Skip to main content

Happy Birthday Abah!!!

Hari ini adalah hari ulang tahun abah yang ke-69. Aku sangat bersyukur kerana dalam usia mencecah 70 abah masih kuat dan sihat. Abah masih mampu menghantar Aphyd ke pejabat/perhentian bas setiap hari, menghantar Kak Nor ke perhentian bas/LRT hampir setiap hari juga, menemani mak ke hospital/klinik, pergi ke pasar, mengambil Jijie dari sekolah saban petang, dan yang paling penting pergi ke surau/masjid 5 kali sehari bagi menunaikan solat berjemaah.
 
Aku sangat bersyukur kerana Abah diberi kesihatan yang baik oleh Allah. Dalam usia begitu memang ada penyakit sikit-sikit tapi penyakit itu bukanlah penyakit kritikal yang terlalu membimbangkan. Aku sangat bersyukur dengan anugerah Allah yang satu ini.
 
Abah masih seperti dulu.Sikap abah tidak pernah berubah. Seorang yang sangat peramah dan kuat bersembang (dengan siapa sahaja). Abah mampu bersembang dengan siapa sahaja. Kawan-kawan rapat aku boleh menjadi bukti sahih. Abah mampu bersembang dengan Alyn selama lebih 15 minit sedangkan tujuan Alyn telefon tu adalah untuk bercakap dengan aku, dan aku pada masa tersebut tidak ada di rumah. Kalau berjalan semasa raya, dua tiga kali kata nak balik pun belum balik lagi. Kalau bertanya tentang arah jalan, memang panjang lebar dia bercakap.Sampai kadang-kadang kita rasa nak cakap dengan abah, abah cukuplah tu.Esok kita sambung. Heheheheee....Tapi itulah abah. Sangat peramah orangnya. Sebab tu abah punya ramai kawan. 
 
Abah seorang yang mudah mesra dan sangat positif apabila bercakap tentang orang lain. Abah tak mudah memandang serong pada orang.
 
Mungkin terhadap anak-anak abah sedikit berbeza. Abah adalah anak sulung daripada 3 orang adik beradik. Jadi sikap anak sulung tu memang terbawa-bawa. Tegas dan ada kalanya keras kepala. Nak dengar cakap dia jer. 'Akukan abah". Heheheee....Memang ada ketikanya tidak berpuas hati, tapi setiap kali rasa itu timbul aku cuba untuk mencari rasional disebalik kedegilan abah itu. Selalunya memang ada asas. Tapi bila "kedegilan" abah tidak berasas, aku kena redha. Dengar je lah. Nak buat macam mana lagi. Kalau tidak nanti jadi anak derhaka. :-)
 
Kalau dibandingkan dengan emak, aku lebih rapat dengan abah. Dalam sedikit ketegasan tu abah lebih mudah bergurau. Selalu kenakan kami adik beradik dengan lawak mengarut-mengarut abah tu. Hehehehee. Dan abah juga selalu dikenakan oleh anak-anak. Aku banyak bercerita dengan abah tentang banyak perkara. Salah satu faktor yang menyebab aku rapat dengan abah aku kira adalah aku bekerja ditempat yang sama dengan  tempat abah pernah berkhidmat selama 36 tahun. Aku memang ANAK ABAH.
 
Aku adalah satu-satunya anak yang tidak pernah tinggal jauh dari keluarga. Aku tak pernah masuk asrama (walaupun masa Tingkatan 1 ada peluang untuk itu), aku tidak pernah tinggal di kolej (belajar di kolej dan university pun memang aku tercongok juga di rumah, bila dah mula kerja pun memang aku tinggal di rumah. Masa abah aku bertugas di Sabah dulu pun aku ikut juga. Jadi aku adalah anak abah yang memang ada depan mata dari kecil sampai lah sekarang.   
 
Sebenarnya aku memang tak tau macam mana ertinya hidup tanpa mak dan abah. Aku harap mereka boleh hidup sepanjang hidup aku. Kerana mereka adalah nyawa aku.
 
