Wednesday, February 1, 2017

Pulut Kuning & Rendang Daging

Salam semua. Selamat bercuti buat semua warga kota. Anda buat apa cuti hari ni? Hari ni setengah hari Aida duduk dapur untuk menyiapkan tempahan Pulut Kuning & Rendang Daging Kak Hawa (Rakan sepejabat Aida).

Sebenarnya Aida tak pernah pun ambik tempahan untuk Pulut Kuning dan Rendang Daging sebelum ni. Masak untuk rumah tu biasa tapi nak masak untuk orang macam kurang yakin sikit. Dulu masa mak ada lagi, ada juga kawan sepejabat yang tempah. Tapi masa tu pulut memang mak yang masak. Anak mak tengok jer. Jadi bila kena masak sendiri macam kurang yakin. Selepas hampir 3 tahun mak pergi, anak mak semakin yakin sebab selalu masak sendiri untuk keluarga.

Sebab tu bila Kak Hawa tanya terus macam tak sampai hati. Lagipun dia cuma minta Pulut Kuning dan Rendang Daging jer. Tak perlu hias cantik-cantik pun. Untuk kenduri tahlil dan doa selamat di rumah kakak dia. Jadi Aida setuju je lah. Harap-harap mereka sukalah. Ini rupa bentuk ala kadar Pulut Kuning dan Rendang Daging yang ditempah tadi.
  

Rendang tu ada dua bekas sebenarnya. Masa ambil gambar Aida ambil satu jer. Pulut deko ala kadar. Taknak simple sangat. Konon cantiklah tu. Hahahhaaaa...

Untuk rumah Aida buat juga. Takkan nak tengok je kan? Harus buat lain untuk family sekali kan? Sebenarnya kami sekeluarga ni sedikit cerewet bila makan pulut kuning ni. Kalau makan di luar selalu rasa tak sedap. Heheheh...Kurang lemak (kadang-kadang tak lemak langsung), keras sangat atau lembik. Sebabnya mak buat pulut cukup lemak (tak kedekut santan langsung) dan tak keras juga tak lembik. Pulut kuning mak memang boleh dimakan begitu sahaja tanpa perlu ada rending sebab memang dah sedap dah. Sebab tu kalau kami makan di luar selalu sangat banding dengan pulut kuning mak. Bila mak dah takde ni kenalah masak sendiri.Alhamdulillah sempat belajar buat daripada mak. Kalau tidak memag tak merasa pulut kuning sedap. :-) 
 
 
Selamat Hari Wilayah Semua  buat semua Warga Kota!

1 comment:

  1. sedapnya nengok plt kuning ngn rendang tu kak...
    lahai

    ReplyDelete