Selamat kembali ke sekolah adik-adik/anak-anak semua! Hari ini merupakan hari pertama dan minggu pertama persekolahan bagi sesi tahun 2016. Jadi Aida nak ambil kesempatan bercerita tentang pengalaman minggu pertama persekolahan. Tapi bukan pengalaman Tahun 1, cerita ini tentang pengalaman minggu pertama persekolahan di Tingkatan 4.Ehhh kenapa Tingkatan 4? Mesti ada yang tertanya-Tanya kan? Jawapannya mudah. Aida berpindah ke sekolah baru masa di Tingkatan 4. Pindah jauh ke Borneo kerana mengikut abah yang bertukar ke Sabah. Kami berpindah ke Kota Kinabalu pada penguhujung tahun. Sekolah yang dipilih oleh abah untuk Aida ialah Maktab Sabah @ Sabah College, antara sekolah ternama di Sabah. Pada masa itu kami tinggal di Putatan. Jarak antara Putatan dengan Sekolah Maktab Sabah adalah lebih kurang setengah jam perjalanan menaiki bas. Aida ke sekolah menaiki bas. Maktab Sabah. Photo credit to Wikipedia. Ok kita berbalik kepada cerita pengalaman minggu pertama di sekolah
Insan biasa yang mencoret sekadarnya untuk dijadikan kenangan pada masa akan datang.
adus..bestnya kak! kak, nk Tanya boleh, biasa salmon akak beli kt pasar raya ke kt mn?
ReplyDeleteAla biasa2 je dik. Hihihi...simple n cepat tu yg penting. Akak biasa beli salmon kat jaya grocer ataupun aeon dik. Giant pun ada murah skit tp cam x berapa fresh banding dgn jaya grocer.
Deleteala best nyaa.. healthy2 jer makanan lunch box ni
ReplyDeleteHealthy food kena bawak bekal dik sbb nak beli mahal. Hihihi
DeleteHealthy food kena bawak bekal dik sbb nak beli mahal. Hihihi
Delete