Tuesday, December 31, 2013

Welcome 2014

My dear friends,
 
Keep the smile,
Leave the tear,
Think of joy,
Forget the fear,
Hold the laugh,
Leave the pain,
Be joyous,
Coz its a new year!
 
HAPPY NEW YEAR!
 
(2014,  please be good to me)

Selamat Tinggal 2013

2013 bakal meninggalkan kita. Banyak peristiwa suka dan duka berlaku sepanjang tahun ini. Untuk tatapan dikemudian hari aku ingin kongsikan beberapa peristiwa penting sepanjang tahun ini yang berlaku kepada aku dan juga keluarga.

Kelahiran Muhammad Adam Syafiq bin Nor Syaiful Nazlan

Kelahiran Muhammad Adam Syafiq (atau nama panggilannya Adam) adalah anugerah terindah buat kami sekeluarga tahun ini. Adam adalah anak sulung adik perempuan aku, Nor'Ain dan cucu keempat mak dan abah. Kelahiran Adam pada hari PRU13 dengan cukup sifatnya sangat menggembirakan hati kami. Walaupun ada sedikit harapan agar Ain melahirkan seorang anak perempuan kerana mak dan abah masih belum mempunyai cucu perempuan tetapi kelahiran Adam tidak mengurangkan syukur kami kepada Ilahi. Biarlah perempuan atau leaki sama sahaja. Kedua-duanya tetap anugerah dan amanah daripada Allah. Semoga Adam menjadi anak yang baik dan taat kepada agama.



Rafael Nadal kembali ke gelanggang dan berjaya merampas takhta No. 1 dunia.
 
Selepas 7 bulan berehat disebabkan oleh kecederaan, pemain tenis kesayangan aku Rafael Nadal Parera @ Rafa  kembali semula menggegarkan gelanggang pada bulan Februari 2013. Rafa Berjaya kembali dengan cemerlang sekali. Beliau berjaya memenangi 10 daripada13 perlawanan akhir yang disertainya. Antaranya termasuklah mencipta sejarah baru menjadi juara 8 kali Rolland Garros. Dan yang paling menggembirakan adalah beliau Berjaya merampai kembali takhta pemain no 1 dunia daripada Novak Djokovic. Tahniah Rafa!
 
 
 
Disebalik keceriaan dan kegembiraan yang diberikan-Nya, ada juga ujian dan juga kesedihan yang didatangkan kepada aku dan keluarga. Antaranya:

Mak dan Kanser

Berita yang paling menyedihkan buat kami sekeluarga pada tahun ini adalah apabila mak disahkan mengidap kanser. Ini merupakan serangan buat kali kedua. Mak pernah mengidap kanser payu dara beberapa tahun yang lepas. Tetapi setelah menjalani pembedahan dan rawatan mak pulih sepenuhnya. Tanpa kami duga tahun ini mak diuji lagi. Doktor mengesahkan bahawa kanser mak datang kembali. Memang pada awalnya sukar untuk diterima. Tetapi apa kan daya. Apalah kuasa kita sebagai hamba untuk menghalang ketentuan ilahi. Mak perlu menjalani rawatan kemoterapi. Mak dah selesai menjalani 6 kali rawaran kemoterapi. Tetapi masih bertarung dengan penyakit tersebut. Kepada semua kawan-kawan, mohon doakan agar mak kembali pulih seperti sedia kala.  
 
Semoga mak kuat dan tabah menghadapi ujian ini. Sebagai anak hanya doa yang mampu aku panjatkan kepada ilahi. Mak, eda sayang mak sangat-sangat.
 
