Terima kasih buat teman dari Seberang Tambak atas hadiah yang dikirimkan. Hadiah ni bukan baru aku dapat tapi dah berapa minggu dah. Saja buat entri khas ni skg sbg kenangan pada masa depan. Ni lah hadiahnya.
Teman aku ni bagi aku alat make up jenama La Tulipe dan LT Pro.
- Eye Shadow
- Three Way Cake
- Mascara
- Eyebrow Pencil
- Liquid Foundation
La Tulipe ni brand dari Indonesia dan LT Pro dari Germany. Teman aku bukan Indonesian tapi Singaporean. Barang tu diimport dari Indonesia. Teman aku ni jadi pengedar dekat Singapore. Kalau korang nak tau pasal produk La Tulip ni korang boleh gi FB Beaute La Prestige.
Satu yang aku suka brand La Tulipe ni ialah ada Halal Cert dari Majlis Agama Islam Indonesia. Jadi bila pakai tu tak lah was was. Kalau sesipa berminat nak tau tentang produk ni bolehlah pergi FB yang aku sebut tadi ya.
Kepada temanku yang satu ni, terima kasih banyak-banyak kerana hadiahkan aku barang make up ni buat kesekian kalinya. (Ni dah masuk 3 kali dah 1st time masa birthday aku dulu). Semoga u dimurahkan rezeki selalu. I love u my fren.
Comments
Post a Comment