Syukur Alhamdulillah...kerisauan tentang hypoglecemia (kekurangan glucose) beberapa hari lepas berakhir hari ini. Pagi tadi aku check, bacaannya 5.1. Syukur-syukur. Jadi tak perlulah nak risau lagi. Cuma lepas ni kena monitor betul-betul. Dari nak jaga daripada terkena hyperglecemia (lebihan glucose) yang boleh menyebabkan penyakit diabetis kang terkena hypoglecemia pulak. Bahaya jugak tu. Jadi lepas ni kene moderatelah. Tak boleh lebih sangat dan tak boleh kurang sangat.
Kepada yang mendoakan, terima kasih ya kawan-kawan. Semoga kita semua sentiasa dihindarkan daripada sebarang penyakit. Insyaallah.
Dah alang-alang bercerita tentang ni aku rasa aku nak berkongsi sesuatu dengan korang semua.
WAKTU YANG SESUAI UNTUK PEMERIKSAAN GLUCOSE
Kalau nak buat pemeriksaan di klinik/hospital biasanya doktor akan galakkan puasa 8 jam dahulu. Ini bermakna bila kita nak check pagi, kita puasa sepanjang malam (masa tidur) dan esok pagi sebelum sarapan pagi kita check dulu. Ini yang biasa aku buat pun (walaupun aku buat sendiri kat rumah).

Tapi menurut Dr. Zubaidi Haji Ahmad, pemeriksaan glucose juga boleh dilakukan pada masa-masa berikut:
- Sebelum makan
- 2 jam selepas makan
- Sebelum tidur
- Sebelum, semasa dan selepas melakukan riadah
- Sebelum mengendalikan mesin berat atau memandu dalam jangka masa yang panjang
- Ketika mengalaman tanda-tanda hypoglecemia (kekurangan glucose) atau hyperglecemia (lebihan glucose)
Untuk keterangan lanjut korang boleh layari http://drzubaidi.com.
ermmm...kena tengah2 la ek, tk lebih n tk kurang. apa2 pun, Alhamdulillah kak dh okey...
ReplyDeleteOoo hypo tu sebab kurang glukose... baru tau.
ReplyDeleteSy selalu ingat hypo ni sebab kurang gula & perlu mkn gula2 huhu.
(sebab arwah mak selalu camtu... dia rasa nak hypo je dia mkn gula2).