 
Aku dan Mak
Mak taknak ambik gambar sebenarnya tapi aku degil nak juga tu yang muka mak masam tu...hihihiiii
 Kehilangan Boss Tersayang
 
Hilang di sini bukan bermaksud pergi selama-lamanya. Tetapi hilang di sini bermaksud tidak bersama-sama kami lagi. Hajah Asiah Daud adalah antara boss yang paling aku sayangi dan hormati. Beliau seorang boss yang tegas dan teliti dalam kerja. Sikap beliau yang cukup menghormati pegawai atasan dan menghargai pegawai bawahan sangat aku kagumi. Beliau adalah seorang boss yang bekerja bersama-sama kita dan bukan hanya pandai memberikan arahan sahaja. Aku kagum dengan beliau. Hak Cipta dan Harta Intelek bukanlah kepakaran beliau. Tetapi apabila diberi amanah oleh pihak pengurusan untuk mengemudi Bahagian Harta Intelek beliau berjaya menjalankannya dengan sangat baik. Beliau belajar daripada semua orang di bahagian ini, dari Pembantu Am Pejabat sehinggalah kepada Pegawai. Beliau sanggup mengambil kelas malam untuk belajar tentang hak cipta dan harta intelek. Dan dalam masa 2 tahun beliau telah menguasai bidang ini dengan baik. From Zero to Hero. Itulah perumpamaannya yang sesuai untuk beliau. Ku sangka panas hingga ke petang tetapi hujan di tengah hari. Aku memang sedang menyiapkan mental untuk kehilangan beliau pada tahun hadapan kerana beliau akan berpencen pada bulan Jun 2014 tetapi nampaknya beliau pergi lebih awal. Beliau dinaikkan pangkat dan perlu bertukar ke bahagian lain. Tarikh kuat kuasanya adalah pada 1 April 2013. Aku menerima hadiah hari lahir yang paling tak best tahun ni. Bukan aku tak suka ketua baru yang akan menggantikan beliau, cumanya aku tak bersedia kehilangan beliau. Huhuhuuuu...Tapi aku sedar takde apa yang kekal di dunia ini.
 
Kak Asiah, terima kasih atas segala ilmu dan tunjuk ajar yang diberikan. Halalkan segala ilmu dan juga makan minum yang diberi selama ini. Semoga ukhwah yang terjalin akan berpanjangan selamanya.
 
 
Walau apapun yang berlaku aku redha dengan apa yang ditakdirkan oleh Ilahi. Jangan bersangka buruk pada Allah. Allah tak pernah mungkin silap dalam menentukan segalanya. Hanya kita yang sering kali gagal menerimanya dengan hati yang terbuka. Semoga segala yang buruk pada tahun ini akan menjadikan aku lebih tabah dalam mengharungi cabaran dan dugaan pada tahun akan datang. Insyaallah.

Sunday, December 29, 2013

Siblings Outing

Kak Nor bising ambik gambar tapi tak upload kat blogpun. Jadi hari ni kena upload jugak.:-)
 
Petang tadi aku gi outing dengan Kak Nor dan Aphyd. Outinglah sangat. Bukan pegi mana pun. pegi carik makan je. Kriteria pemilihan tempat haruslah yang tak ramai orang, senang nak parking kereta dan tak jem sangat. Jadi pilihan kami hari ini (dan banyak hari sebelum ni jugak...hehehe) ialah Empire Subang.
 
Dari rumah kami rancang nak pergi makan dekat Belanga sebab ada kawan-kawan kata sedap jugak makanan kat situ. Jadi sampai-sampai terus carik Belanga. Mula-mula carik kat bawah, tak Nampak. Lepas tu naik plak satu lagi level (level yang sama dengan Chillis) pun takde. Kitaorang up lagi satu level. Alhamdulillah jumpa. Sebelum masuk kitaorang tengok menu kat depan pintu luar tu dulu. Alamak..............semua masakan melayu je lah. Desert pun macam takde je.. Terus cancel.  

Kitaorang pindah ke.....................

 
Dipendekkan cerita inilah makanan yang kitaorang makan. Air mmg ada dua walaupun kitaorang tiga orang. Sebabnya kitaorang ni mmg kurang minum manis sekarang. Order ABC dengan apa tah nama satu lagi tu lupa, sebab nampak macam best jer. Itupun Kak Nor dengan Apyhd yang order. Aku tetap setia dengan air kosong :-) 
 
Nasi Bojari
Chicken Chop



Dumpling Soup

 

ABC




Noname
Lupa nama dia...huhuhuuuu....

