Saturday, February 11, 2017

Selamat Pengantin Baharu Rudy & Yana

Alhamdulillah hari ni Aida berkesempatan memenuhi undangan dua orang adinda sepejabat ke Majlis Perkahwinan mereka di Ipoh, Perak. Seperti sebelum ini, Aida ditemani oleh Anyah, Ateh dan Abah. Seronok betul dapat bawak abah sekali sebab kalau tidak memang Abah tinggal rumah sorang-sorang sebab si bongsu pun ada kenduri kawin kawan dia. 
 
Kami keluar rumah awal, seawal pukul 9 pagi. Kami sarapan dulu di tempat biasa Abah lepas tu terus bergerak ke Ipoh. Pukul 11 lebih dah sampai Ipoh. Oleh kerana Aida pun belum beli hadiah untuk pengantin, jadi kami pun singgahlah AEON Kinta City dulu. Rupanya bukan setakat dapat hadiah, tapi Anyah siap beli bantal dan travelling rice cooker lagi. Heheheee...Kami sampai di tempat majlis, pengantin tengah makan beradap. Jumpa kawan-kawan DBP yang lain. Selesai makan tunggu sekejab untuk ambil gambar dengan pengantin lepas tu terus balik KL.
 
Rudy & Yana,
Akak tak sangka hubungan kalian yg bermula sebagai rakan satu bahagian akan berakhir di jinjang pelamin.Tahniah akak ucapkan kepada kalian berdua. Akak doakan rumah tangga yang dibina atas dasar cinta ini akan berkekalan bahagia sehingga ke jannah. Semoga Allah memelihara kalian dengan rahmatnya.
 
 
Antara rakan-rakan DBP yang hadir
 

No comments:

Post a Comment