Thursday, February 4, 2016

Selamat Hari Kanser Sedunia!

 


























Bila sebut tentang kanser memang hati rasa sayu dan sedih teramat sangat. Mak meninggal akibat kanser payu dara pada 8 Mei 2014 yang lalu. Sudah hampir 2 tahun tapi terasa seperti baru semalam mendengar bebelan mak. Huhuhuhuu
 
Dalam sedih kehilangan mak, ada terselit rasa syukur dalam hati kami sekeluarga. Bersyukur kerana mak tak lama menderita  sakit. Mak meninggal dalam keadaan mak mampu makan (walaupun dalam kuantiti yang sedikit), mak mampu bercakap (walaupun tak sebanyak sblm mak sakit), mak mampu berdiri dan berjalan (walaupun tidak lama). Mak mampu buat macam- macam lagi.
 
Memang kami tak sangka mak akan pergi seawal ini. Mak meninggalkan kami dalam usia 63 tahun (sebulan sebelum hari ulang tahun mak yg ke 64). Muda kan? Memang muda tapi bila sampai masanya,  takdir Allah tiada siapa yang dapat menghalang.
 
Mak, kami rindukan mak. Semoga mak tenang di sana.
 
Kepada semua pejuang kanser di luar sana, tabahkan hati dan kuatkan semangat anda. Redha dgn ketentuan Allah dan bykkan bersabar. Insyaallah pasti ada ganjaran di sana nanti.
 
Kepada keluarga dan sahabat handai pejuang, teruskan memberi sokongan anda kerana sesungguhnya mereka sangat memerlukan sokongan anda.
 
Kepada pejuang yang telah terlebih dahulu tewas seperti mak, semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas anda semua. Al-Fatihah.
 

Me & Aphyd bersama-sama mak beberapa hari sebelum mak pergi buat selama-lamanya.
Wajah mak sudah tidak ceria dan llain daripada biasa, tapi kami 'buta' pada masa tu. Huhuhuhu...

No comments:

Post a Comment