Komen sikit pasal makanan.
 
Nasi Bojari - Not bad. Nasi boleh tahan. Ayam goreng sedap dan digoreng bersih (tak nampak macam pakai minyak recycle. Sambal udang dan rending pun boleh tahan sedapnya. Portion pun banyak. Sangat mengenyangkan.
 
Chicken Chop - Ada beberapa pilihan sauce. Aku pilih mushroom sauce. Kak Nor dengan Aphyd kata sangat sedap. Aku pulak rasa sedap (taklah sangat-sangat tapi sedaplah). Veggie dia fresh. Ayam dia besar dan chips banyak. Portion dia secara keseluruhan mmg banyak. memang susah nak habiskan sorang. Boleh makan berdua.
 
Dumpling Soup -  Boleh tahan sedapnya. Portion tak banyak sangat. jadi memang tak mnyenakkan perutlah.
 
ABC - Boleh tahan.
 
Noname - Sedappppppp....Campuran jagung, aiskrim, ais parut dan gula Melaka. Kalau siapa suka jagung memang wajib cuba ni. memang terbaik.
 
Secara keseluruan memang memuaskan dan boleh datang lagi.
 
Lepas makan kitaorang jalan-jalan sekejab. Masuk kedai tu masuk kedai ni tanpa niat nak beli apa-apa pun. Tapi tiba-tiba tersambar pulak ni.....



Hehehehee.....Aku rasa macam  comel jer. Lagipun aku memang tengah cari kasut yang sesuai jalan lama-lama sebab aku rasa tahun depan nak gi keje naik LRT. Jadi aku rasa Crocs ni memang pilihan yang TEPAT. Harga asal RM139.00 tapi sebab pembelian kami keseluruhannya melebihi RM300.00 aku dapat diskaun 20%. Syukur Alhamdulillah.

Saturday, December 28, 2013

I Miss You My Friend!

My dear friend,
 
When I watch you walk away from me, my tears start to fall.
I ask myself a million times how did we lose it all?

I just don't want to let you go but inside I know I must.
 
You're like a father, teacher and brother to me.
You're the greatest counsellor that I ever had.  

 
If only I could handle it, and bear to just say,
I'd use my breath and say the words
Please Don't Walk Away!
 
My friend I miss you.

I miss hearing your voice,
I miss getting your texts, e-mails and phone calls.
 
I always pray to God that things get better.
and you come back to me.

I miss you my friend!
 
 
 

Tuesday, December 10, 2013

Alhamdulillah....

Syukur Alhamdulillah...kerisauan tentang hypoglecemia (kekurangan glucose) beberapa hari lepas berakhir hari ini. Pagi tadi aku check, bacaannya 5.1. Syukur-syukur. Jadi tak perlulah nak risau lagi. Cuma lepas ni kena  monitor betul-betul. Dari nak jaga daripada terkena hyperglecemia (lebihan glucose) yang boleh menyebabkan penyakit diabetis kang terkena hypoglecemia pulak. Bahaya jugak tu. Jadi lepas ni kene moderatelah. Tak boleh lebih sangat dan tak boleh kurang sangat.
 
 
 
Kepada yang mendoakan, terima kasih ya kawan-kawan. Semoga kita semua sentiasa dihindarkan daripada sebarang penyakit. Insyaallah.
 
Dah alang-alang bercerita tentang ni aku rasa aku nak berkongsi sesuatu dengan korang semua.

WAKTU YANG SESUAI UNTUK PEMERIKSAAN GLUCOSE

Kalau nak buat pemeriksaan di klinik/hospital biasanya doktor akan galakkan puasa 8 jam dahulu. Ini bermakna bila kita nak check pagi, kita puasa sepanjang malam (masa tidur) dan esok pagi sebelum sarapan pagi kita check dulu. Ini yang biasa aku buat pun (walaupun aku buat sendiri kat rumah).
 
