Korang pernah tak check gula dalam darah? Aku biasa jer buat sendiri kat rumah sbb kami mmg ada beli peralatan semua tu. Jadi aku seminggu sekali memang check lah. Saja nak tau kan. jadi kalau terlebih bolehlah adjust diet balik. Biasanya bacaan aku antara 4.5 - 5++. Belum pernah lah sampai 6 lagi setakat ni. Walaupun aku ni gemuk (biasanya diabetic dikaitkan dengan kegemukan kan?) tapi Alhamdulillah gula aku tak setinggi mana.
Pagi tadi selepas check mak, aku pun check lah diri sendiri.
Bila tengok result...
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa??????????????????????????? whattttttttttttttttttttttttttttttt??????????????????
Biar betulllllllllllllllllllllllllllll....
Result yang sangat mengejutkan....
Nak tau kenapa aku terkejut? Mana tak terkejut, angka yang keluar kat alat tu adalah 3.8. Diulang 3.8. Uishhhhhhhhhhhhh...rendahnya...macam mana boleh jadi macam ni? Padanlah agaknya aku ada pening2 skit lately. Rupanya gula aku rendah. Huhuhuuuu.....
Panik jugak aku. Ni mmg tak boleh jadi. Sesuatu perlu dilakukan. Aku perlu tingkatkan makanan yang mengandungi gula. Jadi hari ni aku nak makan kek, aiskrim dsb. hehehehe....Aku harap semuanya ok. Insyaallah...
Korang mesti pelik kan orang gemuk macam aku ni gula rendah. Sebenarnya kalau korang nak tau aku dah lama tak minum air bergula ni. Ehhh tak lah lama sangat...dalam setahun dua ni kot. Pagi petang siang malam memang aku minum air kosong jer. Kalau pergi kedai makan pun aku order air mineral. kalau takde air mineral aku tak order air langsung. Balik baru teguk air kosong. Minum air bergula ni seminggu tak sekali. pastuh aku control makanan bergula. Mak aku ada diabetic. Jadi aku taknaklah terkena sama. Semua tu aku mula control semua tu.
Tapi tak sangka pulak sampai turun serendah itu. Aku akan usahakan agar naik semula ke paras 4.5 ke atas. Insyallah. Doakan aku ya.
3.8??..ok la tuuu...klu penin², means darah rendah...elok mkn daging, kerang...klu dah cecah 5 tuh, simptom kencing manis dah tu....cecah 4 pon sy dah takot...dah tua nie kesihatan kena jaga...huk!huk!
ReplyDeleteOk tapi agak rendah awak...sbb doctor kata:
Delete3.9 -5.5 - Normal
5.6-6.9 - Berisiko untuk mendapat diabetis
7 dan ke atas - Diabetis
Marilah kita jaga sama-sama ok....semoga kitra sentiasa sihat...insyaallah...
Wah kagumnya tak penah tinggi.. good.. teruskan!
ReplyDeleteTeruskan... bagus takde diabetis.. once dah ada, susah huhuhu!
Tp kurang gula bahaya jgk tu! sesekali apa salahnya mkn minum manis... reward diri snd kan kan kan? :D
Sy ada gak benda alah ni.. arwah mak punya tp sy tak penah buat.. takut hahaha.
Laki sy volunteer nak buatkan pun sy takut (ntahapehapekan) :P
Sekali je tau gula sy 4.4 tu pun lps 2jam minum air gula.
Risau gak takut tinggi sbb sy ni PENCINTA MANIS.. suruh minum air kosong.. meme tak aaaaa huhuhu.
akak reward diri sendiri dengan makanan dik...macam kek ke...hehehehee....ala dik tak sakit sangat lah...sakit sikit je masa cucuk tu...pastu ok dah...jangan risau :-)
DeleteMasalahnya ialah saya ni penakut.
DeleteNurse pun ckp sy ni penakut.. dia kata BERANAK LAGI SAKIT DIKKK huhuhu.
Sy tak kuat mcm kak aida sob sob.
Dah boleh masuk tahap hipo. Air manis sbnrnya tak efek sgt kecuali air berkarbonat. Tmbhkan karbo terutama nasi dalam hidangan.
ReplyDeletetu yg risau tu...nasib baik takde aper2...saya mmg tak minum air berkarbonat ni...tak suka...huhuhuu....karbo takleh tambah sbb saya ni gemuk...hhuhuhuu....anyway thanks for d advise ya...
Deleteakak penakut nak gi check ... tuler pasal penakut ...
ReplyDelete