Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2017

Happy Birthday Uncle Toni!

Happy birthday uncle Toni 🎂🎁🎉🍾 !! Thank you for everything you have done for Rafa during all these years ! Impossible to imagine Rafa without you ! 💜

Dimsum Breakfast with The Kids

Sekarang ni kalau bercakap pasal dimsum halal, nama Dolly Dimsum ternyata lebih popular dan mengatasi restoran lain. Tapi untuk Aida, Aida lebih gemar menikmati dimsum di Meisan Szechuan Chinese Restaurant @ Quality Hotel City Centre. Quality Hotel City Centre Kuala Lumpur   Jalan Raja Laut, 50750  Kuala Lumpur Tel: +60-03-26148000 Sajian dimsum di Meisan Szechuan Chinese Restaurant adalah secara buffet. Eat all you can :-). Bermula dari pukul 9.00 pagi hingga ke 3 petang pada hari Sabtu dan Ahad. Hari biasa Aida tak pasti sebab tak pernah makan di sana pada hari biasa. Selain daripada menyajikan pelbagai jenis dimsum, Meisan  Szechuan Chinese Restaurant juga menghidangkan pelbagai jenis makanan Szechuan dan Cantonese. Harga yang dikenakan adalah RM38++ untuk dewasa dan  RM28++ untuk kanak-kanak. Bagi Aida harga ini sangat berbaloi jika dilihat daripada pilihan makanan yang disediakan. Harga tambahan akan dikenakan jika kita memesan air selain daripada air kosong dan juga teh

Mini Cheese Cracker

Pernah tengok tak Mini Cheesecracker @ Ciskut? Ni lah rupanya.       Pertama kali Aida buat masa birthday anak kawan office Aida. Dia mintak buat desert yg tahan lama. Sebabnya dia nak Aida bawak hari Jumaat tapi dia nak buat makan hari Ahad. Puas fikir punya fikir terus dapat idea buat Mini Cheesecracker ni. Lepas tu dapat komen daripada kawan Aida "Sedap sangat Aida. Lain kali aku order lagi ya". Senang hati dengar. Kali kedua buat, dapat komen yang memberangsangkan jugak. Sangat-sangat sedap. Lepas tu lah baru Aida bukak order untuk Mini Cheesecracker ni.   

Sukan Tahunan SRAI Taman Keramat 2017

Semalam merupakan Hari Sukan SRAI Taman Keramat 2017.  Anak buah Aida, Jiji terpilih menyertai 2 acara balapan iaitu 200m dan 4 x 100m. Aida berkesempatan menyaksikan larian untuk acara 200m sahaja. Sebenarnya Aida datang bukan untuk menyaksikan sukan tersebut tapi Abang minta Aida fetch Jiji di Kompleks Sukan tu selepas habis sukan. Abang kata sukan habis pukul 1.30. Waktu tu waktu lunch break kan...Jadi takde masalah lah nak pergi fetch Jiji. Aida plan lepas fetch Jiji terus balik ke pejabat. Insyaallah sempat sampai pejabat sebelum 2.30 petang. Rupa-rupanya, masa Aida sampai di Kompleks Sukan tu, sukannya belum habis. Ada beberapa acara lagi yang belum dipertandingkan. Jiji pun baru lepas 4 x 100m. Acara 200m belum lagi.   Fuhhh...berjanggut jugak menunggu dalam panas tu. Menangis dibuatnya kena berjemur tengah hari macam tu. Tapi nak buat macam mana kan? Redha je lah.   Tapi Alhamdulillah Jiji berjaya dapat pingat untuk kedua-dua acara yang disertainya.  Juara Acara 4 × 1

Uncle Tony & Rafa

Starting next year Uncle Tony (Rafa's Uncle & Coach) will no longer follow Rafa on the circuit and will focus exclusively on Rafael Academy. This is really heart breaking. Huhuhuuu...

Nor Adreena Sofea

Gelagat my niece....

Selamat Pengantin Baharu Rudy & Yana

Alhamdulillah hari ni Aida berkesempatan memenuhi undangan dua orang adinda sepejabat ke Majlis Perkahwinan mereka di Ipoh, Perak. Seperti sebelum ini, Aida ditemani oleh Anyah, Ateh dan Abah. Seronok betul dapat bawak abah sekali sebab kalau tidak memang Abah tinggal rumah sorang-sorang sebab si bongsu pun ada kenduri kawin kawan dia.    Kami keluar rumah awal, seawal pukul 9 pagi. Kami sarapan dulu di tempat biasa Abah lepas tu terus bergerak ke Ipoh. Pukul 11 lebih dah sampai Ipoh. Oleh kerana Aida pun belum beli hadiah untuk pengantin, jadi kami pun singgahlah AEON Kinta City dulu. Rupanya bukan setakat dapat hadiah, tapi Anyah siap beli bantal dan travelling rice cooker lagi. Heheheee...Kami sampai di tempat majlis, pengantin tengah makan beradap. Jumpa kawan-kawan DBP yang lain. Selesai makan tunggu sekejab untuk ambil gambar dengan pengantin lepas tu terus balik KL.   Rudy & Yana, Akak tak sangka hubungan kalian yg bermula sebagai rakan satu bahagian akan berakhir

