Pengalaman Minggu Pertama Persekolahan

Selamat kembali ke sekolah adik-adik/anak-anak semua! Hari ini merupakan hari pertama dan minggu pertama persekolahan  bagi sesi tahun 2016. Jadi Aida nak ambil kesempatan bercerita tentang pengalaman minggu pertama persekolahan. Tapi bukan pengalaman  Tahun 1, cerita ini tentang pengalaman minggu pertama persekolahan di Tingkatan 4.Ehhh kenapa Tingkatan 4? Mesti ada yang tertanya-Tanya kan? Jawapannya mudah. Aida berpindah ke sekolah baru masa di Tingkatan 4. Pindah jauh ke Borneo kerana mengikut abah yang bertukar ke Sabah. Kami berpindah ke Kota Kinabalu pada penguhujung tahun. Sekolah yang dipilih oleh abah untuk Aida ialah Maktab Sabah @ Sabah College, antara sekolah ternama di Sabah. Pada masa itu kami tinggal di Putatan. Jarak antara Putatan dengan Sekolah Maktab Sabah adalah lebih kurang setengah jam perjalanan menaiki bas. Aida ke sekolah menaiki bas.  Maktab Sabah. Photo credit to Wikipedia.  Ok kita berbalik kepada cerita pengalaman minggu pertama di sekolah