Di hari yang sangat bermakna ini, aku sentiasa bermohon pada Allah agar abah diberikan kesihatan yang terbaik, diberi umur yang penuh berkat, diberi kebahagiaan hidup di dunia dan kesenangan di akhirat.
 
Kalau boleh hari-hari aku nak cakap kat abah "Abah, eda sayang abah. Sayang sangat-sangat". Tapi aku tak mampu nak buat macam tu. Sebab abah bukan jenis yang melafazkan kasih dan sayang depan anak-anak. Jadi kamipun terikut cara begitu. Kasih sayang tidak perlu dilafazkan. Cukuplah ditunjuk melalui perbuatan dan perhatian.
 
Satu pesanan abah yang aku memang akan pegang sampai bila-bila, "Mengalah tidak bermakna kalah". Insyallah abah. Jadi bila masa aku mengalah, itu maknanya bukan aku mengaku kalah. Aku cuma mendengar nasihat abah.
 
Dah panjang aku cerita kan? Cukuplah dulu. Yang penting aku nak dunia tahu bahawa AKU SAYANG ABAH!!!
 
 
Abah, A'a dan cucunya Abah - Wan, Jijie, Ayoi , Adam dan 'cucu perempuan tunggal' Qisya
 

Comments

Popular posts from this blog

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)

Hospis Malaysia

Photo credit to http://www.hospismalaysia.org Mungkin ramai diantara kita yang tak tau apa itu Hospis Malaysia. Aku tak pelik kalau anda tak tau sebab dulu aku pun tak tau dan tak pernah dengar tentang Hospis Malaysia ni.Aku mula 'kenal' Hospis Malaysia ni bila mak aku mula menghadapi gangguan pernafasan. Ya aku tau mak aku dah meninggal dunia beberapa bulan lepas tapi maafkan aku kerana aku masih belum mampu menyebut arwah mak, Aku lebih selesa menyebut mak sahaja. Kerana mak sentiasa hidup dalam hati aku :-'(   Ok berbalik cerita tentang Hospis Malaysia tadi. Sebenarnya aku sekeluarga diperkenalkan dengan Hospis Malaysia ini oleh doktor dan jururawat yang merawat mak di Hospital Luala Lumpur. Memandangkan mak kerap mengalami gangguan pernafasan dan menghadapi sedikit masalah untuk banyak bergerak  maka mereka mencadangkan supaya mak dibekalkan dengan oxygen dan juga wheelchair. Pada awalnya kami menjangkakan kami perlu membeli peralatan tersebut tetapi rupanya tid

Pengalaman Minggu Pertama Persekolahan

Selamat kembali ke sekolah adik-adik/anak-anak semua! Hari ini merupakan hari pertama dan minggu pertama persekolahan  bagi sesi tahun 2016. Jadi Aida nak ambil kesempatan bercerita tentang pengalaman minggu pertama persekolahan. Tapi bukan pengalaman  Tahun 1, cerita ini tentang pengalaman minggu pertama persekolahan di Tingkatan 4.Ehhh kenapa Tingkatan 4? Mesti ada yang tertanya-Tanya kan? Jawapannya mudah. Aida berpindah ke sekolah baru masa di Tingkatan 4. Pindah jauh ke Borneo kerana mengikut abah yang bertukar ke Sabah. Kami berpindah ke Kota Kinabalu pada penguhujung tahun. Sekolah yang dipilih oleh abah untuk Aida ialah Maktab Sabah @ Sabah College, antara sekolah ternama di Sabah. Pada masa itu kami tinggal di Putatan. Jarak antara Putatan dengan Sekolah Maktab Sabah adalah lebih kurang setengah jam perjalanan menaiki bas. Aida ke sekolah menaiki bas.  Maktab Sabah. Photo credit to Wikipedia.  Ok kita berbalik kepada cerita pengalaman minggu pertama di sekolah