2013 bakal meninggalkan kita. Banyak peristiwa suka dan duka berlaku sepanjang tahun ini. Untuk tatapan dikemudian hari aku ingin kongsikan beberapa peristiwa penting sepanjang tahun ini yang berlaku kepada aku dan juga keluarga.
Kelahiran Muhammad Adam Syafiq bin Nor Syaiful Nazlan
Kelahiran Muhammad Adam Syafiq (atau nama panggilannya Adam) adalah anugerah terindah buat kami sekeluarga tahun ini. Adam adalah anak sulung adik perempuan aku, Nor'Ain dan cucu keempat mak dan abah. Kelahiran Adam pada hari PRU13 dengan cukup sifatnya sangat menggembirakan hati kami. Walaupun ada sedikit harapan agar Ain melahirkan seorang anak perempuan kerana mak dan abah masih belum mempunyai cucu perempuan tetapi kelahiran Adam tidak mengurangkan syukur kami kepada Ilahi. Biarlah perempuan atau leaki sama sahaja. Kedua-duanya tetap anugerah dan amanah daripada Allah. Semoga Adam menjadi anak yang baik dan taat kepada agama.
Rafael Nadal kembali ke gelanggang dan berjaya merampas takhta No. 1 dunia.
Selepas 7 bulan berehat disebabkan oleh kecederaan, pemain tenis kesayangan aku Rafael Nadal Parera @ Rafa kembali semula menggegarkan gelanggang pada bulan Februari 2013. Rafa Berjaya kembali dengan cemerlang sekali. Beliau berjaya memenangi 10 daripada13 perlawanan akhir yang disertainya. Antaranya termasuklah mencipta sejarah baru menjadi juara 8 kali Rolland Garros. Dan yang paling menggembirakan adalah beliau Berjaya merampai kembali takhta pemain no 1 dunia daripada Novak Djokovic. Tahniah Rafa!
Disebalik keceriaan dan kegembiraan yang diberikan-Nya, ada juga ujian dan juga kesedihan yang didatangkan kepada aku dan keluarga. Antaranya:
Mak dan Kanser
Berita yang paling menyedihkan buat kami sekeluarga pada tahun ini adalah apabila mak disahkan mengidap kanser. Ini merupakan serangan buat kali kedua. Mak pernah mengidap kanser payu dara beberapa tahun yang lepas. Tetapi setelah menjalani pembedahan dan rawatan mak pulih sepenuhnya. Tanpa kami duga tahun ini mak diuji lagi. Doktor mengesahkan bahawa kanser mak datang kembali. Memang pada awalnya sukar untuk diterima. Tetapi apa kan daya. Apalah kuasa kita sebagai hamba untuk menghalang ketentuan ilahi. Mak perlu menjalani rawatan kemoterapi. Mak dah selesai menjalani 6 kali rawaran kemoterapi. Tetapi masih bertarung dengan penyakit tersebut. Kepada semua kawan-kawan, mohon doakan agar mak kembali pulih seperti sedia kala.
Semoga mak kuat dan tabah menghadapi ujian ini. Sebagai anak hanya doa yang mampu aku panjatkan kepada ilahi. Mak, eda sayang mak sangat-sangat.
Aku dan Mak Mak taknak ambik gambar sebenarnya tapi aku degil nak juga tu yang muka mak masam tu...hihihiiii |
Hilang di sini bukan bermaksud pergi selama-lamanya. Tetapi hilang di sini bermaksud tidak bersama-sama kami lagi. Hajah Asiah Daud adalah antara boss yang paling aku sayangi dan hormati. Beliau seorang boss yang tegas dan teliti dalam kerja. Sikap beliau yang cukup menghormati pegawai atasan dan menghargai pegawai bawahan sangat aku kagumi. Beliau adalah seorang boss yang bekerja bersama-sama kita dan bukan hanya pandai memberikan arahan sahaja. Aku kagum dengan beliau. Hak Cipta dan Harta Intelek bukanlah kepakaran beliau. Tetapi apabila diberi amanah oleh pihak pengurusan untuk mengemudi Bahagian Harta Intelek beliau berjaya menjalankannya dengan sangat baik. Beliau belajar daripada semua orang di bahagian ini, dari Pembantu Am Pejabat sehinggalah kepada Pegawai. Beliau sanggup mengambil kelas malam untuk belajar tentang hak cipta dan harta intelek. Dan dalam masa 2 tahun beliau telah menguasai bidang ini dengan baik. From Zero to Hero. Itulah perumpamaannya yang sesuai untuk beliau. Ku sangka panas hingga ke petang tetapi hujan di tengah hari. Aku memang sedang menyiapkan mental untuk kehilangan beliau pada tahun hadapan kerana beliau akan berpencen pada bulan Jun 2014 tetapi nampaknya beliau pergi lebih awal. Beliau dinaikkan pangkat dan perlu bertukar ke bahagian lain. Tarikh kuat kuasanya adalah pada 1 April 2013. Aku menerima hadiah hari lahir yang paling tak best tahun ni. Bukan aku tak suka ketua baru yang akan menggantikan beliau, cumanya aku tak bersedia kehilangan beliau. Huhuhuuuu...Tapi aku sedar takde apa yang kekal di dunia ini.
Kak Asiah, terima kasih atas segala ilmu dan tunjuk ajar yang diberikan. Halalkan segala ilmu dan juga makan minum yang diberi selama ini. Semoga ukhwah yang terjalin akan berpanjangan selamanya.
Walau apapun yang berlaku aku redha dengan apa yang ditakdirkan oleh Ilahi. Jangan bersangka buruk pada Allah. Allah tak pernah mungkin silap dalam menentukan segalanya. Hanya kita yang sering kali gagal menerimanya dengan hati yang terbuka. Semoga segala yang buruk pada tahun ini akan menjadikan aku lebih tabah dalam mengharungi cabaran dan dugaan pada tahun akan datang. Insyaallah.
Comments
Post a Comment