Sunday, February 5, 2017

Hari Keluarga DBP 2017

Siang tadi Aida berkesempatan menghadiri Hari Keluarga DBP 2017 yang julung-julung kali diadakan. Sebenarnya kalau ikut hati memang tak berapa nak rajin. Tapi disebabkan Aida diberi tanggungjawab untuk membantu Jawatankuasa Hadiah, makanya terpaksalah rajinkan diri.

Hari Keluarga DBP pada tahun ini diadakan di Padang Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Sesat barat Aida mencari padang tu tak jumpa. Silapnya sebab Aida pergi masuk dalam UKM. jadi habis Fakulti semua Aida pusing tapi tak jumpa juga. Sesat kat dalam UKM lagi. Pusing-pusing kawasan sama jer. Dekat 45 minit juga tawaf dalam UKM tu. Sudahnya nekad kalau jumpa jalan kluar memang Aida nak balik rumah terus. Dah penat. Huhuhu...Bila dah jumpa pintu keluar UKM tu terus nak patah balik ke KL. Tapi masa berhenti di lampu isyarat, ternampak pulak van Ujana Buku DBP. Dalam hati dah berkira-kira, nak balik KL ke nak ikut Ujana Buku tu. Takpelah Aida buat keputuisan untuk ikut Ujana Buku tu. Kalau sampai ke Padang yang dicari bolehlah terus ke Hari Keluarga tapi kalau tak jumpa memang balik je lah lepas tu.  Alhamdulillah Allah membantu. Baru jalan ke depan sikit daripada lampu isyarat tu dah nampak padang yang ramai orang. Bila pergi dekat memang sah lah orang DBP. Jadi memang adalah rezeki nak hadir Hari Keluarga DBP.

Masa Aida sampi tu acara memang dah mula. Yelah dah sesat barat berapa lama kan. Jadi lepas daftar Aida terus ke kaunter hadiah. Jalankan tugas yang diamanahkan. 

Banyak juga acara yang dipertandingkan. Ada untuk orang dewasa dan untuk kanak-kanak. Nampak seronok sangat semua walaupun dalam panas dengan matahari tegak atas kepala tu. 





Ini adalah sebahagian daripada AJK yang bertugas siang tadi. Penat panas berlengas semua ada. Tapi posing tetap senyum ok. Hehehehhehe...



Ni pulak AJK posing dengan hadiah lucky draw masing-masing. Aida doa juga dapat TV tapi harapan hampa. Dapat hamper. Bolehlah. Dapat juga kan.



Ni pulak acara akhir yang juga acara kemuncak. Tarik tali. Tengoklah akak-akak sado ni beraksi. Hahahahahha....Aida kat belakang sekali tau. Tengok body lah kan? Ahaksss.....Mula-mula tak nak masuk tapi bila tengok orang lain macam segan-segan jer kami pun jomlah. Tapi tak sia-sialah.
Kami juara :-). 


No comments:

Post a Comment