Tapi menurut Dr. Zubaidi Haji Ahmad, pemeriksaan glucose juga boleh dilakukan pada masa-masa berikut:
 
  • Sebelum makan
  • 2 jam selepas makan
  • Sebelum tidur
  • Sebelum, semasa dan selepas melakukan riadah
  • Sebelum mengendalikan mesin berat atau memandu dalam jangka masa yang panjang
  • Ketika mengalaman tanda-tanda hypoglecemia (kekurangan glucose) atau hyperglecemia (lebihan glucose)

Untuk keterangan lanjut korang boleh layari http://drzubaidi.com.

Monday, December 9, 2013

Happy Monday!

Alhamdulillah... Its a bright sun shiny day...
Good Morning peeps!
 
Feeling minah saleh sbb breakfast makan buah-buah mat saleh ni...
hehehehee..

Saturday, December 7, 2013

Cerita Pagi Sabtu

Korang pernah tak check gula dalam darah? Aku biasa jer buat sendiri kat rumah sbb kami mmg ada beli peralatan semua tu. Jadi aku seminggu sekali memang check lah. Saja nak tau kan. jadi kalau terlebih bolehlah adjust diet balik. Biasanya bacaan aku antara 4.5 - 5++. Belum pernah lah sampai 6 lagi setakat ni. Walaupun aku ni gemuk (biasanya diabetic dikaitkan dengan kegemukan kan?) tapi Alhamdulillah gula aku tak setinggi mana.
 
 
 
 
Pagi tadi selepas check mak, aku pun check lah diri sendiri.
Bila tengok result...
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa??????????????????????????? whattttttttttttttttttttttttttttttt??????????????????
Biar betulllllllllllllllllllllllllllll....
Result yang sangat mengejutkan....
 
Nak tau kenapa aku terkejut?  Mana tak terkejut, angka yang keluar kat alat tu adalah 3.8. Diulang 3.8. Uishhhhhhhhhhhhh...rendahnya...macam mana boleh jadi macam ni? Padanlah agaknya aku ada pening2 skit lately. Rupanya gula aku rendah. Huhuhuuuu.....
 
Panik jugak aku. Ni mmg tak boleh jadi. Sesuatu perlu dilakukan. Aku perlu tingkatkan makanan yang mengandungi gula. Jadi hari ni aku nak makan kek, aiskrim dsb. hehehehe....Aku harap semuanya ok. Insyaallah... 
 
Korang mesti pelik kan orang gemuk macam aku ni gula rendah. Sebenarnya kalau korang nak tau aku dah lama tak minum air bergula ni. Ehhh tak lah lama sangat...dalam setahun dua ni kot. Pagi petang siang malam memang aku minum air kosong jer. Kalau pergi kedai makan pun aku order air mineral. kalau takde air mineral aku tak order air langsung. Balik baru teguk air kosong. Minum air bergula ni seminggu tak sekali. pastuh aku control makanan bergula. Mak aku ada diabetic. Jadi aku taknaklah terkena sama. Semua tu aku mula control semua tu.
 
Tapi tak sangka pulak sampai turun serendah itu. Aku akan usahakan agar naik semula ke paras 4.5 ke atas. Insyallah. Doakan aku ya.

Friday, December 6, 2013

Yang ditunggu sudah tiba...

Yang ditunggu sudah tiba....terima kasih kepada sahabatku yang jauh di mata dekat di hati Azura yang berada nun di hujung tambak kerana telah sudi membelikan buku ini untuk aku. Akan ku tamatkan pembacaan pada hujung minggu ini. :-)




Wednesday, December 4, 2013

Tuesday, December 3, 2013

Cheese Cracker Cake

Cheese Cracker Cake yang super duper senang nak buat. Dari minggu lepas Kak Hasana minta buat untuk anak dia tapi aku tak berkesempatan. Jadi malam ni aku menggagahkan diri untuk memenuhi permintaan tersebut. Harap Luqman puas hati dapat makan kek idaman dia ni.