Selamat Bersara Che Chah

Hari ini merupa hari terakhir perkhidmatan Puan Aishah Saleh @ Che Chah di DBP. Che Chah  merupakan Setiausaha PUSPANITA DBP sejak tahun 1990-an lagi. Jadi hari ini, kami AJK PUSPANITA DBP bersepakat untuk mengadakan sedikit jamuan untuk beliau. Jamuan potluck yang dimulakan dengan Mesyuarat JK Induk PUSPANITA DBP terlebih dahulu. Semoga Che Chah sentiasa dirahmati Allah dan bertambah bahagia bersama keluarga. Selamat Bersara Che Chah!

Selamat Hari Lahir Jan-Mac Babies

Hari ni buat julung kalinya Badan Kebajikan Bahagian Aida mengadakan Majlis Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Staf yang menyambut hari lahir pada bulan Jan-Mac. Dah lama juga rasanya Bahagian tak buat sambutan macam ni. Jadi bila Aida diberi tanggungjawab sebagai Pengerusi Badan Kebajikan Bahagian Aida rasa tradisi menyambut hari lahir ini perlu diteruskan. Walaupun sambutan ala kadar sahaja tetapi bagi Aida ia cukup untuk meraikan hari lahir kawan-kawan satu bahagian. Majlis seperti ini kami akan adakan secara suku tahunan. Insyallah. Selamat Hari Lahir Fizi, Kak Nora & Kak Salwa! Semoga sentiasa dirahmati Allah. Kek kalau beli kat luar mahal. Jadi Aida jer buat kek birthday ni, Nasib baik kawan-kawan suka :-)

Hari Keluarga DBP 2017

Siang tadi Aida berkesempatan menghadiri Hari Keluarga DBP 2017 yang julung-julung kali diadakan. Sebenarnya kalau ikut hati memang tak berapa nak rajin. Tapi disebabkan Aida diberi tanggungjawab untuk membantu Jawatankuasa Hadiah, makanya terpaksalah rajinkan diri. Hari Keluarga DBP pada tahun ini diadakan di Padang Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Sesat barat Aida mencari padang tu tak jumpa. Silapnya sebab Aida pergi masuk dalam UKM. jadi habis Fakulti semua Aida pusing tapi tak jumpa juga. Sesat kat dalam UKM lagi. Pusing-pusing kawasan sama jer. Dekat 45 minit juga tawaf dalam UKM tu. Sudahnya nekad kalau jumpa jalan kluar memang Aida nak balik rumah terus. Dah penat. Huhuhu...Bila dah jumpa pintu keluar UKM tu terus nak patah balik ke KL. Tapi masa berhenti di lampu isyarat, ternampak pulak van Ujana Buku DBP. Dalam hati dah berkira-kira, nak balik KL ke nak ikut Ujana Buku tu. Takpelah Aida buat keputuisan untuk ikut Ujana Buku tu. Kalau sampai ke Padang yang dicari b

Pulut Kuning & Rendang Daging

Salam semua. Selamat bercuti buat semua warga kota. Anda buat apa cuti hari ni? Hari ni setengah hari Aida duduk dapur untuk menyiapkan tempahan Pulut Kuning & Rendang Daging Kak Hawa (Rakan sepejabat Aida). Sebenarnya Aida tak pernah pun ambik tempahan untuk Pulut Kuning dan Rendang Daging sebelum ni. Masak untuk rumah tu biasa tapi nak masak untuk orang macam kurang yakin sikit. Dulu masa mak ada lagi, ada juga kawan sepejabat yang tempah. Tapi masa tu pulut memang mak yang masak. Anak mak tengok jer. Jadi bila kena masak sendiri macam kurang yakin. Selepas hampir 3 tahun mak pergi, anak mak semakin yakin sebab selalu masak sendiri untuk keluarga. Sebab tu bila Kak Hawa tanya terus macam tak sampai hati. Lagipun dia cuma minta Pulut Kuning dan Rendang Daging jer. Tak perlu hias cantik-cantik pun. Untuk kenduri tahlil dan doa selamat di rumah kakak dia. Jadi Aida setuju je lah. Harap-harap mereka sukalah. Ini rupa bentuk ala kadar Pulut Kuning dan Rendang Daging yang ditempah