Petang tadi aku dan rakan-rakan di pejabat dikejutkan dengan satu berita. Berita yang sangat mengejutkan. Memang terkejut dan amat terkejut (banyak terkejutkan? Sebab mmg kami sangat-sangat terkejut. Huhuhuu).
Seorang rakan kami di pejabat telah kehilangan suami hari ini. Berita kematian yang sangat mengejutkan. Suami beliau baru berusia 30-an. Katanya punca kematian dikatakan Stroke Attack. Muda sangat kan? dan yang lebih mengharu dan menyedihkan kami di pejabat adalah isteri ini baru sahaja melahirkan anak kedua. Seingat aku seperti belum habis pantang lagi.
Tak tergambar perasaannya. Aku walaupun belum bersuami seperti dapat merasai kesedihan yang dirasainya itu. Kepada sahabatku Suria, semoga awak terus tabah. Jangan diikutkan hati. Jagalah 2 permata hati yang ditinggalkan sebaiknya. jadikan mereka anak yang soleh supaya dapat sentiasa berdoa untuk ayah tercinta yang telah terlebih dahulu pergi menemui pencipta.
Kepada semua rakan-rakan, pesan aku jagalah dan hargailah suami kalian sepanjang masa. Sesungguhnya kita tidak pernah tahu bila Allah akan menjemput mereka pergi.
Ya allah. Akk dulu lepas lahirkan ank no 3 2 bulan husben kena heart attack. Skrg ni mcm mcm penyakit dia dok ada. Mudah mudahan dia panjang umo. Seriau dgr berita camni kan.
ReplyDeleteinsyaallah kak. saya doakan husband akak dipanjangkan umur. akak jaga abg baik2 n jaga kesihatan akak baik2 jugak tau...
Deleteyer walaupun kita tak berada ditempat dia ... sebab dia kita kenal atau rapat memang sangat terasa... moga dia tabah menghadapinyer...
ReplyDelete