Morning mate! Let's see what I've in my lunch box today.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tadaaaaaaaaaaaa.......
Biasa jer...hehehhee....Memanglah biasa. Saje nak buat suspen sikit. Hihihihiii....
Ramai yang tegur Aida pasal lunch pack ni. Diaorang selalu kata 'rajinnya masak', 'rajinnya bawak bekal', rajinnya itu dan ini. Sebenarnya kan Aida ni bukan rajin sangat. Rajin sikit jer...hehehe...Aida memang jenis bangun awal pagi. Biasanya dalam pukul 4 lebih atau pukul 5 memang dah terjaga. Jadi kalau setakat nak sediakan lunch box yang simple macam ni memang mudah jer.
Kalau semua nak tahu, biasanya tempoh penyediaan lunch pack Aida tak lebih daripada 30 minit pun. kadang-kadang 15 minit jer. Contohnya macam hari ni kan.
Pan Fried Salmon - 10 minit
- Basuh dan Marinate Salmon 2 minit
- Pan Fied Salmon 4 minit + 4 minit
Sautéed Asparagus, Zuchini, Capsicum, Mushroom & Green Pea - 10 minit
- Potong segala sayur - 2 minit
- Masak - 8 minit
Omelette - 5 minit
- Potong bawang + capsicum + mushroom - 1 minit
Masak - 4 minit
Orange & Grapes - Tak sampai 5 minit.
Sebab tu lah Aida suka bawak makanan jenis yang macam ni. It's healthy and easy to prepare. Aida bukan masak nasi lemak ke bihun goring ke masak lauk ke apa ke kan. Semuanya mudah dan ringkas. Lagipun Aida kan bujang. Jadi bukan ada anak nak kena siapkan pagi-pagi, bukan ada suami nak kena siapkan breakfast atau nak ironkan baju dia pagi-pagi kan? :-)
Begitulah cerita disebalik 'rajinnya masak pagi-pagi' ni. :-)
ttp rajin... ada je yg bujang tp mls nk msk kak hehehhe...
ReplyDeletehehehhee.....oklah akak memang rajin :p
Delete